Makanan Untuk Lawan Kanser, Bantu Pesakit Kanser Hidup Berkualiti

makanan untuk pesakit kanser

Makanan Untuk Lawan Kanser, Bantu Pesakit Kanser Hidup Berkualiti

Jadikan makanan ubat kamu, jangan jadikan ubat sebagai makanan kamu. Begitulah pesanan bapa perubatan moden, Hippocrates. Maksudnya makanan ni boleh jadi sumber penyakit atau pun penawar.

Pemakanan juga tidak terkecuali kepada pesakit kanser. Meskipun punca sebenar penyakit kanser masih belum dikenal pasti, karsinogen iaitu agen yang boleh mencetus pertumbuhan sel kanser dalam tisu hidup sudah diketahui.

Pengasas Kumpulan Sokongan Pesakit Kanser, Dr Yasmeen Farouk Mohamed berkata,

Gaya hidup masa kini, pengambilan makanan proses jauh lebih pantas dan mudah disediakan memberi kesan buruk kepada tubuh kerana adanya penggunaan bahan kimia atau makanan tu sendiri dihasilkan melalui proses kimia.

 

Justeru, pemilihan makanan semulajadi sebagai makanan harian setidak-tidaknya meningkatkan kualiti gaya hidup sihat.

Beliau mempunyai pengalaman lebih 13 tahun dalam kajian mengenai makanan dan diet untuk pesakit kanser, beliau telah membantu pesakit untuk meneliti nutrien terbaik bagi meneruskan kelangsungan hidup semasa menghadapi penyakit itu.

Badan pesakit kanser mempunyai asid yang lebih tinggi dan pola diet yang diperlukan ialah makanan beralkali bagi mengimbangi tubuh. Pesakit kanser juga berisiko mengalami komplikasi lain disebabkan oleh antibodi badan yang rendah. Ini menyebabkan mereka terdedah kepada ancaman penyakti atau partikel karsinogen yang bebas dipersekitaran termasuk pengambilan makanan yang bersifat karsinogenik.

makanan untuk pesakit kanser

Makanan Yang Dinasihatkan Kepada Pesakit Kanser

1. Tingkatkan makanan yang kaya antioksida

2. Makanan super yang mampu melawan sel kanser, antaranya bawang putih, bawang besar dan bawang Bombay. Bawang putih dan bawang besar elok diambil mentah sementara bawang Bombay lebih sesuai dicampur ke dalam masakan.

3. Teh hijau mengandungi folifenol untuk membantu melawan sel kanser. Teh hijau juga bersifat anti-angiogenesis, iaitu menghalang bekalan darah ke sel kanser.

4. Air masak secukupnya yang membantu untuk menyingkirkan toksin dalam badan.

5. Makanan dengan protein tinggi. Protein diperlukan untuk proses penyembuhan sel dan juga membantu meningkatkan kekuatan imun.

Makanan Yang Tidak Sesuai Untuk Pesakit Kanser

1. Makanan proses dan makanan segera

2. Makanan yang bergula tinggi termasuklah madu boleh merangsag perkembangan sel kanser. Walaupun madu mempunyai kebaikan untuk tubuh seperti merawat luka dalaman, ulser perut dan sebagainya, tapi bagi pesakit kanser madu boleh memberi kesan yang buruk.

3. Hadkan pengambilan daging merah.

Bagaimana Pula Dengan Orang Yang Menjalani Pembedahan?

Orang yang akan menjalani pembedahan juga perlu dapatkan lebih banyak nutrisi yang baik, terutamanya selepas pembedahan yang mana perlukan lebih banyak nutrien untuk penyembuhan.

Sebelum pembedahan

• Dalam fasa ini, pesakit kanser digalakkan untuk mengamalkan cara pemakanan yang sihat dan seimbang dengan memasukkan semua jenis kumpulan makanan. Terutamanya buah-buahan dan sayur-sayuran.

• Bagaimanapun, mereka dinasihatkan mengehadkan pengambilan daging merah dan makanan yang diproses.

Selepas pembedahan

• Pesakit biasanya dinasihatkan supaya makan makanan protein tinggi untuk menggalakkan penyembuhan luka.

• Selain itu, vitamin C dan zink juga sangat membantu untuk penyembuhan luka yang lebih cepat.

Sebelum kemoterapi atau rawatan radiasi

• Diet yang seimbang dan sihat adalah penting untuk mengoptimumkan nutrisi.

Selepas rawatan radiasi

• Pengurusan pemakanan pada tahap ini biasanya untuk menangani pengurusan kesan sampingan.

• Sekiranya pesakit mengalami sakit mulut, mulut kering atau hilang selera selepas rawatan, penjaga hendaklah mencipta resipi atau pengubahsuaian diet kepada pesakit untuk memastikan mereka makan dengan baik.

# Pesakit kanser hendaklah mengelakkan daripada mengambil protein berproses seperti sosej, daging burger, nuget daging atau ayam dan makanan berjeruk.

rawat kanser

Cadangan Nutrisi Yang Baik Untuk Membantu Pesakit Kanser

Kanser dipercayai keadaan yang kekurangan nutrisi hingga badan tak mampu membaikpulih dan menyingkirkan sel yang rosak. Jadi, pengambilan suplimen adalah sangat penting untuk mengurangkan risiko kanser dan juga untuk membantu mengawal penyakit kanser.

Bagaimanapun, jika anda menghidap kanser, anda perlulah mendapatkan nasihat doktor yang merawat anda sebelum makan apa-apa suplimen.

Anda boleh dapatkan suplimen untuk membantu pesakit kanser seperti yang telah dikaji selama 30 tahun.

Hubungi Fyda untuk tempahan atau pertanyaan lanjut,

012 621 1883 atau direct wasap

www.wasap.my/60126211883

www.wasap.my/60126211883

www.wasap.my/60126211883

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.