Nak Buat Bisnes Memanglah Kena Cari Orang, Takkan Cari Kambing

stokis bisnes

Nak Buat Bisnes Memanglah Kena Cari Orang, Takkan Cari Kambing

Bila berbicara tentang bisnes multilevel marketing, saya memang takkan lupa kisah nak cari orang ni. Biasanya MLM memang dikaitkan dengan cari-cari orang kan? Cari kaki. Jadinya orang sangat skeptikal dengan bisnes ni.

Cerita dia macam ni,

Orang MLM : Aku nak jumpa kau, nak cerita pasal bisnes..

Prospek : Bisnes ni kena cari-cari orang tak?

Orang MLM : Memangla kena cari orang, sebab nak jual barang kat orang. Takkan nak cari kambing pulak..

Krik.. krik.. krik…

Sebab saya lebih suka gelarkan bisnes ini dengan network marketing (NWM). Untuk berjaya dalam bisnes ni, kita kena membina hubungan, bukan sahaja sesama manusia, tapi ada beberapa hubungan lain yang sebenarnya ialah common sense.

stokis bisnes

Hubungan Yang Perlu Dijaga Dalam Network Marketing

1. Jaga hubungan dengan Tuhan

Everytime rasa down, ingatlah Tuhan selalu ada dgn kita. Everytime rasa lemau, igtlah Tuhan nak kita slalu rajin & progresif. Everytime kita rasa hopeless, igtlah with Allah there’s always hope.

Benda ni kita rasa bila kita ada ma’iatullah atau rasa kebersamaan Tuhan dgn kita. Ia adalah melalui amalan2 kerohanian dan akhlak kita.

So baiki amal ibadat & sentiasa berlumba jadi insan lebih baik setiap hari.

2. Jaga hubungan dgn upline

Selalu refer upline & duplicate. Duplicate tu bukan kita copy satu satu apa dia buat, tp follow sistem & pulunlah cara macamana pun. Cthnya rekrut dline baru, gunalah apa2 je cara janji dapat rekrut baru. Cara yg terbaik adalah cara yg kita commit.

Turun event, jumpa upline selalu, coz upline boleh beri kita challenge utk progress lebih baik.

Kalau ada yg tak suka ttg upline, jgn disebar2 dan ditunjuk2 perasaan tu. be profesional. If tak suka dgn business decision, dont bother to ajak org lain menyampah sama. Just buat dgn lebih baik dan bg result yg lebih gempaq. Pay respect & jaga silaturrahim

3. Jaga hubungan dgn downline

Dline adalah anak2 kita yg kita nak semuanya berjaya.jadikan ‘rumah’ (group) masing2 sebagai taman kejayaan, yg mana ahlinya saling mengajak ke arah menjadi lebih baik dan baik.

Bg makan anak2 everyday… jgn harapkan makanan dr grup tok nenek dia semata. Walaupun tok nenek ada berlapis2 leader hebat2, still kena bg makan kat umah sendiri. Untung kalau upline ada buat contest, ride on the benda tu utk team masing2.

Tp tak semua dline kita yg nak berjaya mcm kita. Mana yg nak meroket u must encourage accordingly. Mana yg taknak, raikan saja. Setiap org ada matlamat hidup masing2. Pd masa yg sama keep on inspiring, mana tau dr inspirasi u, jap lg dline2 u semua nak meroket. Inspirasi cemana? Just follow the system consistently, duplicate consistenly & dline akan nampak semua tu.

4. Jaga hubungan dgn dline makan sdr & customer

Walaupun drg makan sdr, usah dilupakan mereka. Follow up! Follow up! Dline makan sdr ni user setia. Hargai drg dgn follow up, bila birthday bg ucapan… event2 penting bagi ucapan.. jaga tu biar drg igt kat kita. Selagi dia tak kata jgn contact i lagi, contact lah selalu.

5. Jaga hubungan dgn sidelines

Walaupun berlainan group, jaga lah hubungan sidelines. Kalau ada event shaklee, tegur2 lah jgn nampak berpuak2 sgt. Tak rugi kenal sidelines, mgkn ada benda yg boleh belajar dr diorang.

6. Jaga hubungan dgn followers

Foloowers ni maybe yg tekan butang follow atau yg tak tekan tp depa follow dlm diam. Jaga hubungan dgn diorang, jgn timbulkan isu2 sensitif dalam media sosial. Mgkn dlm folower2 tu ada yg usha one day dia nak jd sebahagian team kita. Oleh itu elakkan tulis benda2 remeh yg undang kontroversi dan menimbulkan kemarahaan mana2 pihak.

7. Jaga hubungan keluarga

Komunikasi berterusan sgt penting. Keluarga (esp anak2) ni biasanya tak suka kita busy terlajak, tp diorang suka bila kita belikan drg mcm2. Depa igt kita cop duit. So berbisneslah sampai nampak mcm cop duit then drg akan ok je kita busy sbb kita cop duit.

8. Jaga hubungan dgn diri sendiri

Sentiasa jujur dgn diri sendiri. Nakwat biz utk ape? Sampai mana? Kalau nak wat sungguh2 sampai 5 6 angka then pulun sungguh2. Bia org nak kata apa pun. Kalau takde nak ape2 pun cuma nak suka2 je then jgn kecik ati bila org lain capai impian drg. Be proud of ourselves. Kalau rasa tak cukup2 apa yg ada, kejarlah. Kalau rasa dah cukup apa yg ada, terus terang jgn nak stress2. Hidup ni simple dan singkat je. Jgn mudah terikut2 orang.

Simple kan? Hanya semudah menjaga hubungan saja. Dan satu lagi, yg penting dr segala hal di atas, JAGA HUBUNGAN DGN BISNES.

Bisnes adalah bisnes, bukan hobi. Bisnes perlukan perancangan dan pengorbanan.

Ada sorang kwn sy cakap (beliau hafal Quran) satu kesilapan manusia adalah bila rasa dia jadi sesuatu yg baik2, Tuhan akan tolong mudahkan urusan sampai xpayah buat apa2 dah. Contohnya sbb kau rajin solat, Allah akan take care & kau takyah risau psl rezeki. Bila kau hafal Quran kau takyah risau rezeki tu datang jebok2. Salah tu kata dia.

Kata dia rezeki tu urusan Allah & Dia mudahkan kpd semua. Tak kira org baik ke org jahat ke. Baik atau jahat kita kena ada plan, ada action, ada usaha utk dpt rezeki. Kerja kita berusaha, rezeki adalah urusan Dia.

Hafal Quran ke hafal hadis ke tetap kena berusaha dgn strategik. Kalau ada bisnes kena buat macam ada bisnes. Bkn bila hafal mcm2 tu petik jari semua jadi.

Kita buat kerja kita, jgn buat kerja Tuhan.

So again, jaga hubungan semua di atas tu, insyaAllah bisnes kita akan bawa kita ke tempat yg sepatutnya.

ireach

Artikel ini telah ditulis oleh mentor bisnes network yang hebat di Malaysia, iaitu Master Lyna.

Kalau anda nak baca lebih banyak tips dalam grup rahsia kami, boleh hubungi saya di www.wasap.my/60126211883/bisnesireach

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.