Panduan Pemakanan Pesakit Kencing Manis Untuk Kurangkan Risiko Kena Potong Kaki

tips kawal kencing manis

Panduan Pemakanan Pesakit Kencing Manis Untuk Kurangkan Risiko Kena Potong Kaki

Ramai yang tahu bahawa gula yang tinggi dalam pesakit kencing manis adalah antara punca utama komplikasi yang berlaku kepada pesakit kencing manis. Jadi, pengawalan gula adalah 1 kaedah paling penting untuk mengurangkan risiko komplikasi ini.

Selain daripada tu, sebenarnya kerintangan insulin yang menyebabkan paras insulin berlebihan juga boleh menjadi punca komplikasi ini.

Namun, berita baiknya kedua-dua ini boleh dikawal dengan mengubah pemakanan anda.

Kali ni, saya nak berkongsi cadangan pemakanan untuk pesakit kencing manis dan juga orang yang mengalami pre-diabetis, yang mana gulanya tinggi tapi tak cukup syarat untuk disahkan sebagai kencing manis.

Bagaimanapun, ini adalah panduan sahaja. Untuk dapatkan pelan pemakanan yang sesuai untuk anda, lebih baik berbincang dengan doktor yang merawat dan dietitian.

tips kawal kencing manis

Merancang Pemakanan Lebih Awal

Untuk jaga kesihatan, kita perlu berjaga-jaga dan buat perancangan awal bab pemakanan. Lebih-lebih lagi orang yang ada penyakit kencing manis lah. Perancangan awal ni ialah untuk memastikan kita tahu apa yang kita makan untuk dapatkan nutrisi yang seimbang dan cukup.

Faktor yang mempengaruhi pemilihan makanan untuk pesakit kencing manis ialah:

1. Seimbangkan pengambilan karbohidrat dengan aktiviti harian dan pengambilan ubat dan insulin.

2. Makan serat lebih banyak boleh membantu mengawal gula dan mengurangkan risiko kolesterol tinggi, berat badan naik, penyakit jantung dan masalah kesihatan lain.

3. Mengurangkan pengambilan makanan proses dan makanan yang ditambah gula – contohnya gula-gula, biskut dan minuman berkarbonat.

4. Mengawal berat badan untuk membantu mengurangkan risiko komplikasi kencing manis.

5. Dapatkan nasihat doktor yang merawat ataupun dietitian.

Panduan Step-by-step Untuk Pemakanan Pesakit Kencing Manis

Selain daripada pilih makanan, kuantiti makanan juga perlu diperhatikan. Pelan makanan yang paling senang nak ikut ialah suku-suku-separuh. Ni yang paling basic lah dan memang dicadangkan oleh KKM.

Dalam suku-suku-separuh ni, dah lengkap dah, dengan:

1. Karbohidrat, protin, lemak dan serat dengan seimbang,

2. Kuantiti yang sesuai dan tepat,

3. Merancang lebih awal.

Berdasarkan idea-idea di atas, langkah-langkah di bawah boleh membantu anda untuk pelan makanan sihat untuk seminggu.

1. Perhatikan berapa kalori yang perl anda ambil dalam sehari.

2. Bahagikan kalori tersebut antara makanan berat dan makanan kudapan.

Ingat, pemakanan yang sihat ialah sikit-sikit tapi kerap. Tak elok biarkan perut kosong dalam jangkamasa lama. Sekurang-kurangnya 2-3 jam mesti isi perut. Apatah lagi, orang yang makan ubat metformin berisiko kena gastrik.

3. Anda juga boleh rancang untuk memilih makanan kesukaan dan makanan yang memang perlu makan hari-hari.

4. Anda boleh rujuk –Jadual Pertukaran Makanan untuk bertukar-tukar menu. Pertukaran makanan ni dia bagi kuantiti makanan supaya anda lebih banyak pilihan makanan dengan kalori yang sama.

5. Kalau boleh untuk 1 hidangan tu, 1 lauk je untuk memaksimumkan penggunaan bahan dalam masakan.

6. Ulang proses ini setiap hari.

7. Pantau paras gula setiap hari dan berat dengan sekata untuk pastikan pelan pemakanan ni boleh mengawal gula anda.

Pelan pemakanan untuk kencing manis yang paling ideal ialah 3 kali hidangan berat setiap hari dan 3 kudapan.

makanan kurang gula

Langkah Pelan Pemakanan Untuk Pesakit Kencing Manis

Selain daripada nak jaga pemakanan, beberapa perkara ni perlu diambil perhatian dalam kehidupan harian.

Pengawalan berat badan

Walaupun ada penghidap kencing manis turun berat badan, tetapi berat berlebihan dan obesiti juga berkait rapat dengan kencing manis. Penurunan berat badan boleh membantu mengurangkan kerintangan insulin dan membantu untuk mengawal gula.

Memang banyak sangat cara di luar sana untuk menurunkan berat badan. Ada yang cadangkan detoks, tapi pastikan anda pilih program detoks yang selamat. Yang bukan saja nak turunkan berat badan, tapi juga membekalkan nutrisi yang sepenuhnya kepada badan anda.

Yang penting, perlu amalkan senaman ringan tapi secara konsisten.

Pemilihan Pinggan

Kalau nak makan banyak, pilihlah pinggan yang besar kan? Tadi saya dah cerita pasal suku-suku-separuh kan?

Pemilihan pinggan yang sebaiknya ialah 9 inci.

    • Separuh pinggan ialah sayur-sayuran yang tiada kanji.
    • Suku ialah protein, iaitu lauk lah. Sebaiknya ialah ikan. Kalau nak pilih ayam, pilih yang kurang lemak dan tanpa kulit.
    • Suku lagi ialah karbohidat.

Kalau anda perlukan karbohidrat yang lebih tinggi, boleh tambah:

  • Sekeping buah-buahan segar
  • Segelas susu

Bagaimana pula dengan lemak dan minyak? Adakah perlu jauhi terus. Tak dinafikan memang lemak berlebihan boleh meningkatkan risiko penyakit jantung. Tapi, anda tetap perlukan lemak. Jadi pilihlah lemak yang sihat, iaitu lemak poli tak tepu. Kurangkan pengambilan lemak tepu.

Lemak tepu banyak didapati daripada haiwan:

  • Daging yang diproses, contohnya sosej, burger, nuget, hotdog, salami, bacon, daging luncheon dan daging lembu yang diawet.
  • Potongan lemak, contoh: daging perut babi
  • Ayam/itik bersama kulit, kepak dan kaki
  • Pau daging, bebola dan pai daging
  • Hasil susu seperti keju, yogut, ais krim dan coklat susu
  • Mentega, minyak babi, minyak sapi (ghee) dan shortening

Indeks Glisemik (GI)

Indeks glisemik ialah pembahagian makanan bergantung kepada berapa cepat paras gula meningkat dalam darah.

Makanan dengan GI tinggi meningkatkan paras gula dengan cepat, tapi kita akan rasa lapar cepat juga. Antara makanan ini ialah gula putih dan makanan proses.

Makanan dengan GI rendah mengandungi karbohidrat rendah atau serat tinggi, tidak meningkatkan paras gula dengan cepat.

Orang yang menghidap kencing manis perlu berwaspada dengan makanan yang anda ambil dan lebihkan makanan yang rendah GI.

Memang Renyah Nak Sihat

Semoga panduan ini boleh membantu anda untuk membuat pelan pemakanan dan membantu anda untuk lebih sihat.

Saya boleh cadangkan suplimen untuk bantu kawal penyakit kencing manis dan anda boleh hubungi saya untuk dapatkan konsultasi.

Fida – 012 621 1883

Atau direct wasap – www.wasap.my/60126211883

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.