Sakit Kepala Teruk Sebelum Haid, Wanita Mesti Tahu Cara Nak Kurangkan Masalah Ini

senggugut teruk

Sakit Kepala Teruk Sebelum Haid, Wanita Mesti Tahu Cara Nak Kurangkan Masalah Ini

Selain masalah haid tak teratur, wanita juga berdepan dengan sindrom premenstrual setiap bulan ataupun dipanggil PMS. Ramai orang fikir PMS tu berkaitan dengan emosi, sebab tu bila perempuan melenting mesti nak kaitkan dengan PMS.

Tapi benarkah PMS ini hanya berkaitan dengan emosi?

PMS ialah gabungan simptom yang selalunya bermula lebih kurang seminggu sebelum datang haid, selalunya selepas berlakunya ovulasi.

Penyebab PMS ni susah nak dikatakan apa, tapi ada beberapa keadaan yang mungkin menyumbang kepada kejadian ini, termasuklah faktor hormon atau faktor bahan kimia tak seimbang akibat perubahan kitaran haid wanita setiap bulan.

Sebelum teruskan bacaan, saya nak berkongsi tanda-tanda estrogen berlebihan dalam badan.

2 Jenis Simptom PMS

Simptom PMS ni boleh dibahagi kepada 2, iaitu fizikal dan mental, tapi selalunya orang nak kaitkan PMS ni dengan mental kan? Asal mood swing sikit, PMS la tu.

Berkaitan dengan emosi

Berkaitan dengan fizikal

senggugut teruk

Ada doktor yang mungkin memberikan ubat tahan sakit jenis antiradang sebab senggugut masa haid ni dikaitkan dengan keradangan. Doktor juga mungkin bagi ubat untuk kurangkan air iaitu diuretik, atau ubat untuk kawal mood swing, anxiety atau tekanan perasaan.

Tapi…

Jika anda nak pilih sesuatu yang semulajadi, yang natural yang mana dah ramai wanita yang dapat hasil yang sangat mengagumkan berkaitan dengan masalah haid ni – iaitu GLA Complex Shaklee (gamma-linolenic acid).

Apakah GLA?

GLA ialah asid lemak omega-6. Yang istimewa tentang GLA ialah, walaupun omega-6 itu dikelaskan dalam kumpulan pro radang, tapi GLA ialah anti radang.

GLA ini diperoleh daripada ekstrak minyak evening primrose atau minyak borage. GLA digunakan untuk menghasilkan prostaglandin – iaitu bahan kimia yang membantu banyak proses dalam sel-sel kita.

Manfaat GLA Untuk PMS Dan Kesihatan Wanita

1. Stabilkan hormon

Kesan hormon wanita yang tak stabil tandanya ada macam-macam dan mungkin boleh menganggu aktiviti harian wanita tersebut.

Antara simptom tersebut dikaitkan dengan PMS dan menopaus, contohnya mood swings, sakit payudara dan masalah kulit mungkin jadi makin teruk kerana perubahan hormon ini.

Banyak kajian yang menunjukkan GLA boleh membantu kestabilan hormon dengan mengawal penghasilan prostaglandin yang terlibat dalam proses keradangan – termasuklah bengkak, kesakitan dan kemerahan.

Jadi, jika anda mengalami tanda-tanda keradangan (walaupun sebenarnya keradangan kronik mungkin tak ada apa-apa tanda) ataupun berperang setiap bulan untuk melawan simptom PMS, mungkin GLA boleh membantu anda mengatasinya.

2. Menurunkan berat badan

Ada macam-macam cara untuk turunkan berat badan, namun yang terbaik tentulah jika anda memilih turunkan cara yang sihat untuk dapatkan berat badan yang sihat.

Namun, nak turunkan berat badan tu bukan lah perkara yang mudah. Mungkin juga kerana anda berdepan dengan masalah hormon yang tak stabil yang menjadikan menurunkan berat badan itu 1 perkara yang sangat susah.

Ada 1 kajian yang diterbitkan dalam Jurnal of Nutrition menyatakan bahawa pengambilan suplimen GLA boleh membantu kurangkan peningkatan berat badan selepas berat turun dengan drastik.

Walaupun tak dipastikan bagaimana GLA boleh membantu menurunkan berat, namun hormon yang stabil ini membantu untuk stabilkan hormon yang mengawal selera makan dan mengawal tahap kelaparan kita dan juga boleh membantu meningkatkan metabolisme badan.

3. Kulit

Dengan mengawal paras prostaglandin, keradanganan pada kulit dapat dikurangkan dan boleh mengawal kelembapan kulit.

1 kajian mendapati dengan mengambil suplimen minyak starflower ataupun borage selama 12 minggu mengurangkan kemerahan sebanyak 40% berbanding placebo. 10% daripada orang yang mengambil suplimen minyak starflower ini juga mempunyai kulit lebih lembap dan kurang bersisik.

GLA Ialah Omega-6

Dalam makanan harian kita, ramai yang mengambil omega-6 melebihi omega-3. Omega-6 sebenarnya bersifat pro radang dan lebih banyak omega-3 diperlukan untuk mengurangkan keradangan ini.

Namun, terdapat bukti yang GLA ini berlainan dengan omega-6 yang lain. Bagaimana GLA bermanfaat kepada badan mungkin disebabkan oleh penukarannya ke DGLA–Dihomo-gamma-linolenic-acid. GLA ialah bahan untuk menghasilkan bahan anti-radang dalam badan kita.

Walaupun katanya, kajian mengenai GLA adalah sedikit, tapi menjaga kesihatan dengan GLA wajar dicuba.

Manfaat GLA Complex Shaklee Untuk PMS Dan Kesihatan Wanita

darah haid banyak

GLA Shaklee yang dihasilkan daripada ekstrak minyak biji borage mempunyai 2 kali ganda kepekatan GLA berbanding minyak evening primrose. Keunikan produk Shaklee ialah bukan semata-mata minyak biji borage, tetapi dicampur dengan minyak sunflower dan vitamin E untuk membekalkan nutrisi untuk menyokong dan membantu dalam:

  • Mengawal mood
  • Kembung perut sebelum haid
  • PMS
  • Kesakitan payudara
  • Rasa panas badan dan tak selesa (simptom menopaus)
  • Sakit kepala akibat perubahan hormon

Ramai wanita yang amalkan GLA Shaklee memang sangat puas hati sebab rasa lebih stabil walaupun pada waktu PMS dan semasa haid. Ramai juga yang berakhir dengan kehamilan. GLA ni juga boleh meningkatkan kesuburan.

GLA Complex Shaklee bebas gluten dan tiada perana, pewarna, pemanis atau pengawet tiruan. Jadi, jika anda adalah wanita yang terpaksa tanggung ketakselesaan setiap bulan dalam kitaran haid, maka ini adalah untuk anda. Anda tunggu lama-lama untuk ikhtiar, sebab masalah hormon itu mungkin akan menjejaskan hidup anda nanti.

Order GLA Shaklee Sekarang

haid berpanjangan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.