Risiko Kencing Manis Makin Meningkat, Stress Buatkan Simptom PCOS Makin Buruk

rawatan kencing manis

Risiko Kencing Manis Makin Meningkat, Stress Buatkan Simptom PCOS Makin Buruk

Stress ni ialah 1 benda yang sangat mengelirukan. Saya sering dengar stress ni tak bagus untuk kesihatan, boleh menyebabkan penyakit dan mungkin boleh membunuh. Bukankah stress tu perasaan kita ke? Bukankah stress tu dari minda kita?

Stress tu memang la perasaan, tapi dia juga boleh menyababkan kesan fizikal. Stress juga ada 2 jenis – mental dan fizikal tapi kedua-duanya menjejaskan fungsi fisiologi badan dan hormon.

Stress secara mental ialah kerisauan. Macam-macam kita risaukan – bill, anak-anak, kerja, mungkin PCOS sendiri yang buat anda stress dan kehidupan secara umum. Stress jenis ni biasa sangat dengan kita kan?

Tapi stress jenis fizikal ialah berkaitan dengan stress metabolik – yang merupakan salah 1 punca penyakit PCOS, makan tak menentu, terlebih senaman, pemakanan yang tak seimbang dan kekurangan nutrisi tertentu.

Kedua-dua stress ni, untuk jangka masa pendek memang ok, sebab ia boleh menyelamatkan kita sebenarnya.

Contoh – kita stress tengok orang sebelah rumah beli BMW, jadi kita pun usaha sungguh-sungguh sampai kita pun boleh beli BMW juga. Haaa.. stress macam tu bagus.

Tapi, masalahnya bila kita cakap pasal stress pesakit PCOS ni, dia adalah stress yang kronik, jangka masa panjang dan boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lain.

rawatan kencing manis

Apa Masalah Kesihatan Yang Dikaitkan Dengan Stress?

1. Masalah tidur atau sukar tidur.

2. Masalah kerintangan insulin makin teruk dan risiko kencing manis makin tinggi.

3. Berat badan meningkat.

4. Anxiety atau tekanan perasaan (depression)

5. Keletihan yang melampau

6. Rambut gugur

7. Pertumbuhan bulu pada muka

8. Masalah berkaitan penghadaman

Bagaimana Nak Kawal Stress Untuk Pesakit PCOS?

Untuk kurangkan atau kawal stress, yang pertama perlu kenal pasti punca stress tu. Adakah berpunca daripada emosi? Ataupun apa sebenarnya yang anda stress kan? Bagaimana nak selesaikan isu itu? Apa langkah pertama yang perlu dibuat?

Ataupun adakah stress tu berkaitan dengan fizikal? Penyakit metabolik? Dari mana sumbernya? Bolehkah buang punca dia dia tu?

Antara cadangan untuk kawal stress ialah:

1. Cari 1 masa dalam sehari yang sibuk tu untuk bertenang. Masa tu lah just relax, tarik nafas dan cuba berfikir macammana nak keluar daripada stress tu.

2. Ambil angin dan jalan-jalan melihat alam.

3. Kurangkan kerintangan insulin dan pulihkan insulin sensitivity

4. Kurangkan kafein

5. Bersenam

6. Bercakap dengan orang-orang yang boleh jadi pendengar

7. Tambahkan suplimen dalam diet harian – termasuklah antioksida, omega-3, GLA dan juga multivitamin.

diet pcos

*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Boleh hubungi Fyda di 012 621 1883

WhatsApp kami di 012 621 1883 (klik dari smartphone anda).


Follow FB Fyda Noh untuk chat secara langsung.


Daftar keahlian Shaklee di “Join Now sekarang & nikmati penjimatan hingga 20%.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.