Panduan Penjagaan Rahim Wanita Untuk Kesihatan Dan Keharmonian Rumahtangga

cara merawat fibroid

Panduan Penjagaan Rahim Wanita Untuk Kesihatan Dan Keharmonian Rumahtangga

Di klinik ibu dan anak, kami biasanya hanya ingin menerima kes yang telah diberi temujanji, namun ada juga kes-kes tertentu yang terpaksa dilihat tanpa temujanji. Semalam, jururawat memberitahu ada seorang wanita ingin berjumpa doktor kerana ingin bertanyakan sesuatu. Apa? Nak tanya je? Mana-mana doktor pun dia boleh tanya kot, tak perlu nak menyibuk ketika temujanji orang lain. Kerana tidak suka menolak pesakit ke sana-sini, saya terima juga wanita itu.

Dia masih muda, umurnya lewat 20-an dan soalan yang ditanya amat mengejutkan, iaitu,

“Bolehkah wanita yang tiada rahim mengandung?”

Alkisahnya wanita ini mengalami masalah senggugut yang sangat teruk sejak berusia 16 tahun, namun disangkakan itu adalah masalah biasa sahaja, jadi dia menahan sahaja sakit selama beberapa tahun sehinggalah disahkan menghidap penyakit endometriosis. Rupanya dalam masa yang sama, beliau turut mengalami masalah adenomyosis iaitu tisu rahim yang tumbuh dalam otot rahim dan menyebabkan beliau kelihatan seperti orang mengandung. Mahu tak mahu beliau terpaksa menerima cadangan doktor untuk membuang rahimnya kerana masalah senggugut dan pendarahan yang teruk setiap bulan yang tidak tertanggung.

Pentingnya rahim kepada wanita

Rahim diciptakan oleh Allah untuk mengangkat darjat wanita kerana rahim menjadi tempat pertumbuhan dan perlindungan janin yang menjadi lambang kasih-sayang antara suami dan isteri.

Namun, sayangnya ramai wanita yang tidak mengambil berat soal kesihatan rahim terutamanya wanita yang belum berkahwin dan wanita yang baru lepas bersalin. Memang kita tidak nampak keadaan rahim kita sebab itu kita harus menjaganya dengan sebaik mungkin.

penjagaan rahim wanita

Rumahtangga bahagia juga bermula daripada rahim yang sihat

Cara menjaga rahim

1. Kenali sejarah keluarga

Saya percaya mungkin ada dikalangan kita yang tidak mengetahui latar belakang keluarga, sama ada yang baik atau buruk. Sesuatu penyakit yang menimpa keluarga sepatutnya tidak dirahsiakan sebaliknya perlu diberitahu kepada ahli keluarga yang lain supaya langkah berjaga-jaga dan langkah pencegahan dapat diambil.

Sekiranya terdapat penyakit rahim dikalangan ahli keluarga, terutamanya ibu, adik-beradik, nenek atau ibu saudara. Setiap penyakit berkaitain baka, berisiko menyumbangkan 10% terhadap penyakit. Dan anda sepatutnya mengelakkan faktor persekitaran yang boleh menyebabkan penyakit.

2. Jangan sengaja lewatkan berkahwin

Menurut kajian wajian yang lambat atau tidak hamil lebih terdedah kepada ancaman fibroid dan adenomyosis. Ini kerana fungsi utama rahim ialah untuk menampung kehamilan. Ketika hamil ia boleh mengembang dan membesar sehingga 1000 kali ganda daripada normal dan akan kembali kepada saiz asal selepas bersalin. Proses ini boleh mencegah daripada terjadinya fibroid dan adenomyosis.

3. Menjaga keseimbangan hormon

Wanita memang sinonim dengan masalah hormon dan 2 hormon yang sangat mempengaruhi rahim wanita ialah estrogen dan progesteron. Kedua-dua hormon ini mempunyai fungsi yang berlainan namun perlu saling seimbang dan bekerjasama. Gangguan imbangan hormon ini boleh mencetuskan bukan sahaja penyakit rahim malah boleh menjejaskan kesihatan wanita secara amnya. Kebiasaannya paras estrogen yang melebihi paras progesteron yang menyebabkan penyakit.

Antara faktor yang mempengaruhi kedua-dua hormon ini ialah tekanan fizikal dan mental serta gangguan emosi. Diet yang tidak terkawal iaitu yang mengandungi gula dan karbohidrat berlebihan, mengandungi bahan perisa dan pengawet berlebihan, obesiti dan penyakit PCOS boleh menyebabkan paras estrogen meningkat sedangkan paras estrogen berkurangan.

Jadi, wanita harus bijak memilih makanan yang seimbang, bijak mengawal tekanan dan amalkan senaman untuk hidup yang lebih sihat.

4. Menjaga rahim sejak dari kanak-kanak

Seharusnya penjagaan rahim bermula daripada usia kanak-kanak lagi. Mungkin anak-anak tidak tahu, jadi tugas ibunya untuk memastikan anak sempurna dalam penjagaan kebersihan, maklumlah bukaan rahim adalah dekat dengan bukaan dubur dan bukaan pundi kencing yang mempunyai banyak kuman,

Anak-anak perlu digalakkan untuk memakan sayur dan pemakanan yang seimbang untuk membina daya ketahanan badan dan imuniti yang tinggi untuk mengelakkan sebarang jangkitan.

Dapatkan suplemen yang sesuai untuk anak-anak perempuan termasuk multivitamin, vitamin C dan minyak ikan untuk meningkatkan imunitinya.

5. Mengawal berat badan

Berat badan berlebihan memang turut mempengaruhi kesihatan rahim kerana wanita yang mempunyai berat badan berlebihan atau obes lebih terdedah kepada risiko cyst dan hormon estrogen berlebihan. Kini, ramai yang terdedah kepada risiko obesiti sejak dari zaman kanak-kanak kerana pemakanan yang tidak dikawal.

Lambakan makanan segera kerana faktor gaya hidup yang semakin sibuk dan makanan segera sudah tentu pilihan yang lebih murah, menjadikan pelajar-pelajar termasuk pelajar sekolah dan pelajar universiti juga terdedah kepada masalah ini.

Jadi, bermula daripada berat berlebihan, gangguan hormon berlaku dan seterusnya mengganggu kelancaran haid dan akhirnya boleh merosakkan rahim.

wanita obes dan masalah rahim

Bayi ini memang nampak sangat comel, tetapi dia terdedah kepada masalah kesihatan apabila dewasa nanti

6. Menjaga kehormatan diri

Sekarang sudah menjadi fenomena. Asal buka surat khabar atau dengar berita mesti banyak cerita dengan perlakuan sumbang dan gejala sosial remaja termasuk sanggup menggugurkan bayi secara haram dan membuang bayi.

Apabila berlaku pengguguran bayi secara haram, risiko untuk jangkitan kuman ke dalam rahim adalah tinggi dan lama-kelamaan rahim boleh rosak dan remaja itu juga berisiko untuk mandul.

Selain itu, sekiranya remaja mengandung secara haram dan tidak mendapat penjagaan semasa mengandung dan berpantang dengan baik, risiko kerosakan rahim juga turut meningkat.

7. Makanan-makanan untuk kesihatan rahim

Perbanyakkan makanan-makanan yang dapat membantu untuk menjaga rahim. Antaranya ialah buah nenas yang mengandungi enzim bromalin dan betik yang mengandungi enzim papase yang berfungsi untuk membersihkan darah kotor yang tertinggal di dalam semasa haid.

Keledek merah pula membekalkan sedikit hormon progesteron, keladi mempunyai sedikit hormon estrogen dan ubi kayu mempunyai vitamin B17 yang merupakan antikanser.

Kunyit, bawang merah, bawang putih, halia dan serai mempunyai fungsi anti radang yang turut memainkan peranan dalam menjaga kesihatan rahim.

Banyakkan makanan yang mengandungi antioksida termasuk sayur-sayuran hijau seperti bayam, sawi, pucuk paku, kubis, kacang, lobak merah, brokoli dan sebagainya. Selain itu, amalkan juga pemakanan buah-buahan seperti jambu, oren, mangga, epal, nenas, betik dan lain-lain serta kekacang seperti gajus, almond dan walnut. Bagus juga jika ditambahkan kismis dan buah kurma.

Untuk penjagaan rahim yang sihat juga, makanan seperti daging merah dan ayam sepatutnya dikurangkan. Sebaliknya lebihkan makan ikan seperti ikan kembung, ikan tenggiri, ikan bawal, mackerel, tuna, ikan tongkol dan lain-lain.

Selain itu, teh hijau yang mengandungi antioksida juga sangat baik untuk mencegah penyakit.

8. Suplemen untuk wanita

Selain itu, suplemen yang baik untuk rahim dan sangat penting untuk diamalkan untuk kesihatan berpanjangan bagi seseorang wanita ialah multivitamin, vitamin C sekurang-kurangnya 1000mg sehari, vitamin E sebanyak 400IU sehari, kalsium sebanyak 1000mg sehari dan minyak ikan dalam 1000-2000mg sehari sehingga akhir hayat.

9. Amalkan jagaan pantang yang betul

Saya akui kebanyakan wanita sekarang berkerjaya dan semakin sibuk. Kesukaran untuk mendapat cuti berpantang adakalanya menyebabkan wanita mengabaikan tempoh berpantang selepas bersalin. Sepatutnya wanita harus memberi masa kepada diri sendiri untuk betul-betul sembuh daripada luka luaran dan dalaman selepas bersalin untuk memastikan rahim sihat sepenuhnya kerana perubahan yang berlaku semasa hamil.

Para suami juga seharusnya memahami keadaan wanita dan memberi masa untuk berpantang untuk menyembuhkan kembali luka supaya dapat mengembalikan kesihatan seperti sebelum mengandung. Lagipun, lama lagi nak guna badan tu.

Selain menggunakan jamu yang ramai wanita tidak berapa suka, ada cara lain yang lebih best untuk penjagaan kesihatan diri dan dalaman wanita. Nak tahu kenalah hubungi saya, Fyda : 012 621 1883

Atau, jika anda berminat untuk dapatkan suplemen, sila klik di Suplemen Untuk Kesihatan Wanita.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *