Susah Kencing Selepas Bersalin Mungkin Tanda Saraf Rosak

sakit kencing selepas bersalin

Susah Kencing Selepas Bersalin Mungkin Tanda Saraf Rosak

Ibu-ibu tentu pernah alami keadaan ini semasa nak bersalin. Sebelum ibu meneran atau jika doktor dapati bayi susah nak keluar, pundi kencing ibu akan dikosongkan dengan bantuan tiub kencing. Kerana pundi kencing yang penuh mungkin boleh mengganggu proses bayi nak keluar.

Biasanya selepas bersalin, sebelum ibu dibenarkan masuk wad anggota kesihatan akan memastikan bahawa ibu boleh buang air kecil kerana masalah tidak boleh kencing selepas bersalin adalah masalah yang penting dan boleh berlaku kepada mana-mana ibu.

sakit kencing selepas bersalin

Sumber gambar : BabyCenter

Sukar kencing selepas bersalin (retensi urin)

Terdapat 2 keadaan masalah sukar kencing selepas bersalin, iaitu akut dan kronik.

Retensi urin akut adalah keadaan apabila seseorang tidak dapat membuang air kecil disertai oleh sakit bahagian bawah perut dan pundi kencing boleh dirasai dari luar walaupun sudah mencuba dengan berterusan.

Retensi urin selepas bersalin pula adalah keadaan seorang ibu tidak membuang air kecil selepas 6 jam bersalin ataupun air kencing tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya selepas ibu sudah kencing dengan baki kurang lebih 200-400ml.

Sementara itu dalam keadaan kronik pula ialah apabila baki air kencing ialah 150 dan ke atas. Namun masalah ini biasanya berakhir dalam masa seminggu dan jarang memberi masalah kepada wanita.

Bagaimana terjadi retensi urin?

Tiada jawapan konkrit yang boleh diberikan kepada permasalahan ini, namun ada beberapa teori yang diguna pakai untuk menerangkan masalah.

1. Otot pundi kencing lemah dan sukar mengecut

Ini terjadi akibat perubahan hormon semasa mengandung dan kekal selepas bersalin atau memerlukan masa untuk kembali kepada yang asal.

2. Penggunaan epidural sebagai ubat tahan sakit semasa bersalin

Ada ibu yang tak dapat menahan kesakitan semasa bersalin hingga perlukan epidural. Namun penggunaan bius jenis epidural mungkin menjejaskan saraf yang mengawal proses buang air kecil. Jadi, otak tidak dapat menghantar mesej kepada pundi kencing untuk mengecut apabila sudah penuh.

3. Kecederaan saraf semasa bersalin

Ini boleh baik bersalin secara normal ataupun secara pembedahan. Risiko ini meningkat jika tempoh bersalin lama ataupun memerlukan instrumen semasa bersalin, contohnya vakum atu forceps.

Kajian telah dilakukan kepada ibu yang mengalami masalah ini dan mendapati terdapat kerosakan pada saraf yang disalurkan ke pundi kencing yang mungkin mengambil masa beberapa bulan untuk pilih kembali.

4. Bengkak di kawasan perineum (urogenital)

Kecederaan yang dialami semasa proses bersalin boleh menyebabkan kawasan perineum bengkak. Ini boleh halangan kepada pengaliran air kencing. Kebengkakan tisu ini mungkin disebabkan oleh tempoh bersalin yang lama menyebakan tekanan yang lebih lama di kawasan itu, ataupun kelahiran yang memerlukan instrumen atau luka pada vagina dan perineum.

Apabila keadaan semakin ok, masalah tidak boleh kencing akan selesai.

Faktor risiko yang meningkatkan masalah sukar kencing selepas bersalin

  • Pernah mengalami masalah ini selepas bersalin yang sebelum ni.
  • Kali pertama melahirkan bayi.
  • Proses kelahiran yang panjang, terutamanya pada peringkat kedua.
  • Kelahiran yang perlu dibantu atau menggunakan instrumen, seperti vakum atau forceps.
  • Kecederaan di bahagian perineum.
  • Kelahiran secara pembedahan.
  • Menggunakan epidural atau bius jenis spinal semasa pembedahan.
  • Bayi besar, dengan berat badan melebihi 3.8kg

Namun, masalah ini juga boleh terjadi kepada mana-mana ibu kerana ramai juga ibu-ibu yang mengalami masalah sukar kencing selapas bersalin walaupun tidak mempunyai apa-apa faktor.

Gejala ibu mengalami masalah sukar kencing selepas bersalin

  • Tidak boleh buang air kecil secara spontan selepas melahirkan anak atau selepas tiub kencing dikeluarkan (jika ibu perlu gunakan tiub kencing semasa bersalin) dan 6 jam selepas itu masih belum dapat kencing.
  • Perubahan pada rutin buang air kecil. Contohnya tiada rasa nak kencing walaupun sudah minum dan makan, pengaliran air kencing yang perlahan, air kencing sedikit, kencing tidak lawas dan terpaksa meneran untuk keluarkan air kencing.
  • Sakit bahagian bawah perut.
  • Uterus tidak mengecut dengan normal.

Bagaimana menguruskan ibu yang berisiko atau mengalami masalah sukar kencing selepas bersalin.

1. Semasa proses kelahiran

Ketika ibu berada di hospital atau sudah berasa sakit nak melahirkan bayi, ibu sepatutnya cuba kencing setiap 3-4 jam. Jika ibu tidak boleh kencing, pundi kencing boleh dikosongkan dengan memasukkan tiub kencing sama ada sekadar untuk mengosongkan pundi kencing atau biarkan di situ.

2. Selepas bersalin

Jika ibu gagal kencing dalam masa 6 jam selepas bersalin, ibu akan dipakaikan dengan tiub kencing selama 24-48jam. Ini bukan sahaja boleh membantu mengosongkan pundi kencing tetapi juga mendapatkan kembali ton otot pundi kencing yang normal dan rasa untuk kencing.

Sekiranya selepas 48jam, ibu masih juga tidak boleh kencing, tiub kencing dipakaikan semula dan mungkin ibu dibenarkan pulang dengan tiub kencing. Pemeriksaan akan dijalankan semula selepas 5-7 hari.

Ada juga doktor yang membekalkan ibu dengan antibiotik kerana jangkitan pada saluran dan pundi kencing juga merupakan masalah biasa selepas bersalin.

Apabila berada di rumah, ibu juga boleh melakukan senaman kemut (Kegel’s) untuk menguatkan otot di sekitar perineum. Banyakkan minum air dan berehat.

Cara untuk memudahkan buang air kecil selepas bersalin

  • Cuba bergerak secepat mungkin mengikut kemampuan
  • Senaman lantai pelvik, iaitu Kegel’s exercise atau kemut-kemutkan otot perineum.
  • Cuba duduk dalam tandas dengan paip terbuka.
  • Gosok bahagian kulit paha sebelah dalam.
  • Mandi dengan air panas

Komplikasi atau kesan jangka panjang masalah sukar kencing selepas bersalin

Masalah ini sepatutnya dikesan dan dirawat pada peringkat awal kerana jika pundi kencing terlampau meregang, ia boleh menyebabkan kerosakan pada pundi kencing.

Berita baiknya kepada ibu yang mengalami masalah ini, hampir kesemua kajian menyatakan bahawa masalah ini boleh sembuh sendiri dalam masa 1-2 minggu. Namun, jika masalah berterusan, ibu memerlukan pemeriksaan lanjut untuk melihat punca sebenar masalah.

Sekiranya simptom ini tidak ditangani dengan baik, ibu berisiko tinggi untuk mengalami masalah berkaitan dengan pundi kencing dan mengalami masalah jangkitan pundi kencing yang kerap.

Saya juga cadangkan anda baca artikel ini untuk bantu menyelesaikan masalah anda –> Cadangan Masalah Berkaitan Saraf.

Jika ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya : Fyda Noh 012 621 1883 (www.wasap.my/60126211883)

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *