Perlukah Vitamin Atau Suplemen Setiap Hari Untuk Orang Yang Sihat?

makanan awet muda

Perlukah Vitamin Atau Suplemen Setiap Hari Untuk Orang Yang Sihat?

Banyak juga kawan-kawan sebaya yang saya rekemen untuk amalkan Vivix. Untuk pengetahuan, saya berusia awal 30-an. Muda lagi kan?

Tapi, rata-rata saya dapat respon begini,

“ I muda lagi. Takde penyakit pun. Rasanya tak perlu kot Vivix u ni”.

Senyum saja lah. Sebab kalau mereka faham apa tu Vivix, tentu dia orang menolak untuk amalkan Vivix.

Vivix adalah produk masterpiece Shakee. Dan Shaklee bukan saja-saja nak keluarkan produk ni. Sebab nak untung saja.

Apa yang menarik tentang produk Shaklee ialah, sebelum diedarkan kepada pengguna, produk ini terlebih dahulu dikaji dan jika didapati tidak berkesan, anda takkan nampak produk Shaklee di pasaran. Ada beberapa produk Shaklee ditolak kerana tidak memberi manfaat kepada kesihatan pengguna.

makanan awet muda

Vivix Disokong Dengan Kajian Orang Ketiga Yang Tak Ada Kaitan Dengan Shaklee

Seorang saintis yang di mendapat anugerah nobel prize in Physiology of Medicine 2009 kerana telah menemukan ‘bagaimana kromosom dilindungi oleh telomere dan enzim telomerase’. Saintis itu ialah DR ELIZABETH BLACKBURN, yang merupakan penasihat kepada LANDMARK STUDY : TELOMERES STUDY yang Shaklee buat ke atas VIVIX.

Jadi, anda boleh delete dalam kepala yang Vivix ialah produk biasa-biasa. Vivix sangat premium dan sangat istimewa. Memang tak boleh dibandingkan dengan jus-jus buah lain di pasaran.

Apa itu telomeres?

DNA dalam badan manusia akan bergandung dan membentuk rantaian yang dikenali sebagai kromosom. TELOMERES ini pelindung pada rantaian DNA ini, “PROTECTIVE CAP”. Penutup yang memberi perlindungan kepada DNA yang berada di hujung kromosom.

Kalau nak senang, telomere ni macam salotape yang lindung hujung tali kasut. Kalau salotape tu rosak, tali kasut pun boleh terburai.

Begitu juga apabila telomere kita makin memendek. Bila makin berusia, secara semulajadi telomere kita akan banyak yang memendek dan tidak berfungsi. . Semakin pendek telomere, DNA kita akan banyak yang rosak. Sama macam kes tali kasut tadi.

Maknanya, orang yang mempunyai telomere yang panjang, DNA dilindungi dan kesihatan sel terpelihara. Orang yang mempunyai telomere yang pendek, maksudnya banyak DNA yang dah rosak.

Bila DNA banyak rosak, sel kita pun turut rosak. Dan dari situlah proses pembentukan penyakit akan bermula kerana proses kerosakan organ dan penurunan fungsinya akan berlaku.

makanan awet muda

Apa Kaitan Telomere Dengan Kesihatan Dan Manfaat Jika Makan Vivix

Hasil kajian Telomere ini mendapati, kepanjangan telomeres pengguna Shaklee yang mengambil VIVIX lebih panjang 11% dibandingkan dengan control group (orang yang tidak mengambil VIVIX).

Ok gini..Bayangkan saya sudah umur 80 tahun. Saya sudah minum VIVIX selama 5 tahun. Sel dari badan saya diambil untuk menguji kepanjangan telomere.

1 lagi orang lain, kita namakan A, yang tidak minum VIVIX. Orang tu umur 41 tahun.

Selepas diuji, telomere kami adalah sama panjang. Padahal kalau ikut usia, saya jauh lebih tua daripada A. Secara logiknya, dah tentu telomere saya yang pendek berganda berbanding telomere A.

Logik tak?

Nampak tak resultnya yang sangat WOW. Sebab tu lah, muda-muda ni kena makan suplemen sebab nak jaga sel-sel ni. Bukan nak tunggu tua, sel dah rosak atau nak tunggu ada penyakit.

Salah 1 isi doa kita ialah minta panjang umur, tapi adakah kita dah sedia dari segi mental dan kesihatan jika umur kita panjang? Kalau kita hidup sampai tua, adakah kehidupan kita berkualiti dan selesa untuk beribadah?

Vivix Tak Buat Orang Jadi Lebih Muda

Ramai yang silap faham bila minum Vivix jadi muda 25 tahun. Bila kita cakap pasal Vivix, kita cakap nak meremajakan sel kita. Sebab umur kita memang takkan berubah tapi fungsi badan dan kemampuan organ akan jadi lebih baik.

Orang yang sihat, memang nampak awet muda. Sebab tu kesihatan dan kecantikan memang tak dapat dipisahkan.cara nak kekal awet muda

 

Untuk meenampah Vivix Shaklee atau perlukan info lanjut, boleh hubungi Fyda di 012 621 1883 atau klik link ini untuk whatsapp – www.wasap.my/60126211883.

Untung sangat kalau mula jaga kesihatan dari muda ni. Mengekalkan kesihatan lebih mudah daripada mengembalikan kesihatan yang rosak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *