Sanggup Menderita Anxiety, Tak Dapatkan Rawatan Takut Dilabel Gila

Sanggup Menderita Anxiety, Tak Dapatkan Rawatan Takut Dilabel Gila

Patutlah macam bising2 pasal anxiety semalam. Rupanya sebab Diana Danielle yang share pengalaman dia yang mengalami anxiety.

Anxiety ni walau kita cerita macammana pun, orang tak rasa memang takkan faham. Orang tengok macam sihat, tapi dalaman tu hanya orang tu yang rasa. Walaupun tahap keterukan mungkin berbeza, tapi sakit sangat walaupun tiada luka, tiada lebam. 

Kadang-kadang bila jumpa doktor pun, mungkin perlu pemantauan yang lama sebelum disahkan anxiety. Kalau tak, doktor bagi ubat berdasarkan simptom.

Saya akan terang secara ringkas & harap mudahlah difahami.

Anxiety ni dalam BM dia kebimbangan. Jadi dia punya simptom samalah dengan masa kita rasa bimbang – rasa cemas, bernafas laju, jantung berdegup laju. Tapi masalahnya berlaku tanpa sebab yang logik & kebimbangan tu melampau-lampau, sehingga mengganggu aktiviti harian. 

Anxiety ni salah 1 simptom yang termasuk dalam kumpulan Anxiety Disorder yang mana penyakit ni berkaitan dengan ketakutan atau kebimbangan yang melampau.

Ini termasuklah;

1. Generalised anxiety (umum)

2. Serangan panik

3. Agoraphobia – sentiasa fikirkan keadaan dia tak selamat.

4. Social fobia – rasa tak selamat untuk bersosial. Rasa orang tak suka dia, orang benci dia, orang hakimi dia

5. Selective mutism – orang yang tidak boleh berkomunikasi dalam keadaan tertentu atau dengan orang tertentu walaupun mungkin pada waktu lain dia ok saja.

6. Fobia-fobia yang spesifik

Takut Dilabel Gila

Anxiety ni memang salah 1 simptom penyakit mental jadi memang perlukan rawatan psikiatri. 

Ramai orang yang mengalami anxiety enggan dapatkan rawatan sebab takut dilabel gila. 

Apa sebenarnya penyakit gila yang difahami oleh masyarakat? 

Kita selalu fikir orang tu gila ialah bila bercakap sorang-sorang, nampak benda orang lain tak nampak, dengar suara orang lain tak dengar. Tiba-tiba ketawa, tiba-tiba menangis. 

Sebenarnya ciri-ciri adalah simptom mania. Dan mania juga termasuk dalam salah 1 simptom penyakit mental.

Spektrum penyakit mental ialah sangat luas & walaupun mempunyai kumpulan sendiri, tetapi mana-mana simptom boleh terjadi serentak.

Walaupun anda mungkin ada anxiety tapi anda boleh tiba2 ketawa atau menangis tanpa sebab. Sebab keadaan ini tak boleh dikawal. 

 

Tindakan Sewajarnya Untuk Mengawal Anxiety

Yang penting untuk kawal simptom, seseorang tu perlu ketenangan, supaya pemikiran pun tak celaru. 

Sebab tu mereka perlukan ubat untuk menenangkan. Selain daripada tu kekuatan dalaman juga sangat perlu. Dekatkan diri dengan Tuhan, tenangkan diri.

Dapatkan sokongan daripada orang keliling & kumpulan sokongan. Contohnya persatuan NGO The Befriender yang giat membantu orang2 yang mengalami simptom penyakit mental. 

Pengambilan micronutrient yang secukupnya atau mungkin anda perlukan lebih boleh membantu untuk mengawal keadaan dengan lebih baik. Sebab bila badan sangat tak cukup dengan micronutrient ni, maka tak cukuplah juga untuk bagi makan kat otak. 

Bagi orang yang belum pernah rasa anxiety tu macammana, janganlah judge mereka. Sebaliknya bagi sokongan supaya mereka dapatkan rawatan yang sepatutnya. 

Jika nak hubungi saya, boleh klik link wasap ni www.wasap.my/60126211883

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.