Tips Makanan Untuk Kurangkan Risiko Kanser Payudara

kanser boleh sembuh

Tips Makanan Untuk Kurangkan Risiko Kanser Payudara

Kanser adalah antara penyakit yang paling ditakuti oleh kita. Ramai orang membayangkan keperitan penghidapnya. Menahan kesakitan dan duit untuk rawatan pun seolah-olah mengalir seperti air. Penyakit kanser tak mengenal siapa atau umur. Walaupun penyakit ini lebih cenderung berlaku kepada orang berusia, namun sekarang ni penyakit ni makin meningkat dikalangan orang muda.

Sel kanser sebenarnya bukanlah sel asing yang masuk dalam badan kita, tetapi berasal daripada sel normal kita sendiri, yang mana sel normal ni telah dirosakkan oleh sesuatu dari luar yang dipanggil karsinogen.

Sebenarnya sel yang rosak atau sel tak normal ni tak terus jadi kanser kerana ia akan dibaikpulih semula oleh sistem imun ataupun akan dibunuh, tetapi apabila karsinogen berterusan menyerang sel dan sel imun terpaksa bersusah-payah membaik pulih sel yang rosak tersebut, hinggalah sel imun menjadi semakin lemah dan tak mampu membaik pulih sel-sel rosak itu lagi.

Proses ini mengambil masa yang lama, mungkin bertahun-tahun. Sebab itu kita perlu sentiasa ambil peluang memelihara sel kita supaya sel boleh berfungsi dengan baik dan in shaa Allah dapat mengurangkan risiko kita untuk mendapat penyakit.

Dalam kehidupan kita sekarang, memang agak sukar untuk mencegah diri daripada benda-benda yang boleh merosakkan sel dan melemahkan imun, seperti pencemaran udara, makanan yang kekurangan nutrien dan mengandungi bahan pengawet, stress, kurang tidur dan lain-lain.

kanser boleh sembuh

Apa Yang Kita Boleh Kawal Dan Kita perlu Kawal

Apa yang kita boleh kawal untuk mengurangkan risiko kanser ini ialah gaya hidup kita. Paling utama ialah pemakanan kita. Orang yang sihat ni perlu jaga apa yang dia masukkan dalam mulut. Orang yang memang ada kanser lagi lah perlu jaga.

Kali ini saya nak berkongsi pemakanan untuk membantu mengurangkan risiko kanser. Kita usaha jaga badan kita sebaiknya. Orang yang memang ada kanser lagi lah perlu perhatikan makanan dan nutrisi yang anda makan, tapi sebaiknya berbincang dengan doktor dan dietitian yang merawat anda.

1. Sekurang-kurangnya 5-9 hidangan buah dan sayuran setiap hari. Pilih pelbagai jenis buah dan sayur dengan pelbagai warna.

2. Pastikan anda dapatkan protein yang cukup setiap hari kerana ini penting untuk membaikpulih sel. Protein tumbuhan ialah pilihan yang lebih baik berbanding protein haiwan.

Boleh klik sini bagaimana nak pilih protein yang terbaik.

3. Dapatkan lemak sihat yang mengandungi omega-3. Sumber terbaik omega-3 ialah ikan laut dalam dan memang banyak suplimen yang mengandungi omega-3 di pasaran. Yang kita perlu hati-hati ialah ikan terdedah kepada pencemaran dalam laut dan ada syarikat suplimen yang menggunakan minyak hati ikan dan bukannya minyak ikan sendiri.

4. Antioksida adalah bahan yang membantu untuk mengelakkan kerosakan sel dengan meneutralkan radikal bebas daripada karsinogen. Memang antioksida dihasilkan oleh sistem imun kita, namun apabila imun sistem kita makin lemah, mungkin tak dapat hasilkan antioksida yang cukup. Sebab itulah badan seseorang tu tak mampu menghalang penghasilan sel kanser.

5. Fitokimia (phytochemicals). Fitokimia ialah bahan-bahan yang terdapat dalam tumbuhan yang terbukti bermanfaat kepada kesihatan badan manusia. Kajian menunjukkan fitokimia mungkin boleh membantu:

  • Merencatkan pertumbuhan sel yang tidak normal yang dirosakkan oleh karsinogen.
  • Menghalang karsinogen daripada merosakkan sel
  • Membantu merencatkan dan membuang sel yang tidak normal.

Antara fitokimia yang bermanfaat kepada kesihatan badan manusia ialah:

  • Resveratrol dalam anggur yang mempunyai manfaat kesihatan yang sangat hebat hinggakan banyak suplimen berasaskan resveratrol dikeluarkan.
  • Beta karoten dan karotenoids lain dalam buah dan sayur-sayuran
  • Polifenol dalam teh hijau
  • Asid elagic dalam anggur
  • Lignan yang banyak ditemui dalam omega. Asid lemak ini membantu untuk menstabilkan hormon.
  • Sulfida yang terdapat dalam bawang putih dan bawang merah mungking membantu menguatkan imun.

Dapatkan Vitamin Untuk Bantu Kurangkan Risiko Kanser

Untuk dapatkan nutrien yang cukup daripada makanan sebenarnya sangat susah. Bayangkan dengan kehidupan kita sekarang yang sibuk, makan pun kadang-kadang tak sempat. Lambakan makanan segera dan restoren yang kita pun tak tahu cara mereka masak.

Tapi, jangan risau sebab saya ada cadangan vitamin yang organik, semulajadi dan dijamin 100% berkesan.

Anda hanya perlu hubungi saya di 012 621 1883 (Fyda) atau klik link wasap di bawah.

 

Nutrisi kurangkan risiko kanser.

vivix harga ahli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.