Pembedahan Lutut Besi Untuk Selesaikan Masalah Sakit Lutut Kronik

Pembedahan Lutut Besi Untuk Selesaikan Masalah Sakit Lutut Kronik

Sudah berkali-kali Mak Cik Gayah (bukan nama sebenar) datang ke klinik kerana rasa tidak selesa pada kedua-dua lututnya. Kadang-kadang rasa sengal dan ngilu waluapun pembedahan lutut besi telah dijalankan 2 tahun lepas.

Saya tak mampu berbuat apa-apa selain daripada memberinya ubat tahan sakit dan menyarankan dia meneruskan latihan fisioterapi untuk mengurangkan rasa sakit yang dialami. Takkan nak tukar lutut lain pula. 2 tahun lepas, dia juga yang bersetuju untuk melakukan pembedahan itu.

sakit lutut kiri

Tak Tahan Menanggung Sakit Sekian Lama

Sudah hampir 10 tahun Mak Cik Gayah menderita sakit lutut sebelah kiri. Setiap kali berjalan jauh, mengubah posisi dari duduk ke bangun atau sebaliknya adalah sangat azab bagi Mak Cik Gayah. Tulang lututnya rasa seperti bergesel, tapi hanya kaki sebelah kiri. Sebelah kanan masih ok.

Sekian lama Mak Cik Gayah cuba menahan sakit dengan berehat, sakitnya menjadi semakin teruk. Akur dengan permintaan anaknya untuk melakukan pemeriksaan lanjut, rupanya sendi lutut Mak Cik Gayah sudah rosak dan haus. Tulang atas sudah bergesel dengan tulang bawah, sebab itulah dia berasa sangat sakit. Kesian Mak Cik Gayah.

Menurut doktor yang merawatnya, pelincir dalam sendi lutut Mak Cik Gayah sudah berkurang akibat pengguaan sendi berlebihan dan sakit badan yang besar menjadikan sendi lutut Mak Cik Gayah terpaksa menampung bebanan yang berat. Sakit ini dipanggil osteoarthritis.

Selain itu, penyakit ini lebih kerap dialami oleh wanita kerana wanita lebih banyak kehilangan kalsium ketika mengandung dan menyusu. Ketika mengandung, banyak kalsium akan ditarik daripada tulang ibu untuk menampung keperluan bayi.

Ketika menyusu juga, perubahan hormon menyebabkan ibu kehilangan lebih banyak kalsium.

Selain berat badan berlebihan yang menekan sendi lutut Mak Cik Gayah, dia juga tidak pernah mengambil apa-apa suplemen untuk menjaga kesihatan sendi. Biasalah mentaliti manusia, makanan kan dah cukup untuk dapat semua vitamin dan kalau dah sihat, maksudnya badan tak perlukan vitaminlah.

Selama 10 tahun, Mak Cik Gayah diberi rawatan ubat tahan sakit dan glukosamin. Menurut doktor itu, glukosamin sepatutnya boleh membantu sendi Mak Cik Gayah dengan menambahkan cecair pelincir ke dalam sendi dan ini boleh mengurangkan kesakitan akibat persentuhan antara tulang.

Namun, untuk Mak Cik Gayah glukosamin tidak membantu. Sakit lututnya hanya boleh dikawal dengan ubat tahan sakit walaupun sudah beberapa bulan mengambil suplemen glukosamin.

Akhirnya doktor terpaksa mencadangkan pembedahan menukar kepala lututnya dengan besi. Ternyanta glukosamin hanya membantu sedikit kerana sendi Mak Cik Gayah sudah haus teruk. Menurut doktor itu lagi, jika pengambilan glukosamin dimulakan sebelum sakit sendi atau pada peringkat awal, mungkin pembedahan ini tidak perlu berlaku.

Mahu tak mahu, terpaksalah Mak Cik Gayah merelakan.

sakit lutut kiri

Kos pembedahan

Disebabkan Mak Cik Gayah menjalani pembedahan ini di hospital kerajaan, maka kos pembedahan adalah percuma. Namun, besi tersebut perlu dibeli sendiri. Kos satu besi itu dalam RM6,000 – 8,000, tu baru sebelah, kalau dua-dua, dua kali ganda lah.Saya sendiri pernah menyaksikan beberapa pesakit terpaksa menunggu untuk mendapatkan besi kerana masalah wang dan begitu ramai yang terpaksa menahan sakit sahaja hingga mati kerana pembedahan ini bukan kecemasan.

Tiada masalah untuk Mak Cik Gayah kerana anaknya seramai 10 orang itu sama-sama meyumbangkan wang, ditambah dengan simpanan Mak Cik Gayah untuk pergi umrah. Tak apalah, kesihatan lebih penting, bisik Mak Cik Gayah.

Di hospital swasta pula, bersedialah dengan RM12,000 – RM15,000 untuk sebelah lutut, Kalau dua-dua, berapa tahun agaknya nak simpan duit?

Selepas pembedahan

Pada peringkat awal pembedahan, Mak Cik Gayah dinasihatkan supaya berehat lebih kurang 6 minggu untuk memastikan sendinya benar-benar sembuh. Pada peringkat awal, seksa jugalah dia kerana mengalami komplikasi pembedahan, jangkitan pada tempat pembedahan. Syukurlah dengan antibiotik, jangkitan itu sembuh dalam 2 minggu sahaja.

Mak Cik Gayah terpaksa berjalan menggunakan tongkat sehingga beberapa minggu kerana kesakitan yang dialami pada lutut kirinya. Pelbagai latihan fisioterapi juga perlu dilakukan untuk membiasakan Mak Cik Gayah dengan lutut barunya.

Bayangkan lutut besi, betapa sakitnya Mak Cik Gayah setiap kali melakukan senaman yang ditetapkan oleh pakar terapi. Nak menitik air mata Mak Cik Gayah. Selepas beberapa bulan, sakit akibat pembedahan semakin berkurang. Mak Cik Gayah semakin selesa berjalan jauh dan naik tangga dengan perlahan-lahan.

Pembedahan kali kedua

Selepas setahun, Mak Cik Gayah berasa sakit yang sama pada lutut sebelah kanan pula. Hairan Mak Cik Gayah, dulu lutut sebelah ini tak sakit. Lagipun, dia masih mengalamalkan suplemen glukosamin yang dibekalkan oleh doktor.

Doktor mendedahkan berita yang tak sanggup didengar oleh Mak Cik Gayah dan anak-anaknya, bahawa lutut sebelah kanan juga perlu ditukar. Ini kerana selepas lutut kiri ditukar, untuk mengurangkan rasa sakit pada lutut kiri, berat badan ditampung oleh lutut kanan. Jadi, proses yang sama telah berlaku kepada lutut kanan Mak Cik Gayah.

Ini adalah kesan sampingan yang telah diterangkan oleh doktor itu sebelum Mak Cik Gayah melalukan pembedahan lutut kirinya.

Bermaksud penyeksaan kali kedua untuk fizikal Mak Cik Gayah dan kewangan mereka sekeluarga. Konflik juga anak-anak Mak Cik Gayah ketika itu, maklumlah kos pembedahan bukan murah. Hampir-hampir mereka mengikut sahaja permintaan Mak Cik Gayah untuk tidak menjalani pembedahan itu. Namun, bila fikirkan Mak Cik Gayah itu ibu mereka dan sebagai membalas jasa, terpaksalah sekali lagi mereka korbankan simpanan.

Buat kedua kalinya, Mak Cik Gayah melalui proses yang sama. Namun beberapa bulan berlalu, ketika kedua-kedua lututnya telah sembuh, dia rasa lebih selesa untuk berjalan. Namun berjalan jauh, memanjat tangga adalah sedikit sukar. Dia masih rasa tidak selesa ketika bersolat kerana lututnya tidak boleh dibengkokkan dengan sempuna, jadi Mak Cik Gayah hanya boleh solat diatas kerusi.

Pesan Mak Cik Gayah Kepad Anak-Anak

Selepas kejadian ngeri yang menimpanya, Mak Cik Gayah berpesan kepada anak-anak supaya supaya menjaga kesihatan sendi dan berharap tiada lagi dikalangan anak-anak atau keluarga yang terpaksa menjalani pembedahan sendi.

Anak-anak Mak Cik Gayah juga sudah mula mengambil suplemen glukosamin walaupun belum mengalami sakit lutut. Kata mereka, kalau nak tunggu sakit dulu baru makan, alamatnya jadi Iron Man lah kami.

Apa Anda Rasa Jika Berlaku Kepada Keluarga Sendiri?

Selepas baca kisah Mak Cik Gayah, adakah anda sanggup jika ibu bapa atau ahli keluarga yang lain terpaksa menanggung kisah hidup yang sama?

Sempena cuti sekolah ni, kalau ada yang balik kampung, anda boleh cuba berkongsi dengan ahli keluarga mengenai kisah ini, terutamanya jika ada antara mereka yang mengalami sakit lutut.

Saya nak berkongsi jika ada dikalangan ahli keluarga anda yang mengalami sakit lutut,

Atau…

Anda sendiri sudah meningkat umur, dengan berat badan berlebihan dan juga mula sakit lutut. Anda boleh lakukan sesuatu, sekarang untuk elakkan sakit lutut anda terus melarat sehingga memerlukan pembedahan.

Baca kesan berat badan berlebihan kepada sendi.

Saya cadangkan anda mulakan pengambilan suplemen untuk kesihatan sendi sekarang.

1. Ostematrix Untuk Tulang Dan Sendi

Ostematrix ni wajib ada dalam set pantang dan set menyusu sebabnya ibu berpantang ni ada risiko untuk sembelit lepas bersalin dan ibu menyusu perlu lebih banyak kalsium untuk disediakan kepada baby nya.

Apa yang terkandung dalam Ostematrix ni kawan-kawan?

Dalam ni ada kalsium, magnesium, vitamin D, boron, mangan dan mineral lain untuk kesihatan tulang. Sebab tu kalau ada sakit sendi ke, sakit otot ke in sha Allah Ostematrix ni boleh bantu.

Saya ada 1 cerita, ramai customer wanita yang belikan Ostematrix ni untuk suami mereka. Sebab suami kerja kuat. Membanting tulang 4 kerat. Balik rumah, mengadu sakit badan.

Orang lelaki ni, susah sikit nak beli benda-benda macam ni kan? Kalau rokok tak berkira. Tapi bab kesihatan memang sangat harapkan isteri yang solehah nih laa.

Mula-mula tu bukan main susah nak pujuk makan, sampai merajuk-rajuk.

Sekarang ni, dorang sendiri yang mintak.

Biasanya makan sebelum tidur, tidur lebih lena dan bangun pagi esok tu badan rasa lebih segar dan cergas.

Kesihatan yang kita ada ni kena jaga. Kalau belum mampu nak beli 1 set, cuba Ostematrix dulu dah ok. Nanti, tambah lah vitamin lain pula.

2. OmegaGuard Untuk Tulang Dan Sendi

OmegaGuard ni ialah suplemen omega-3. Kalau omega 3 ni orang selalu kaitkan dengan otak kanak-kanak, kesihatan jantung dan juga untuk bakar lemak.

Kalau makan OmegaGuard dan bersenam dengan konsisten, cepat sangat badan slim melim.

Rupanya OmegaGuard ni juga sangat bagus untuk kurangkan sakit sendi sebab omega 3 ni bersifat anti radang dan boleh bantu kurangkan sakit. Bukan saja sakit sendi, tapi juga sakit-sakit badan dan sakit tumit. In sha Allah boleh kurang.

Untuk kaum wanita, terutamanya yang dah ada anak memang kena ambik OmegaGuard dan Ostematrix ni. Mungkin sekarang anda rasa masih sihat, buat apa nak ambik suplemen. Tapi kesannya kita boleh nampak bila dah masuk 40-an, 50-an.

Masa tu orang lain dah banyak sakit tulang, sakit sendi tapi kita masih steady.

Memang dari muda ni lah kena jaga kesihatan, kena jaga makan kita. Sebab tak jaga makan ni lah, ramai orang dapat penyakit masa usia tua.

3. Vivix Shaklee untuk kesihatan sendi

Vivix tak dinafikan satu suplemen yang sangat hebat dan sangat bermanfaat untuk kesihatan. Kandungan polifenol tumbuhan yang sangat tinggi menjadikan Vivix ialah suplemen yang luar biasa.

Dan memang ada saintis yang buat kajian tau tentang pemakanan dan masalah sakit sendi ni.

1 kajian yang telah diterbitkan dan boleh di baca oleh orang awam macam kita ni ialah ”

Resveratrol, Potential Therapeutic Interest in Joint Disorders: A Critical Narrative Review

Kalau nak baca boleh baca, tapi panjang dan kalau nak faham kena baca betul-betul la.

Rumusan kajian ini menunjukkan resveratrol  membantu:

1. Mengurangkan kesakitan akibat masalah sendi

2. Mengekalkan memperbaiki fungsi dan struktur sendi

Seterusnya penjagaan sendi yang baik akan memberikan kesan positif kepada sendi untuk secara keseluruhan.

Takkan Nak Tunggu Sendi Rosak Dulu

Ni tagline biasa masyarakat kita – aku sihat lagi apa benda nak makan suplemen-suplemen ni. Itu yang kita salah sangka. Sebab masih sihat lah kita nak jaga supaya boleh kurangkan risiko penyakit.

Sebelum kita nak berjalan pun susah akibat sakit sendi, marilah kita lindungi dan jaga sendi kita.

ubat sakit lutut kanan

Harga Set Sendi Shaklee

Lepas GST dihapuskan memang harga Shaklee pun dah turun balik. Yeay!!!

Saya senaraikan ya harga setiap 1 produk ni,

    1. Ostematrix ada 120 biji RM61
    2. OmegaGuard ada 90 biji RM136
    3. Vivix ada 150ml RM475

Tapi ini ialah harga runcit, of kos jika join ahli Shaklee harganya tentulah lagi murah. Dan join ahli tak semestinya kena bisnes. Nak makan saja pun boleh.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua, sebarang pertanyaan atau nak order, boleh tinggalkan komen di bawah atau hubungi saya

Fyda Noh,

012 621 1883 (www.wasap.my/60126211883)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *