Kenapa Wanita Lebih Ramai Menghidap Penyakit Autoimun?

sakit wanita

Kenapa Wanita Lebih Ramai Menghidap Penyakit Autoimun?

Penyakit autoimun ini salah satu penyakit yang semakin biasa tapi kurang diketahui oleh kita. Sebab tu penyakit ni kurang dapat perhatian dan nak kesan penyakit ni pun ambil masa yang agak lama. Namun begitu, biasanya wanita lebih mudah mendapat penyakit autoimun jika dibandingkan dengan lelaki.

Agakya kenapa ya?

Pakar Perundingan Perubatan Hospital Columbia Asia Puchong, Dr. Muhammad Bin Shahruddin berkata Secara umumnya penyakit autoimun ini adalah di mana badan manusia itu menghasilkan antibodi sendiri yang menyerang sel-sel badan atau organ manusia itu sendiri.

Sepatutnya sistem imun dan antibodi kita ini adalah untuk menyerang sel asing atau membaikpulih sel yang rosak – contohnya kuman seperti bakteria, kulat dan virus dari luar. Begitu juga jika ada sel kita yang rosak, sistem imun akan cuba baik pulih sel yang rosak atau jika tak dapat, sel itu akan dibunuh.

Namun, dalam kes penyakit autoimun, badan kita menghasilkan antibodi yang sama tetapi menyerang sel yang normal dalam diri sendiri. Ini kerana sistem imun badan tidak dapat membezakan sel sendiri dan menganggapnya sebagai sel atau tisu asing.

sakit wanita

Kenapa Penyakit Autoimun Ni Banyak Menyerang Wanita?

Ada banyak jenis penyakit autoimun yang dikenalpasti setakat ini. Jumlah penyakit adalah lebih 80 jenis di dalam spektrum penyakit autoimun ini. Biasanya dalam sesuatu penyakit autoimun itu dari segi insidennya 80 hingga 90 peratus dihidapi oleh wanita,  kebiasaanya akan menyerang umur wanita yang sedang dalam jangka waktu subur.

Iaitu di antara usia 15 hingga 45 tahun. Namun, ada juga kes yang melibatkan wanita berusia 45 tahun dan ke atas, tetapi ia jarang berlaku.

Antara teori sains yang menerangkan wanita lebih ramai menghidap penyakit autoimun ialah,

1. Wanita ini sistem imunnya lebih kuat daripada lelaki. Oleh itu dari segi jangkitan penyakit berjangkit, lelaki lebih senang mendapat jangkitan kuman berbanding wanita.

Tetapi, disebabkan imun wanita itu lebih kuat inilah yang mungkin menyebabkan risiko mendapat penyakit autoimun lebih tinggi. Tetapi kebanyakan saintis mengatakan bahawa penyebab autoimun ini adalah kombinasi dari faktor genetik dan persekitaran.”

2. Penyakit autoimun itu juga berkait rapat dengan genetik. Sebagai contohnya jika ada ahli keluarga seperti ibu dan nenek menghidap penyakit autoimun, seorang wanita itu boleh mendapat penyakit yang sama.

3. Faktor persekitaran juga boleh memainkan peranan, yang mana autoimun boleh tercetus akibat makanan tinggi lemak dan kolesterol, tinggi gula, garam berlebihan dan makanan proses.

Keadaan ini akan menyebabkan keradangan dan keradangan ini menyebabkan kesakitan dan kerosakan sel.

SLE wanita

Bagaimana Penyakit Autoimun Dikesan ?

Permulaanya, simptom-simptom tidak spesifik dan tidak jelas. Antaranya adalah seperti berikut :

1. Biasanya simptom-simpton itu akan bermula dengan rasa letih, lemah dan badan atau otot-otot rasa sakit.

2. Selepas itu kebiasaanya seseorang itu akan mula demam yang tidak tinggi (suhu badan 37.5 dan 37.8 Celsius). Tetapi demam ini agak lama dan berterusan lebih kurang seminggu hingga dua minggu.

3. Sendi-sendi juga akan rasa sakit dan bengkak. Sukar untuk bergerak sebaik bangun tidur pada waktu pagi.

4. Keguguran rambut yang berlebihan

Kalau kita tengok simptom autoimun ni, simptomnya tak berapa jelas dan untuk mengesahkan penyakit ini sejarah simptom tu sangat penting. Jadi, jika anda mengalami simptom-simptom yang di atas dan berterusan maka kemungkinan itu tinggilah.

Jadi, sebaiknya anda berjumpa doktor yang sama. Sebab ramai orang yang mengalami masalah autoimun bertemu doktor yang sama atau ceritakan sejarah sakit sebelum ini jika berjumpa doktor lain.

Ada Tak Cara Untuk Kawal Penyakit Autoimun Ni?

Daripada faktor-faktor yang kita tengok di atas, menjadi wanita dan faktor genetik memang tak dapat dikawal la. Tapi kita boleh kawal yang persekitaran tu kan?

So, jaga pemakanan dan kurangkan makana yang tinggi gula, tinggi lemak dan kolesterol. Ada juga yang dipengaruhi oleh stress. So, kena bijak kawal stress dan amalkan gaya hidup sihat.

Selain daripada tu, ada nutrisi-nutrisi tertentu yang diperlukan oleh orang yang ada masalah autoimun ni.

1. Vitamin D – terbukti dalam banyak kajian

2. Omega-3 – bantu kurangkan keradangan

3. Polifenol dan resveratrol – Bantu untuk baikpulih sel dan melindungi sel daripada kerosakan.

4. B Complex – bantu kurangkan stress

penyakit autoimun

 

SLE

*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Boleh hubungi Fyda di 012 621 1883
WhatsApp kami di 012 621 1883 (klik dari smartphone anda).

Follow FB Fyda Noh untuk chat secara langsung.

Daftar keahlian Shaklee di “Join Now sekarang & nikmati penjimatan hingga 20%.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.