Persediaan Sebelum Bercuti Bersama Keluarga Ke South New Zealand

itinerary south new zealand

Persediaan Sebelum Bercuti Bersama Keluarga Ke South New Zealand

Alhamdulillah, pada 11 September lalu, saya dan keluarga dah selamat travel di South New Zealand. Kami pergi seramai 4 dewasa dan 2 kanak-kanak. So, saya berkongsi pengalaman travel tu untuk disimpan sebagai kenangan.

Jadi saya mulakan dengan persediaan awal nak pergi ke sana.

Ni part paling susah bagi saya. Sebab saya ni semua benda nak senang. Ingat beli tiket flight, pergi New Zealand then redah saja.

Syukur lah suami is the king of preparation & sangat details.

1. Cek tiket murah.

Alhamdulillah kami dapat tiket MAS time ofer dalam bulan 4. Terus grab je tiket walau tabung travel belum cukup penuh (memang style kami)

2. Pemilihan pakaian.

Sebab time kami pergi, bulan September ialah nak masuk musim bunga. So masih sejuk. Jadi kami bawa winter jaket & juga jaket biasa. Bawa baju hujan juga sebab cuaca tak menentu waktu tu. Tapi winter jaket kami memang yang kalis air.

bagaimana nak main salji di new zealand

3. Makanan.

Sebab kami nak sewa motorhome, jadi memang plan nak masak sendiri. Bawalah juga makanan2 dalam pack – contohnya nasi biryani ke, Brahim ke, tapi kat sana pun senang je nak dapat makanan2 basah.

Barang makanan yang dibawa ke NZ perlu declare. Jadi kami print siap2 list makanan yang kami bawa beserta ingredient. List ubat-ubatan (mama ada kencing manis & darah tinggi) dan juga vitamin Shaklee yang dibawa. Saya akan share details nanti.

4. Sebelum buat itinerary kena study dulu peta New Zealand.

Selalunya orang buat trip round 1 pulau tu atau kedua-duanya. NZ ada 2 pulau, North & South. Orang kata better pergi North dulu, sebab South lebih cantik berbanding North. Kalau dah pergi South dulu, memang rasa North takde apa2

Tapi yang saya tengok dari atas, North pun cantik sangat. Dan driver van motel kami menginap tu pun cerita macam2 aktiviti menarik yang boleh dibuat di kepulauan North.

Sebab trip kami 8 hari saja, jadi memang plan nak ke South sahaja.

Kena tilik betul2 peta kepulauan South tu. Baca blog orang, tengok tempat mana yang dorang singgah.

itinerary south new zealand

5. Pemilihan kenderaan.

Memang plan nak naik motorhome pun sebab lagi senang dengan ahli kami – 4 dewasa & 2 budak. Tak perlu nak angkut2 barang masuk hotel.

Memang ada banyak syarikat sewa kenderaan ni. Google je lah. Tapi kami pilih company Maui.

Tapi kena fikir tempat nak stop untuk tidur malam. Sebab kat NZ malam2 takleh drive. Gelap, lampu jalan takdak. Jarak antara 1 rumah ke 1 rumah pun adalah 30-50km.

Dan kena set masa untuk aktiviti dengan ambik kira jarak & berapa lama dari 1 tempat ke 1 tempat. Kalau naik motorhome, agak lambat sikit. Maklumlah kenderaan besar & ada jalan kecil yang mungkin tak boleh limpas.

Kalau naik kereta banyak benda boleh explore sebab boleh gerak lebih laju & boleh lalu jalan kecik.

Tapi jalan kat NZ ada halaju sendiri. Kalau nak kena saman, sila lah langgar. Kat bandar atau kawasan sekolah 30-50, merangkak lah.

Untuk memandu, lesen Malaysia pun boleh guna.

tips pilih motorhome di new zealand

6. Campsite.

Campsite ni ada banyak. Ada yang free. Free tu pun kena bayar jugak. Tapi takde orang jaga. Cuma ada tempat macam peti pos untuk masukkan duit & bilangan ahli menginap.

Free tu mungkin ada ruang saja untuk parking atau mungkin ada toilet saja. Takda kemudahan lain. Kalau motorhome boleh la nak survive sebab ada toilet & letrik sendiri (kalau tak silap power dia tahan dalam 48 hours).

Tapi kami memang book siap2 Holiday Park yang ada power untuk charge motorhome. Memang tempat kami bermalam ada macam2 kemudahan. Dapur, toilet + tempat mandi, playground pun ada.

Ada campsite tak caj kanak-kanak. Dia kena tengok umur lah.

7. Duit nak tukar.

Lepas dah siap itinerary serba-sikit. Ada tempat yang dah dibayar secara online. Yang mana boleh book online kami book online je terus. Walaupun campsite boleh walk-in tapi senang book siap2 lah.

1NZD dalam RM3+. Dia punya lebih kurang kita juga. Contoh ayam tempat kita RM10 sekor, sana 10NZD.

Tapi banyak tempat yang boleh swap kad. So atas pilihan masing2 la.

Bila bicara soal duit atau nak belanja, please jangan convert ke duit kita. Sebaliknya sentiasa berzikir “Duit boleh dicari.. duit boleh dicari..”

8. Apps yang berguna untuk di download

-Rankers Camping NZ
-Peta offline
-Panduan waktu solat – kalau nak search awal2 pun ok.

9. Adaptor

Last but not least, jangan lupa plug di NZ tak sama dengan Malaysia. So, lebih baik bawa siap2 universal adaptor & extension. Sangat berguna.

Kepada anda yang nak bercuti ke New Zealand, semoga panduan ini sedikit sebanyak boleh bantu anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *