Mak Ayah Mula Stress Sepanjang PKP, Doktor dari MERCY Berkongsi 5 Tips

aktiviti semasa pkp

Mak Ayah Mula Stress Sepanjang PKP, Doktor dari MERCY Berkongsi 5 Tips

Terkejutnya bila dengar kes penderaan kanak-kanak meningkat masa musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni. Tak tau lah betul ke palsu, maklumlah musim-musim ni orang  ada banyak masa kan, macam-macam benda palsu disebarkan. Namun, ada pakar yang kata mungkin boleh berlaku ketegangan emosi akibat daripada PKP ni.

Antara punca masalah mental ni ialah sebab kita memang risau lah kan, apa akan jadi akibat Covid ni. Yang kedua, bila tiba-tiba rutin berubah. Ramai yang jadi bimbang dan gemuruh, jadi masalah mental memang dijangka dengan berlangsung PKP ini.

Dr. Hariyati Shahrima Abdul Majid, EXCO MERCY Malaysia (Kesihatan Mental & Sokong Psikososial), dalam sesi FB live menegaskan “self care” ketika tempoh PKP amat penting bagi memastikan orang ramai dapat mengurangkan rasa takut dan panik dalam mengharungi serangan wabak.

Saya kongsikan isi-isi kandungan daripada FB live tu.

aktiviti semasa pkp

Sumber gambar : Forbes

Apakah Maksud Self-Care

“Self-care” ni kalau direct translation dia jaga diri lah kan? Tapi dari segi istilah, self-care merujuk kepada aktiviti-aktiviti yang kita rancang untuk menjaga diri kita sendiri, daripada segi kesihatan fizikal, mental dan rohani. Kesihatan mental bukan saja merujuk kepada penjagaan mereka yang ada kecelaruan mental, tetapi juga kepada orang sihat yang hidup dalam ketakutan disebabkan oleh wabak Covid-19.

Ada 3 panduan untuk kita hadapi ketakutan ini:

  • sistem sokongan yang ada (keluarga, rakan, komuniti dan lain- lain)
  • langkah penyelesaian masalah yang sesuai
  • pendekatan penyelesaian masalah yang sesuai

Apabila kita tahu siapa yang boleh bantu kita, langkah yang boleh diambil dan bagaimana ia boleh membantu kita, kita rasa lebih tenang dan rasa takut pun kurang bila kita berhadapan dengan keadaan tak menentu sekarang ni.

Kita perlu ingat bahawa ada perkara adalah di luar kawalan kita. Jadi kita boleh fokus kepada perkara- perkara yang boleh kita kawal sahaja, iaitu respon kita kepada apa yang berlaku lah.

Penjagaan fizikal melalui pemakanan yang sihat dan baik

Sejak tempoh PKP ni, di media sosial banyak orang berkongsi resepi-resepi. Malah ada yang jadi viral sampai semua orang pun nak mencuba. Contohnya dalgona kopi tu kan?

Kalau anda nak resepi kopi dalgona yang lebih sihat, tengok di bawah ya.

Memang tak salah pun nak cuba resepi baru, memang bagus pun kan, at least ada skill baru yang kita belajat. Tapi, kena hati-hati dengan risiko ’emotional eating’.

Emotional eating ni maksudnya menggunakan makanan untuk melegakan tekanan emosi yang kita hadapi. Bila keadaan tertekan, hormon yang dibebaskan akan ‘meminta’ makanan yang tinggi gula dan tinggi kalori, contohnya makanan segera atau pun yang manis-manis tu lah. Jadi, pastikan kita ada pilihan makanan sihat yang disimpan di rumah, terutamanya makanan yang tinggi protein.

Overnight oat juga ialah salah 1 resepi yang sihat. Boleh klik sini untuk contoh overnight oat.

Terus Kekal Aktif Dan Cergas

Terkurung di rumah tidak bermaksud kita tidak boleh kekal aktif dan cergas. Ada pelbagai senaman ringan yang boleh dilakukan di dalam rumah dan boleh dijadikan aktiviti yang menyeronokkan untuk satu keluarga.

Untuk tidak menambah tekanan, pilih aktiviti yang ringkas terlebih dahulu seperti senaman regangan, dan gunakan sumber dari Youtube sebagai panduan.

Untuk orang Islam, kita juga boleh mengambil peluang ini untuk bergotong royong membersihkan rumah sedikit demi sedikit sebagai persiapan Ramadhan dan hari raya yang akan tiba tidak lama lagi.

Kita juga boleh tetapkan matlamat ringkas yang mahu kita capai, sebagai contoh – buat plank 1 minit setiap hari sepanjang tempoh PKP.

Uruskan Waktu Tidur Dengan Baik (Sleep Hygiene)

Dalam keadaan takut dan bimbang, mungkin rutin tidur juga boleh terganggu.

3 perkara penting berkaitan tidur yang perlu diperhatikan dalam tempoh PKP ini ialah:

  • Adakah kita dapat tidur dengan nyenyak?
  • Berapa lama kita ambil untuk tertidur?
  • Adakah kita rasa bertenaga lepas bangun tidur atau masih letih?

Doktor telah mencadangkan amalan 3S untuk memastikan kita dapat tidur dengan baik, tapi sebenarnya ini kita perlu jaga setiap hari bukan tempoh PKP ni saja. Kena pastikan bilik tidur kita hanya untuk 3S ini sahaja, iaitu:

  • Sleep
  • Solat
  • Seks

Hindarkan perkara- perkara lain dalam bilik tidur, selain 3S, seperti :

  • Televisyen
  • Telefon bimbit
  • Komputer riba/ iPad dengan pautan internet
  • Kerja- kerja pejabat

Perkara- perkara ini boleh menyebabkan kita menerima terlalu banyak maklumat sebelum tidur dan menganggu ketenangan tidur kita. Selain itu, pastikan kita tidak makan atau minum kopi atau teh kerana ia mengandungi kafein yang juga boleh mengurangkan kualiti tidur.

Di dalam bilik tidur, kita mesti bersedia untuk tidur dan kita boleh memasang ayat suci Al- Quran atau muzik yang menenangkan. Kita juga boleh temankan anak membaca buku cerita yang ringan sebelum tidur bagi membantu mereka juga dapat tidur dengan nyenyak.

atasi stress musim pkp

Belajar bernafas dengan betul

Percaya tak, sebenarnya walaupun dah hidup berpuluh-puluh tahun di dunia ni, masih ramai yang tak tahu bagaimana nak bernafas dengan betul. Apabila kita tidak bernafas dengan baik, oksigen tidak dapat dihantar dengan efisyen ke otak, ke darah dan seterusnya ke seluruh tubuh.

Dalam jangka masa panjang, kegagalan kita untuk bernafas dengan betul boleh meningkatkan risiko mendapat tekanan perasaan, panic attack, anxiety, kemurungan dan lain- lain.

Ketika kita dalam keadaan tertekan, kita bernafas pendek- pendek, dengan laju dan tidak menentu (adakalanya kita menahan nafas tanpa sedar). Bayangkan kalau kita bernafas macam tu sepanjang masa, ini juga boleh menyebabkan jantung kita berdegup laju.

Walaupun bernafas ni ialah aktiviti yang kita tak sedar, tapi kita perlu ambil tahu juga cara pernafasan kita.Tarik nafas panjang dan lepaskan melalui mulut adalah cara untuk melegakan ketegangan emosi.

Kesihatan Rohani

Akhir sekali di dalam tempoh PKP ini, kita boleh melihatnya sebagai satu peluang untuk kita membuat muhasabah amalan rohani kita. Jika sebelum ini kita sibuk bekerja, tergesa- gesa untuk menunaikan solat, inilah masanya untuk kita jadikan waktu solat sebagai waktu berehat dan bertenang.

Kita boleh berlama-lama di tikar sejadah dan mungkin juga boleh berjemaah bersama keluarga. Bukankah ini boleh merapatkan hubungan antara keluarga?

Penyakit Berkaitan Mental Dijangka Meningkat Tahun 2020

Mungkin tak dijangka permulaan tahun 2020, kita perlu hadapi dengan cara begini hingga mungkin menjejaskan mental kita. Namun, menjaga kesihatan mental adalah sama penting dengan penjagaan fizikal lain.

Jika kita sangat peka dengan penjagaan kesihatan fizikal seperti membasuh tangan, social distancing dan memakai topeng muka dapat mencegah penyebaran Covid-19, penjagaan kesihatan mental yang baik dapat mengurangkan panik orang ramai dan ini amat membantu kerajaan dalam menangani penularan wabak ini dengan lebih berkesan.

MERCY Malaysia dengan sokongan Kementerian Kesihatan Malaysia telah memulakan perkhidmatan sokongan psikososial kepada rakyat Malaysia. Justeru, semua petugas barisan hadapan (frontliners) dan individu yang terkesan emosi daripada kejadian COVID-19 boleh mendapatkan perkhidmatan tersebut dengan menghubungi talian khas seperti yang tertera di dalam gambar di bawah.

No photo description available.

 

Untuk menyumbang kepada MERCY Malaysia, anda boleh menderma secara online ke

Covid-19 Pandemic Fund, MERCY Humanitarian Fund
No akaun : MBB 5621 7950 4126

Image may contain: one or more people, possible text that says 'smercy COVID-19 PANDEMIC FUND You. Me. Anybody. The virus is out there. Help support our battle against Covid-19. MERCY Humanitarian Fund MBB 5621 7950 4126 Donate Online: www.mercy.org.my/donat All donations are tax-exempted.'

Sama-samalah kita jaga diri, jaga kesihatan fizikal dan jaga kesihatan mental. Duduk rumah, kuatkan imun dan kuatkan minda.

Untuk hubungi saya, anda boleh klik link wasap ni www.wasap.my/60126211883

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.