Punca Kanser Paru-Paru Dan Cara Menghindarinya

petua sembuhkan kanser paru-paru

Punca Kanser Paru-Paru Dan Cara Menghindarinya

Baru-baru ni ada seorang lelaki yang berniat untuk berhenti merokok selepas kelahiran anaknya selepas saya bagi nasihat mengenai rokok.

Alhamdulillah..

Ramai ibu bapa yang fikir bila mereka merokok jauh daripada anak, anak itu tidak terdedah kepada bahaya rokok. Sebenarnya anak itu tetap mengalami risiko yang tinggi pada paru-parunya, terutama bayi yang masih kecil, dengan organ yang belum berfungsi seperti orang dewasa dan sistem imun juga masih lemah.

Asap rokok itu boleh melekat di baju dan tangan orang merokok. Dan jika dia terus memegang anaknya, begitulah kesan rokok itu akan masuk ke dalam badan anak-anak.

Dan amat sedih sekali jika orang sekeliling yang terdedah kepada risiko kesan rokok tersebut, iaitu kanser paru-paru. Sememangnya rokok ialah punca utama kanser paru-paru.

petua sembuhkan kanser paru-paru

Bagaimana Rokok Boleh Jadi Penyebab Kanser.

Rokok penuh dengan bahan-bahan kimia yang menjadi punca kanser. Bahan-bahan ini memusnahkan sistem pertahanan semulajadi paru-paru. Salur udara yang terdapat pada paru-paru dilapisi oleh ‘rerambut’ halus yang sebagai cilia. Cilia ni fungsi macam bulu hidung, iaitu menapis toksin dan kuman yang masuk ke dalam paru-paru.

Rokok merosakkan cilia dan menghalangnya daripada buat kerja nya dan akhirnya membuatkan kimia penyebab kanser menimbun dalam paru-paru.

Simptom Awal Kanser Paru-Paru

Sama seperti kanser lain, kanser paru-paru juga mungkin tak menunjukkan simptom pada peringkat awal. Ataupun mungkin sakit biasa-biasa je, dan penghidapnya pun tak perasan.

Namun, bila sel kanser tu makin besar dan keadaan makin parah, penghidap kanser paru-paru itu mungkin mengalami:

  • Batuk yang berlarutan
  • Sakit dada terutamanya semasa menarik nafas
  • Nafas berbunyi (wheezing) atau sesak nafas
  • Batuk berdarah
  • Keletihan (fatigue)

Kanser paru-paru biasanya boleh dilihat di X-Ray. Namun, ujian lanjut perlu dilakukan untuk mengesahkan bahawa ketulan di paru-paru itu ialah kanser.

Rawatan Kanser Paru-Paru

Apabila doktor mengenalpasti kanser di paru-paru, mereka akan memeriksa sama ada sel itu sudah merebak atau masih berada di paru-paru sahaja. Jika boleh dibedah untuk buang tisu kanser itu, pembedahan akan dilakukan segera. Jika boleh buang tisu kanser tu sahaja, oklah tapi kalau kena buang sebelah paru-paru,Allah!… tak mampu nak bayangkan pulak macam mana agaknya hidup dengan sebelah paru-paru saja.

Tapi apabila kanser paru-paru dah merebak, mungkin mustahil untuk buang sel kanser tu melalui pembedahan. Mereka perlukan rawatan radiasi dan kimoterapi untuk mengawal penyakit mereka.

Penyebab Kanser Paru-Paru Selain Merokok Secara Langsung

Secondhand smoker

Memang merokok adalah punca utama kepada kanser paru-paru tapi itu bukanlah satu-satunya faktor risiko yang ada. Orang yang menjadi second hand smoker iaitu mereka yang berada di sekeliling orang yang merokok juga mempunyai risiko yang sama, atau mungkin lebih tinggi. Sebab mereka sedut asap rokok secara langsung.

Orang yang berkahwin dengan seorang perokok mempunyai 20% hingga 30% lebih risiko untuk mendapat kanser paru-paru berbanding mereka yang tidak.

Jadi, kalau suami anda merokok sama ada anda kena kuatkan imuniti atau ikhtiarkan supaya dia berhenti merokok. Bukan taruhannya bukan nyawa dia saja, tapi nyawa anda turut dalam bahaya.

kanser paru-paru tahap 4

Pekerjaan Berisiko

Sesetengah pekerjaan juga menjadi punca kepada kanser paru-paru. Contohnya pekerjaan yang melibarkan bahan kimia termasuk uranium, arsenic. Asbestos yang banyak digunakan dalam penebatan juga dikenalpasti sebagai punca kanser paru-paru. Walaupun bahan ni dah jarang digunakan sekarang, tapi mereka yang pernah terdedah kepada bahan ni dulu masih berisiko.

 

Pencemaran udara

Pencemaran udara jug jadi salah 1 faktor penyebab kanser paru-paru, walaupun menurut pakar, risikonya lebih rendah berbanding rokok. Pakar percaya pencemaran yang datang daripada asap kereta, kilang dan stesen janakuasa mampu memberi risiko kepada paru-paru.

Bolehkah Membendung Kanser Paru-Paru

Kanser paru-paru menjadi punca utama kematian akibat kanser tak kiralah samada lelaki atau wanita.

Dan kita semua tahu bahawa rokok adalah punca utama kanser paru-paru. Sayang sekali jika anda tak merokok, tapi menghidap kanser paru-paru akibat perbuatan orang lain.

Jika pasangan anda atau orang yang anda sayang merokok, bantulah dia untuk hentikan tabiat buruknya. Demi untuk kebaikan dirinya dan anda juga.

Selain itu, anda boleh bantu diri untuk meningkatkan sistem imun. Mudah-mudahan badan anda cukup kuat untuk melawan asap rokok tersebut.

Jika anda seorang perokok, hargailah diri anda. Hargai orang sekeliling yang anda sayang dan sayangi anda. Cubalah sebaik mungkin untuk berhenti merokok. Ada banyak cara yang boleh diambil namun, memerlukan kesabaran dan keazaman yang sangat tinggi.

Tapi IsnyaAllah, ia adalah satu cubaan yang berbaloi bukan saja untuk badan sendiri, tapi juga demi orang-orang sekeliling yang anda sayang.

Mereka-mereka ini telah berjaya berhenti merokok dengan ikhtiar melalui pengambilan Vivix. Anda nak cuba?

cara rawat kanser paru-paru

 

tips berhenti merokok

 

 

Nampaknya bukan susah sangat nak berhenti merokok, cuma perlu ada keinginan dan ikhtiar.

Ini pula seorang penghidap kanser paru-paru yang dah disahkan berada pada tahap kritikal. Namun, dengan pengambilan suplemen Shaklee secara konsisten, alhamdulillah beliau dah bebas daripada kanser tersebut.

Tapi janganlah tunggu ada kanser baru nak ikhtiar. Sepatutnya kena jauhi dulu apa yang boleh menyebabkan kanser tu – iaitu rokok.

 

kanser paru-paru sembuh

MELABURLAH UNTUK KESIHATAN, KERANA HARGA SAKIT ITU MAHAL.

Hubungi :

Fyda – 012 621 1883 (www.wasap.my/60126211883)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *