Wanita Jangan Ingat Fibroid Masalah Kecil, FDA Beri Amaran Risiko Kanser Tersembunyi

merawat fibroid secara tradisional

Wanita Jangan Ingat Fibroid Masalah Kecil, FDA Beri Amaran Risiko Kanser Tersembunyi

Baru-baru ni semasa saya sedang baca-baca lah sikit sebab nak berkongsi live tentang fibroid. Saya terjumpa 1 artikel yang bagi saya orang yang ada fibroid perlu beringat.

Tapi, sebelum tu anda dah tengok video saya tentang fibroid? Tonton sampai habis tau..

 

FDA Memberi Amaran Kepada Pesakit Fibroid Dan Doktor Yang Membuat Pembedahan Fibroid

FDA tu ialah US Food & Drug Administration, maksudnya badan yang menyelia pasal makanan dan ubat-ubatan di US.

Memberi amaran apa?

FDA memberi amaran beberapa teknik pembedahan fibroid, iaitu prosedur yang gunakan teropong. Yang potong sikit saja di perut dan masuk alat. Dalam prosedur ini, fibroid akan dihancurkan dan ditarik keluar (prosedur mungkin complicated la, cuma saya terangkan dengan cara mudah).

Menurut FDA, jika wanita itu juga mempunyai kanser pada rahim, risiko untuk sel kanser pecah dan merebak adalah tinggi.

Walaupun fibroid ialah ketumbuhan yang bukan kanser tapi keadaan badan wanita itu yang didominasikan oleh estrogen meningkatkan risiko juga untuk mendapat kanser termasuk kanser rahim, kanser ovari dan kanser payudara.

Kira ramai juga lah wanita yang ada fibroid dan ada kanser rahim sekali. Sebab tu lah jadi perhatian FDA. Katanya 1 dalam 350 wanita yang dirawat untuk fibroid didapati turut menghidap kanser rahim. Keputusan ini dibuat selepas sampel sel fibroid itu diperiksa dibawah mikroskop.

Tapi kenyataan ini dibuat pada tahun 2014.

Apa Yang Terjadi Pada Tahun 2018?

Baru-baru ni adalah orang buat kajian balik apa yang berlaku lepas FDA bagi amaran tu kan. Banyak hospital yang dah ban pembedahan cara teropong tu. So, dorang balik ke cara asal, iaitu pembedahan buang rahim terus.

Mereka dapati, komplikasi pembedahan meningkat. Tapi tak pula saya jumpa apa-apa ulasan pasal kanser tu.

Maksudnya, kalau buat pembedahan secara teropong tu, risiko komplikasi pembedahan rendah, tapi KALAU ada kanser, risiko untuk kanser merebak tinggi.

Sedangkan kalau pembedahan buang rahim terus, komplikasi akibat pembedahan pula meningkat.

Anda boleh rujuk kat link di bawah ni ya..

Amaran FDA tentang risiko kanser merebak dalam pembedahan fibroid.

FDA turut dikecam, tapi tetap dengan pendirian mereka.

Tahun 2018, risiko komplikasi pembedahan buang rahim meningkat.

Macammana ya, dua2 pun ada risiko?

Sebaiknya anda dapatkan maklumat daripada doktor yang merawat dan bincangkan dengan baik buruk dan baik kedua-duanya.

Disamping itu, anda boleh cuba seimbangkan hormon. Sebab masalah ni berlaku disebabkan hormon yang tak stabil. So, bila hormon dah seimbang, in sha Allah boleh kurangkan risiko berlaku penyakit yang tak diingini.

Jangan Tunggu Sampai Dapat Kanser Dulu

Selain daripada sibuk nak buang fibroid tu kita sebenarnya boleh bantu kecutkan fibroid dari akarnya.

1. Wajib amalkan pemakanan sihat dan seimbang.

Paling bagus kalau boleh makan yang organik sahaja. Cara pemakanan paling asas ialah pinggan suku-suku-separuh yang dicadangkan oleh KKM.

Boleh klik sini untuk artikel suku-suku-separuh. 

2. Bersenam.

Senaman adalah musuh kepada fibroid.

3. Elakkan bahan-bahan yang mengandungi xenostrogen.

Xenostrogen ialah apa-apa bahan kimia yang boleh mengganggu kestabilan hormon. Bahan kimia ini boleh didapati dalam makanan segera, makanan proses dan juga skin care kita. Benda yang kita guna tiap-tiap hari.

Boleh klik sini untuk skin care yang organik dan bebas bahan kimia yang tentunya sangat sesuai untuk orang yang mengalami masalah hormon tak stabil.

4. Perbaikkan fungsi hati.

Kerana hati adalah organ detoks yang paling penting. Jika hati terlalu banyak toksin yang perlu didetoks, dia akan mempunyai masalah untuk mengeluarkan estrogen berlebihan.

Boleh klik sini untuk jaga kesihatan hati anda.

5. Selesaikan masalah penghadaman jika ada.

Masalah dengan sistem penghadaman akan mengurangkan fungsi hati untuk keluarkan estrogen. Jadinya hormon progesteron akan menurun.

Namun, sebenarnya jaga pemakanan saja mungkin tak cukup untuk membantu masalah anda, jadi saya cadangkan anda dapatkan suplemen untuk bantu masalah ini. Jangan tunggu sampai jadi kanser baru sibuk nak perbaikkan kesihatan. Sebab masa tu, mungkin dah terlambat untuk baikpulih dengan suplemen.

Boleh klik sini untuk suplemen yang dicadangkan untuk kesihatan organ wanita. Atau boleh hubungi Fyda untuk bantuan atau pertanyaan lanjut tentang produk.

Fyda – 012 621 1883 (www.wasap.my/60126211883)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *