Perut Kembung Dan Makin Teruk Mungkin Tanda Kanser Ovari

kembung perut

Perut Kembung Dan Makin Teruk Mungkin Tanda Kanser Ovari

Sekarang ni kerap kita dengar orang-orang muda yang menghidap kanser ovari. Dan ada antara orang-orang yang kita kenal, iaitu artis-artis wanita di Malaysia sendiri hingga mengakibatkan kematian.

Kanser sistem peranakan wanita antara pembunuh utama kaum wanita. 1 dalam 70 wanita berisiko untuk mendapat kanser sistem peranakan ini. Cuma, kebanyakan kita tidak sedar dan tertipu dengan kesihatan hingga ada yang tak dapat mengesan penyakit ini pada peringkat awal..

Jom kita tengok sikit fakta tentang Kanser Ovari ni.

kembung perut

Tahap Kanser Ovari Yang Wanita Mesti Ambik Tahu

Tahap atau stage kanser ni bergantung pada sejauh mana kanser tu merebak. Daripada seketul sel kanser tu, kanser akan merebak ke sel lain.

Tahap 1 ni biasanya tidak banyak menunjukkan simptom. Sel kanser masih berada di dalam ovari. Tetapi antara simptom tidak spesifik yang boleh ada ialah:

1. Sakit di bahagian bawah abdomen (bahagian ari-ari)

2. Rasa kembung atau ‘bloated’ dibahagian abdomen

Jika simptom ni disebabkan oleh kanser ovari, simptom ini jadi semakin teruk.

Tahap 2 pula ialah bila kanser dah merebak ke bahagian di luar ovari, tetapi masih berada di lingkungan bahagian tulang punggung (Stage 2 dan 3), biasanya wanita akan mula mengalami simptom seperti :

1. Pendarahan yang tak normal. Sama ada pendarahan antara haid atau pendarahan selepas menopos.
2. Sakit dibahagian ari-ari (lower abdominal pain)
3. Sakit ketika melakukan hubungan seks
4. Sakit belakang
5. Kerap kencing
6. Sembelit
7. Bengkak di bahagian perut (abdomen)
8. Hilang selera makan

Jika kanser dah mencapai tahap 4,yang mana tahap terakhir sel-sel kanser telah merebak di luar kawasan ovari seperti di paru-paru, hati ataupun otak. Pesakit boleh menunjukkan simptoms seperti :

1. Hilang selera makan
2. Berat badan berkurang.
3. Cepat letih
4. Sembelit
5. Sesak nafas
6. Perut semakin membesar

kembung perut tanda kanser

Apa yang menyebabkan Kanser Ovari ni?

Seperti kanser yang lain, kanser ovari terjadi disebabkan kombinasi banyak faktor. Jadi sebenarnya tak boleh menuding jari kepada 1 benda saja yang menyebabkan kanser. Antara faktor yang menjadi penyumbang kepada terjadi dan merebaknya kanser ialah:

1. Faktor genetik

Jika keluarga terdekat mempunyai sejarah kanser ovari atau kanser payudara, risiko wanita tersebut untuk mendapat kanser lebih tinggi berbanding wanita lain.

Ada kajian kata, bukan bermakna orang tu mempunyai gen kanser, tapi mungkin ada gen yang lebih cenderung untuk menyebabkan kanser jika terdedah kepada bahan-bahan penyebab kanser.

2. Umur

Biasanya kanser didominasi oleh wanita yang lebih berumu, iaitu 65 tahun ke atas. Namun, sekarang ni lebih ramai golongan muda yang kena penyakit kanser. Adakah peningkatkan umur masih valid? Atau boleh kita kata semua umur pun berisiko dapat kanser.

3. Total lifetime ovulation

Lebih banyak kali pregnant –> risiko lebih rendah
Usia mula period lebih muda –> lebih berisiko tinggi
Umur menopause lebih tua –> risiko lebih tinggi
Tidak pernah hamil —> Risiko tinggi juga

4. Pernah mengalami kanser payudara

Untuk yang pernah kena kanser payudara, masalah ini berkaitan dengan gen-gen tertentu.

5. Mengambil rawatan HRT

HRT ialah Hormone replacement therapy, yang mana selalu diberikan kepada wanita yang mengalami menopaus secara semulajadi atau melalui perubatan.

6. Obesiti

Obesiti memang meningkatkan risiko almost semua jenis kanser.

7. Endometriosis

Mempunyai 30% risiko mendapat kanser ovari berbanding wanita lain, mungkin kerana perubahan hormon yang berlaku dalam endometriosis yang meningkatkan risiko kanser.

rawatan hormon wanita

Bagaimana Nak Kesan Kanser Ovari?

Jika disyaki menghidap kanser ovari, pemeriksan akan dilakukan. Beberapa ujian darah, X-ray, Ultrasound, CT-scan, MRI dan pelbagai lagi ujian lain yang perlu untuk menentukan diagnosis dan menentukan tahap kanser tersebut.

Apakah Rawatan Yang Paling Terbaik Untuk Kanser Ovari?

Biasanya merangkumi rawatan seperti pembedahan, kemoterapi ataupun kombinasi dengan radioterapi. Semua ini bergantung kepada tahap kanser pesakit tersebut.

Walaubagaimanapun, seorang pesakit kanser sangat perlukan sokongan nutrisi yang baik dan berkhasiat. Jadi, perubahan gaya hidup dan pemakanan yang sihat dan berkualiti sangatlah penting untuk pesakit kanser.

Tapi kita kalu boleh tak mau la kena penyakit ni kan? So, kita kena buat sesuatu dari sekarang untuk jaga baik-baik kesihatan kita. Mencegah tu kan lebih baik dari merawat.

Sebenarnya saya banyak berkongsi tips kesihatan di FB saya,
Boleh klik link ni – Fyda Noh untuk jadi kawan atau follow saya di FB.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *