Wanita PCOS Berisiko Menghidap Kencing Manis. Ketahui 5 Cara Mengawal Masalah Ini Tanpa Ubat

rawat pcos

Wanita PCOS Berisiko Menghidap Kencing Manis. Ketahui 5 Cara Mengawal Masalah Ini Tanpa Ubat

Sekarang ni wanita lebih terbuka untuk bercakap pasal kesihatan berkaitan wanita dan kita dapati lebih banyak orang bercakap tentang masalah kesihatan termasuk PCOS. Tapi sayangnya, ramai yang ingat bila dia ada cyst itu maknanya dia ada PCOS. Sebenarnya bukan, walaupun kedua-dua tu mungkin berkaitan dengan masalah hormon tak stabil. Tapi PCOS berkait dengan kecelaruan hormon yang lebih besar.

Sekarang ni, kira-kira 8-20% wanita terkesan dengan PCOS di seluruh dunia. Ramai kan? Apa yang menyebabkan wanita-wanita ni mengalami PCOS?

Ramai pengkaji percaya bahawa PCOS ni terjadi disebabkan oleh masalah genetik dan persekitaran. Namun, sebab terlalu sikit pengetahuan tentang PCOS dan setiap wanita yang mengalami PCOS mempunyai simptom dan pengalaman yang berbeza, maka makin sukar untuk merawat masalah kesihatan ini.

rawat pcos

Macammana Nak Tahu Ada PCOS?

Untuk katakan seseorang tu ada PCOS, ada 2 daripada 3 keadaan yang perlu dipenuhi

  • Peningkatan hormon androgen (hormon lelaki)
  • Masalah haid tak teratur atau tak datang haid
  • Banyak cyst dalam 1 atau kedua-dua ovari

Kalau ada 3 keadaan ni sahaja, wanita tu dikatakan tidak mengalami kerintangan insulin. Namun, ada wanita yang mungkin bermasalah untuk mengawal paras gula, jadi mungkin dia mengalami masalah kerintangan insulin.

Bila doktor dah menentukan keadaan yang anda alami, lebih mudah untuk doktor menentukan rawatan.

Tapi, adakah dengan merawat simptom tu akan menyelesaikan punca masalah dia?

Apakah Simptom PCOS?

punca pcos

Simptom PCOS ni tak sama untuk setiap wanita. Tapi yang paling biasa berlaku ialah peningkatan berat badan, tumbuh bulu berlebihan contohnya misai, rambut makin menipis, jerawat, perubahan mood yang tak dijangka, masalah haid, sakit kepala, masalah tidur dan masalah kesuburan.

Wanita yang ada PCOS ni juga mempunyai risiko untuk kencing manis dan masalah jantung dan salur darah yang lebih tinggi.

Macammana Nak Mengawal PCOS Secara Semulajadi?

Ada orang yang walaupun disahkan menghidap PCOS, tapi tiada rawatan apa-apa diberikan kerana rawatan PCOS bergantung kepada simptom yang dialami dan kehendak orang tu sendiri.

Contohnya jika mengalami masalah gula yang tinggi ataupun kerintangan insulin, mungkin dia perlukan ubat untuk turunkan paras gula, contohnya metformin.

Jika wanita tu ada masalah haid tak teratur, tapi dia mengandung pun mungkin hanya perlu dipantau sahaja atau mungkin perlukan ubat hormon untuk betulkan balik kitaran haid.

Jadi, rawatan untuk PCOS tak sama untuk setiap orang. Sebab tu, perlu jumpa doktor dan bincangkan rawatan yang sesuai dengan anda.

Masalah dia, apa yang berlaku kepada penghidap PCOS adalah sama, iaitu berlaku kecelaruan hormon dalam badan walaupun simptom mungkin berbeza. Jadi, adakah dengan merawat simptom akan membantu untuk mengawal hormon?

Ramai pakar yang mencadangkan perubahan gaya hidup ialah kunci utama dalam membantu orang yang ada PCOS. Maintain berat dan kurangkan lemak boleh membantu untuk mengurangkan simptom PCOS.

5 Cara Untuk Mengawal PCOS Tanpa Ubat

sembuh dari pcos

1. Pemakanan yang rendah indeks glisemik

Kerintangan insulin terjadi kepada 50-70% wanita yang ada PCOS, sebab itu mengawal paras gula adalah sangat penting untuk kurangkan risiko kena kencing manis.

Makanan yang rendah indek glisemik membebaskan gula sedikit demi sedikit, jadi ini elakkan paras gula naik dengan tinggi yang mana menyebabkan insulin juga meningkat. Ini menjadikan masalah kerintangan insulin tu makin teruk.

Contoh makanan yang rendah indek glisemik ialah makanan tinggi protein dan tinggi serat. Makanan yang rendah GI juga boleh membantu mengawal kerintangan insulin dan menstabilkan kitaran haid.

2. Makan mewah semasa sarapan

Kalau anda tak sempat sarapan, sangat bahaya. Wanita yang ada PCOS disarankan untuk makan lebih banyak semasa sarapan sebab ini akan meningkatkan sensitiviti sel kepada insulin dan mengurangkan paras hormon lelaki. Seterusnya ini akan mengurangkan simptom yang berkaitan dengan hormon lelaki termasuklah jerawat, bulu berlebihan di muka dan rambut menipis.

3. Fokus pada senaman HIIT atau senaman kerintangan

HIIT ni ialah high intensity interval training. Senaman ni macam tabata atau pun zumba. Sebab senaman jenis ni fokus dia untuk meningkatkan otot dan jika otot lebih banyak, maka lemak akan berkurang dan metabolisme akan lebih tinggi.

Lemak yang berlebihan boleh meningkatkan paras hormon wanita.

4. Bijak kawal stress

Mungkin ramai wanita tak sedar, tapi kita ni sangat cenderung untuk mengalami stress. Yang paling kita risau ialah stress yang kronik. Stress ialah antara pengacau hormon yang utama kepada wanita.

Bila kita stress, hormon stress iaitu hormon kortisol akan dihasilkan dengan lebih banyak. Bila kortisol lebih tinggi, hormon progesteron jadi lebih rendah. Progesteron rendah boleh menganggu kesuburan dan meningkatkan risiko keguguran jika mengandung.

Stress juga meningkatkan penghasilan hormon yang menghasilkan hormon lelaki. Ini menyebabkan keadaan jadi makin teruk.

5. Makanan tambahan juga sangat diperlukan

Wanita yang ada PCOS ni, disebabkan kecelaruan hormon dan peningkatan hormon insulin maka mereka mengalami keradangan yang kronik. Jadi, anda sangat perlukan suplimen yang mengandungi antiradang dan anti-oksida untuk mengelakkan kerosakan sel.

Selain daripada tu, 67-85% wanita PCOS mengalami masalah kekurangan vitamin D di bawah paras optimal. Kajian menunjukkan wanita PCOS yang kurang vitamin D adalah 40% lebih sukar untuk mengandung.

Saya juga sangat cadangkan pengambilan superfood yang mengandungi polifenol yang membantu untuk mengurangkan kerintangan insulin, meningkatkan ovulasi, membantu kestabilan hormon dan membantu bantu untuk kawal stress.

Cadangan Superfood Untuk Mengawal Masalah PCOS

Sejak 10 tahun lepas banyak kajian yang melihat potensi Resveratrol untuk rawatan PCOS.

Dalam kajian2 tersebut, didapati:

  • Resveratrol adalah antioksidan yang kuat yang melindungi sel2 telur dari radikal bebas untuk meningkatkan kesuburan seorang wanita.
  • Resveratrol menghalang penghasilan androgen berlebihan dengan menyebabkan apoptosis (kematian) sel yang menghasilkan androgen
  • Resveratrol memperbaik estrous cycle (kitaran estrus – kitaran penebalan dinding rahim). Kajian ini dilakukan kepada tikus, tapi dipercayai mempunyai kesan yang sama kepada manusia.
  • Resveratrol mengurangkan saiz sel lemak. Sel lemak yang berlebihan akan ditukarkan kepada hormon wanita yang seterusnya meningkatkan risiko hormon tak seimbang.
  • Resveratrol meningkatkan sensitiviti sel tubuh kepada insulin untuk kawalan gula yang baik

Jadi, berdasarkan kajian, Resveratrol mampu memperbaiki sistem tubuh pesakit PCOS dan bantu mengawal PCOS.

Tapi, ResV yang dikeluarkan oleh Shaklee mengandungi 15 jenis polyphenols termasuk Resveratrol!

tips rawat pcos

Bagaimana Nak Dapatkan ResV?

Anda boleh hubungi saya sekarang untuk mengawal PCOS sebelum kesihatan anda jadi lebih melarat.

Hubungi Fyda di 012 621 1883, atau klik di bawah

Bantu Kawal PCOS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.