Penyakit SLE Boleh Menyerang Otak Dan Berisiko Hilang Ingatan

SLE bahaya

Penyakit SLE Boleh Menyerang Otak Dan Berisiko Hilang Ingatan

Sebelum ini saya ada berkongsi kenapa penyakit autoimun ni lebih banyak berlaku kepada para wanita. Kalau anda belum baca post itu, boleh klik link dia di bawah,

Kenapa penyakit autoimun lebih banyak berlaku kepada wanita?

Kali ni, saya nak berkongsi pula jenis-jenis penyakit autoimun atau bahagian yang selalunya berlaku penyakit autoimun ini kepada wanita.

Penyakit Autoimun Yang Sering Menyerang Wanita

1. Systemic Lupus Erythematosus atau SLE

SLE ialah penyakit yang sukar untuk dikesan kerana simptomnya melibatkan keseluruhan badan. Jadi, simptom SLE ni boleh jadi apa saja, termasuk masalah kulit seperti ruam. Namun, orang yang ada SLE ni selalunya akan mengalami hypersensitif kepada matahari dan mengalami ruam atau sunburn di muka.

Boleh jadi sakit sendi atau keguguran rambut. Ada juga yang mengalami masalah buah pinggang dan menyebabkan kerosakan buah pinggang jika tak dirawat.

Ada juga SLE yang menganggu otak, mungkin boleh menyebabkan tekanan, masalah mental atau menjejaskan memori. Antibodi ini juga berisiko menyebabkan radang otak.

2. Rheumatoid arthritis

Penyakit ini adalah penyakit pada sendi yang mana sendi akan sakit dan membengkak. Rheumatoid selalunya menyerang sendi tangan dan jika tak dirawat sendi boleh mengeras dan tak dapat bergerak.

3. Penyakit tiroid

Penyakit tiroid lebih banyak menyerang wanita. Puncanya adalah antibodi menyerang organ tiroid. Dua jenis penyakit tiroid ini adalah Graves disease dan Hashimoto disease.

Graves disease berlaku apabila hormon tiroid berlebihan manakala Hashimoto disease berlaku apabila hormon tiroid terlalu rendah. Punca-punca berlaku adalah sama tetapi rawatan yang akan dilakukan adalah berbeza.

SLE bahaya

4. Penyakit Psoriasis

Penyakit psoriasis juga adalah penyakit autoimun. Ini berlaku apabila antibodi badan menyerang kulit sehinggakan kulit mengering dan menggelupas kerana penghasilan sel baru yang terlalu cepat.

Cara untuk mengesahkan penyakit psoriasis ini adalah dengan mengambil sampel dan hantar ke makmal untuk diuji. Cara rawatan adalah untuk menurunkan sistem imum dengan rawatan tertentu oleh pakar kulit.

5. Immune thrombocytopenic purpura (ITP)

ITP ini adalah masalah darah. Apabla berlaku, antibodi menyerang platelet dan menyebabkan bacaan bilangan platelet menjadi rendah. Ia membuatkan seseorangan itu mudah lebam. Ia juga boleh menyebabkan pendarahan hidung dan pendarahan gusi.

Bahaya ITP ini pada ibu mengandung adalah jika bacaan platelet itu rendah, ia boleh menyebabkan pendarahan. Penyakit ITP ini biasanya dirawat oleh pakar hematologi (darah)

Selain dari penyakit yang disebut di atas, banyak lagi penyakit autoimun lain yang wujud. Contohnya Celiac disease, Addison’s disease, scleroderma, Myasthenia gravis dan Type 1 Diabetes mellitus.

Bagaimana Cara Nak Mengawal Autoimun Secara Semulajadi

Ada 5 tips yang saya nak kongsi tentang cara mengawal penyakit autoimun ni. Secara ringkasnya ialah:

1. Menjaga kesihatan usus sebab usus adalah tempat utama sistem imun kita.

2. Hati-hati dalam pemilihan makanan anda.

3. Kurangkan toksin dalam badan

4. Jangkitan yang kronik yang mungkin tak dikesan

5. Bijak kawal stress.

Saya akan berkongsi 5 points ini dalam post seterusnya. Jangan lupa untuk terus membaca ya..

Namun, saya nak cadangkan suplimen-suplimen ini yang boleh membantu untuk mengawal masalah autoimun anda.

rawatan autoimun

*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Boleh hubungi Fyda di 012 621 1883
WhatsApp kami di 012 621 1883 (klik dari smartphone anda).

Follow FB Fyda Noh untuk chat secara langsung.

Daftar keahlian Shaklee di “Join Now sekarang & nikmati penjimatan hingga 20%.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.