Saya Tak Ada Masa Nak Bisnes Tapi Inginkan Kebebasan Kewangan. Ini Tipsnya

bagaimana nak bisnes walaupun sibuk

Saya Tak Ada Masa Nak Bisnes Tapi Inginkan Kebebasan Kewangan. Ini Tipsnya

Bila kita bisnes, dah tentulah kita nak untung kan? Dan kita rasa nak buat bisnes sorang-sorang supaya kita berkembang sendiri dan dapat untung semaksimum mungkin. Tahu kah anda pemikiran ini sebenarnya tak tepat.

Antara sebab kita perlu berada dalam kumpulan ialah, sebab bila kita stuck atau tak bergerak, kita boleh kembali kepada kumpulan kita. Sebabnya masalah kita ni sebenarnya sama sahaja. Kalau kita ada satu-satu masalah yang menyebabkan kita tak maju dalam bisnes, sebenarnya orang lain pun ada masalah macam tu.

Bila kita berada dalam kumpulan, kita boleh saling berkongsi dan memanfaatkan orang lain untuk menyelesaikan masalah kita.

Sebab itu bisnes secara berjemaah adalah lebih baik dan sangat mudah untuk kita berkembang.

Jika anda mencari bisnes dengan kumpulan sokongan yang sangat kuat, anda boleh hubungi saya untuk membina bisnes Shaklee anda sekarang.

Dalam post ni, saya nak share tentang alasan-alasan yang selalunya orang beri bila diajak untuk buat bisnes. Sebenarnya semua orang pun rasa keperluan untuk ada kebebasan kewangan. Baik orang tu bekerja sama ada kerja kerajaan yang ada pencen, namun semua orang sedar yang walaupun dah pencen tetap ada tanggungjawab yang perlu ditunaikan.

bagaimana nak bisnes walaupun sibuk

Alasan-Alasan Yang Biasa Oleh Orang Bisnes Dan Boleh Diatasi

Alasan 1 – Saya tak ada masa.

Semua orang kat dunia ni diberi masa 24 jam sehari. Orang yang berjaya ni, tak ada pun masa 40 jam sehari. Sebenarnya kita bukan tak ada masa, tapi bagaimana cara kita uruskan masa itu yang penting.

Dan bagaimana pula cara kita beli masa?

So, bila kita nak berbisnes memang kita kena korbankan sedikit masa kita. Masa yang mana patut kita korbankan? Semua ini akan diajar dalam modul bisnes kami.

Anda tau tak, orang yang paling sibuk ialah orang yang ada masa dan merupakan orang yang berjaya. Nak tau rahsianya?

Klik je sini ya.. Rahsia orang sibuk tapi berjaya

Alasan 2 – Saya tak tahu nak berniaga apa

Ini juga alasan paling biasa. Nak tau kenapa saya pilih bisnes Shaklee?

Yang pertama, kerana bisnes ni ada peluang yang sangat besar dan peluang untuk kekal tu adalah lebih lama. Maksudnya saya kerjakan bisnes ni untuk jangkamasa lama dan akhirnya boleh diwarisi kepada anak-anak.

Produk Shaklee pula ialah produk kesihatan dan bukannya produk bermusim. Peluang untuk orang sentiasa cari produk ini adalah tinggi sebab orang nak sihat. Produk ini bukanlah macam produk viral yang masa viral tu punyalah, tapi untuk 5 tahun akan datang dah tak ada di pasaran.

Produk Shaklee juga terbukti dengan kajian-kajian sains dan penyelidikan. Yakin la nak consume kan sebab memang ada hitam putih dan bukan cakap-cakap kosong sahaja.

Alasan 3 – Saya tak pandai berniaga dan selalu gagal

Tak pandai adalah alasan yang paling bagus. Sebab bila kita sedar kita tak pandai, kenalah belajar kan? Itulah yang kita perlu buat. Cari cikgu dan belajar. Lebih baik laburkan sedikit duit untuk ilmu daripada leburkan duit untuk try and error.

Dalam team kami, memang ada banyak sangat kelas-kelas untuk kita sama-sama belajar. Setiap bulan pun ada event untuk meningkatkan ilmu dan boleh dipraktikkan terus.

Alasan 4 – Saya dah belajar tapi tak ada hasil pun

Pernah dengar perumpaan ilmu yang tak diamalkan umpama pokok yang tidak berbuah. Lepas kita dah belajar, kita kenalah praktikkan ilmu kita tu, bukannya simpan je dalam buku nota.

Ambil tindakan dan teruskan buat.

Ingat, nak berjaya adalah 1 proses. Bila kita sebut proses, dia akan ambil masa. Buat dan bersabar. Yakin lah setiap usaha kita akan dipandang oleh Allah dan tidak akan sia-sia.

bisnes ketika sibuk

So, anda nampak tak? Setiap alasan kita hanya membuang masa dan umur kita. Sampailah 1 masa, kita kan sedar peluang yang kita tak ambil pada masa lalu kerana sifat kita yang banyak bagi alasan.

Pedulikan kata-kata negatif dalam diri kita dan mulakan bisnes anda sekarang. Sampai 1 masa, kita akan berterima kasih kepada diri sendiri kerana memaksa diri untuk melawan kesusahan.

Ingin tahu peluang anda dalam bisnes Shaklee? Anda boleh dengar dulu dan buatlah pilihan kemudian.

Boleh hubungi Fyda di 012 621 1883
WhatsApp kami di 012 621 1883 (klik dari smartphone anda).

Follow FB Fyda Noh untuk chat secara langsung.

Daftar keahlian Shaklee di “Join Now sekarang & nikmati penjimatan hingga 20%.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.