Makanan Yang Gout Kena Pantang Kalau Tak Nak Gout Makin Teruk

sakit gout

Makanan Yang Gout Kena Pantang Kalau Tak Nak Gout Makin Teruk

Baru-baru ni sekumpulan doktor pakar bahagian sendi dari hospital besar turun ke klinik kami untuk berkongsi input tentang gout. Mereka sebenarnya dalam perjalanan roadshow untuk meningkatkan kesedaran tentang gout di Sabah.

Mereka sebenarnya sangat bimbang sebab gout dianggap sebagai penyakit yang biasa. Jadi semua sakit sendi dikatakan gout. Dan begitu juga dengan doktor yang merawat. Ada yang takut nak mulakan ubat allopurinol hingga masalah gout tu jadi sangat parah dan terpaksa dirujuk ke hospital.

Gout dikatakan berpunca daripada pemakanan. Semua setuju? Sebenarnya tidak juga jika anda sudah membaca entry saya sebelum ini mengenai gout. Namun pemakanan memainkan peranan penting dalam mencegah gout, terutamanya dalam kes gout pada peringkat awal.

Sebelum anda teruskan bacaan makanan yang sesuai dan tak sesuai dengan pesakit gout, apa kata anda tonton video ini dulu? Semoga dapat bantu anda yang nak kurangkan sakit gout.

Menurunkan berat badan berlebihan adalah sangat penting dalam pencegahan gout kerana penurunan berat badan boleh mengurangkan paras asid urik dalam darah.

Pesakit gout juga perlu minum sekurang-kurangnya 8 gelas air yang disuling setiap hari.

Makanan Sedap Untuk Dinikmati Pesakit Gout

Untuk kelegaan dalam jangka masa yang singkat, anda boleh cuba buah-buahan atau sayuran segar ataupun dalam bentuk jus. Buah atau sayur yang boleh anda cuba termasuklah daun saderi, cecair klorofil, lobak merah, bayam dan pasli dalam amoun yang banyak.

Ceri dan strawberi sepatutnya diambil dalam jumlah yang banyak kerana kebolehan mereka untuk meneutralkan asid urik.

Sedap betul makanan untuk orang gout kan? Terdapat kajian menunjukkan dengan pengambilan ceri segar lebih kurang 300gram sehari boleh menurunkan paras asid urik seterusnya boleh mengelakkan serangan penyakit gout. Jika tiada ceri, anda juga boleh mendapatkan bluberi, blackberi dan raspberi.

Mungkin air Ribena juga sesuai untuk pesakit gout. Yummy!!!

Makanan Tak Sesuai Untuk Pesakit Gout

Makanan seperti kopi, gula atau tepung gandum boleh memburukkan simptom gout.

Menjauhi alkohol dan makanan tinggi purin juga adalah langkah bijak untuk mengelakkan pengumpulan asid urik dalam darah.

Antara makanan yang tinggi purin yang menjadi kegemaran ramai ialah daging merah, roti manis, ikan bilis, kerang, ikan herring, ikan sardin, kupang, asparagus, oat dan produk berasaskan yis.

Kebanyakannya makanan laut kan? Sebab tu orang gout alergi dengan makanan laut.

Satu kontroversi yang timbul ialah mengenai oat. Oat adalah makanan yang tinggi purin berbanding bijirin yang lain, namun oat dikatakan boleh menjadi penawar untuk penyakit gout juga.

sakit gout

Makanan Yang Menaikkan Asid Urik

Makanan-makanan lain yang menaikkan paras asid urik pula ialah ikan, ayam, kekacang, bayam, kubis bunga dan cendawan. Ala, banyaknya makanan yang kena pantang. Jangan risau, makanan -makanan ini boleh dimakan dengan kadar yang sedikit apabila serangan gout anda sudah terkawal.

Vitamin B3 dalam dos yang tinggi juga dikatakan boleh meningkatkan paras asid urik, jadi pengambilan makanan yang mengandungi niacin seboleh-bolehnya dielak kecuali Vitamin B-Complex. Kajian terkini juga mencadangkan agar vitamin A sepatutnya dielakkan kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan peningkatan kes gout.

Vitamin Yang Boleh Bantu Penyakit Gout

Antara suplemen  yang boleh membantu pesakit gout termasuklah vitamin B-Complex, folic acid, Vitamin C, Vitamin E dan magnesium. Folic acid menghalang fungsi enzyme xanthine oxidase yang bertanggungjawab menghasilkan asid urik. Tindakannya adalah sama dengan ubat gout РAllopurinol.

Untuk mengurangkan keradangan pada sendi-sendi yang terlibat, pengambilan Omega-3 dan Omega-6 juga sangat penting kerana sifat mereka yang merencatkan keradangan. Bromelain yang merupakan enzyme yang dijumpai di dalam nenas juga merupakan agen semulajadi yang mengurangkan keradangan. Selain itu, asid amino seperti alanin, aspartic asid, glutamic asid dan glycin juga terbukti dapat mengurangkan paras asid urik dalam darah.

Jadi, jika anda ada risiko tinggi untuk mendapat gout, sebelum ia menyerang lebih baik anda menukar dulu gaya hidup. Semuanya untuk kesihatan anda.

Anda nak kurangkan sakit gout untuk tidur lebih lena?

Anda boleh baca penawar mujarab kurangkan sakit gout.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *