Rawatan Endometriosis Moden Ada Risiko Menyebabkan Menopaus Palsu

menopaus palsu

Rawatan Endometriosis Moden Ada Risiko Menyebabkan Menopaus Palsu

Penyakit endometriosis, dahla sukar nak dikesan dan rawatannya bukanlah mudah. Dan rawatan moden sangat terbatas dan bersifat tidak kekal. Rawatan bertujuan untuk menghilangkan kesakitan supaya seorang wanita tu boleh hidup lebih selesa dan untuk mengurangkan risiko kemandulan, tetapi bersama peredaran masa, endometriosis berpotensi untuk kembali semula.

Kaedah perawatan juga bergantung sama ada wanita itu hanya ingin menghilangkan simptomnya ataupun ingin mendapatkan anak.

Untuk menahan kesakitan, ubat yang biasa digunakan terdiri daripada satu sejenis ubat anti-radang yang bukan steroid. Sebab endometriosis ini adalah keadaan bersifat keradangan. Jadi, dengan kurangkan radang, kesakitan tu juga dapat dikurangkan.

Disebabkan oleh penyakit ini ada kaitan juga dengan hormon, maka hormon digunakan untuk mengurangkan kemusnahan sel normal yang dikaitkan dengan endometriosis, ia boleh membantut pertumbuhan tisu-tisu endometrium dan juga mencegah penaupan dan perekatan di antara tisu-tisu yang dijejaskan oleh endometriosis. Begitulah kata Dr. Shah Reza, yang merupakan seorang konsultan perbidanan dan ginekologi.

menopaus palsu

Hormon-hormon ini memberhentikan seketika pengeluaran hormon wanita oleh ovari. Hormon-hormon yang biasa digunakan adalah seperti pil perancang keluarga, ubat gonadotropin-releasing hormon (GnRH), progesteron dan danazol.

Ubat-ubat tersebut perlu disesuaikan dengan individu, dari segi kesihatan dan pilihannya. Kesan sampingan hormon-hormon tersebut ketara dan perlu pantauan yang ketat daripada doktor. Namun, rawatan hormon ini mungkin tak mengurangkan kesakitan yang sedia ada.

1. Pil perancangan keluarga

Ubat ini membantu supaya haid bulanan menjadi teratur, julat kedatangannya pendek dan jumlah darah sedikit. Ini boleh membantu untuk mengurangkan kesakitan.  Doktor juga mungkin memberikan pil-pil hormon yang mencegah datangnya haid.

2. GnRH Agonis

GnRH adalah hormon yang meningkatkan paras estrogen. Agonis GnRH yang digunakan lebih kuat dari GnRH semula jadi di dalam badan, jadi ia akan mengurangkan paras hormon estrogen dengan memberhentikan fungsi ovari.

Akibatnya, wanita tersebut mengalami menopaus sementrara atau menopaus palsu. Mereka mungkin mengalami simptom-simptom seperti orang menopaus, seperti panas badan, sakit kepala, kekeringan faraj dan tulang yang rapuh.

Rawatan ini memakan masa enam bulan. Untuk mengurangkan kesan sampingan, hormon estrogen mungkin diberikan secara berkala. Haid akan datang kembali selepas 6 hingga 10 minggu selepas pemberhentian.

3. Progesteron

Progesteron mengurangkan fungsi estrogen berlebihan dan mengurangkan kesan tisu oleh hormon estrogen. Haid bulanan akan terhenti semasa penggunaan, mungkin juga wanita ini akan mengalami pendarahan yang tidak teratur.

Kesan samping yang biasa dirungutkan adalah seperti perubahan mood, perubahan berat badan, kembung dan masalah seksual.

4. Danazol

Juga merupakan hormon seperti hormon lelaki.  Hormon ini menurunkan kedua-dua paras hormon estrogen dan progesteron. Penggunaannya juga untuk selama 6 bulan. Semasa penggunaan, haid bulanan terhenti.

Kesan sampingan yang biasa dirunguti adalah seperti pertambahan berat badan, jerawat, suara menjadi bertambah kasar dan garau, tumbuh bulu mirip lelaki.

5. Pembedahan

Dr. Shah Reza berkata, pembedahan mungkin dicadangkan untuk membuang tisu-tisu endometrium di kawasan pinggul. Cara pembedahan mungkin secara terbuka ataupun laparoskopi.

Namun, simptom endometriosis kemungkinan kembali selepas pembedahan. Semakin serius endometriosis, semakin cepat tisu itu tumbuh balik selepas pembedahan. Lazimnya, rungutan mungkin datang seawal setahun selepas pembedahan.

Sekiranya penyakit endometriosis ini terlalu serius, pembedahan histerektomi (pembedahan rahim) mungkin dicadangkan. Sekiranya kedua-dua ovari dibuang, endometriosis mungkin hilang, begitu juga dengan kesakitan, haid bulanan dan keupayaan untuk mendapatkan anak.

Penyakit endometriosis merupakan penyakit berjangka masa panjang. Selagi wanita itu tidak putus haid, menopaus, selagi itulah rungutan akan berlangsung.  Walau bagaimanapun, rawatan-rawatan tetap ada, hanya perlu mencari perawatan mengikut kesesuaian individu

Namun begitu, saya ada cadangan untuk kawal endometriosis anda dengan lebih selamat. 

Jika anda ada apa-apa pertanyaan, boleh hubungi saya di 012 621 1883

Atau direct wassap,

www.wasap.my/60126211883

www.wasap.my/60126211883

www.wasap.my/60126211883

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.