Kenapa Vitamin C Tak Merawat Jangkitan Virus COVID-19?

vitamin c kuatkan imun

Kenapa Vitamin C Tak Merawat Jangkitan Virus COVID-19?

Tentu ramai orang menunggu-nunggu hari Jumaat 10 April hari tu kan, sebab ramai dah tak sabar nak dengar PM umumkan Perintah Kawalan Pergerakan dihentikan dan semua orang boleh kembali bekerja, tapi sayangnya bukan itu yang berlaku.

Tempoh PKP diteruskan lagi 2 minggu hingga 28 April. Memang ramai yang terkesan dari segi ekonomi, tapi inilah cara terbaik untuk kita hentikan jangkitan Virus Corona ni. Dengan berhenti berhubung secara fizikal, insha Allah rantaian jangkitan boleh dihentikan.

Oleh kerana sehingga kini, belum ada ubat atau vaksin khusus untuk mengubati jangkitan virus ini, maka nak tak nak kita perlu patuhi arahan kerajaan untuk duduk di rumah saja jika tak ada benda penting, sentiasa basuh tangan dan menjaga kebersihan.

Namun, seringkali kita lupa ‘frontliner’ yang jaga tubuh kita, iaitu sistem imun kita sendiri, yang mana kita amat bergantung kepada keupayaan tubuh secara semulajadi untuk melawan jangkitan.

vitamin c kuatkan imun

Apa peranan sistem imun tubuh?

Peranan utama sistem imun ialah untuk mempertahankan tubuh apabila diserang oleh benda asing, bakteria dan perubahan sel yang boleh menyebabkan kita jatuh sakit.

Sebenarnya setiap hari kita mungkin terdedah dengan pelbagai jenis kuman dan kerosakan sel. Kita mungkin tak perasan bila sistem imun kita bekerja, tetapi apabila ia menjadi lemah dan terpaksa berusaha keras untuk buat kerja, ketika itulah kita dapat rasakan perubahan kesihatan tubuh badan sendiri. Ketika itulah kita akan dapat gejala akibat jangkitan.

3 tugas utama sistem imun adalah :

  • melawan patogen punca penyakit seperti bakteria, parasit atau fungus, dan menolak ia keluar daripada tubuh,
  • mengenalpasti dan meneutral bahan berbahaya daripada persekitaran,
  • melawan perubahan dalam tubuh yang menjadi punya penyakit seperti sel abnormal yang berpotensi menjadi kanser.

Perlukah sistem imun diperkuatkan?

Sistem imun kita umpama askar yang menjaga badan kita daripada benda-benda yang bahaya ni.

Yang istimewanya, jika seseorang itu mendapat jangkitan kuman, ada kumpulan yang mengingati kuman tersebut dan jika dijangkiti kali kedua, sistem imun akan mengenali kuman tersebut dan terus membunuhnya.

Masalahnya, banyak kuman yang boleh bermutasi dan menyamar supaya tak dikenali oleh sistem imun. Disamping itu, banyak faktor yang boleh menjadikan sistem imun manusia menjadi lemah dan tak dapat berfungsi dengan baik.

Faktor-faktor tersebut termasuk:

  • diet tidak seimbang
  • tidak cukup tidur
  • tidak bersenam
  • berat badan berlebihan
  • tabiat merokok
  • tidak menjaga kebersihan
  • tekanan perasaan
  • Penyakit kronik – seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan kanser.

Jika kita tengok, hampir semua kematian akibat Covid-19 berlaku kepada orang yang menghidap penyakit kronik, iaitu kencing manis. Ini kerana penyakit kencing manis ni boleh menyebabkan sistem imun jadi lemah.

Peranan vitamin C dalam sistem imun

Vitamin C atau asid askorbik merupakan zat penting yang diperlukan oleh tubuh badan yang sihat. Manusia tidak dapat menghasilkan vitamin C sendiri, jadi ia perlu diambil daripada makanan seharian.

Kekurangan vitamin C dalam tubuh boleh menyebabkan masalah serius salur darah rapuh, tisu penghubung rosak, masalah keletihan dan boleh membawa kematian.

Namun sekarang, vitamin C sangat popular kerana orang tahu vitamin C boleh membantu sistem imun.

Sel imun mempunyai pembawa molekul aktif vitamin C pada membran sel untuk mengepam vitamin secara aktif ke dalam sel apabila vitamin diperlukan. Contohnya, ketika keradangan berlaku, sel perlukan vitamin C lebih banyak. Pembawa molekul ini akan memastikan jumlah aktiviti cukup dalam sel, mungkin lebih 100 kali lebih tinggi daripada darah. Inilah sebabnya kenapa vitamin C dalam darah menurun bila terdapat jangkitan.

Untuk fungsi imun yang optimum, ramai pakar mencadangkan pengambilan 1000mg vitamin C setiap hari dalam makanan harian.

Berikut adalah peranan vitamin C dalam sistem imun tubuh manusia :

1. Vitamin C sebagai anti oksida yang efektif

Antioksida adalah sangat penting untuk mencegah kerosakan pada sel akibat radikal bebas dan keradangan. Vitamin C adalah sejenis anti oksida dan ia boleh menderma elektron kepada sel yang tidak stabil apabila diserang oleh toksin dan persekitaran tercemar, contohnya asap rokok. Sebab itu perokok perlukan vitamin C yang lebih tinggi.

Selain vitamin C, vitamin A, vitamin E dan poilfenol tumbuhan juga merupakan antioksida penting untuk tubuh badan manusia. Berikan tubuh anda anti oksida yang mencukupi, sistem imun dapat berfungsi dengan lebih efisyen.

 

2. Vitamin C  dan fungsi sel darah putih

Sel darah putih adalah salah 1 sel imun dalam badan kita. Untuk menjalankan fungsi imun yang baik, sel darah putih bukan saja perlu banyak bilangannya, tapi juga perlu sihat dan berkualiti.

Sama macam askar kan? Bukan saja perlu ramai, tapi mestilah sihat dan sado.

Sel darah putih mengandungi 50 kali lebih tinggi vitamin C berbanding plasma darah.

 

3. Vitamin C dan antibodi

Selain bantu meningkatkan penghasilan sel darah putih, vitamin C juga membantu badan menghasilkan antibodi penting : iaitu protein yang menyerang microb dengan mengikatnya.

Kajian ke atas manusia menunjukkan vitamin C bukan sahaja mengurangkan tempoh selsema biasa, tetapi boleh mengurangkan rasa demam dan kesejukan.

Keberkesanan vitamin C dalam merawat gejala pneumonia sebenarnya telah pun dilakukan seawal tahun 1900. Malah dalam tahun 1940an, ada kajian dilakukan ke atas pelajar- pelajar dan tentera di UK. Dalam tahun 2013, terdapat satu kajian yang dijalankan ke atas warga emas yang mengalami gejala pneumonia, pesakit telah diberikan rawatan vitamin C bagi mengurangkan gejala pneumonia dan mengurangkan risiko kematian akibat pneumonia.

 

Kukuhkan Sistem Imun Tubuh Melawan Jangkitan Virus

Dalam satu laporan akhbar New Strait Times yang memetik temubual bersama Presiden Malaysian Medical Association (MMA) Dr. N. Ganabaskaran, beliau mencadangkan vitamin C sebagai salah satu vitamin penting diambil bagi meningkatkan sistem imun tubuh.

Selain vitamin C, Dr. N. Ganabaskaran juga mencadangkan pengambilan Vitamin E, Vitamin B6, zinc dan vitamin D.

tips kuatkan imun

 

cara untuk kuatkan imun

Adakah Dengan Makan Suplimen Vitamin C Atau Suplimen Lain Boleh Merawat Jangkitan Covid-19?

Secara langsungnya, vitamin-vitamin ni memang tak membantu membunuh virus lah, bukan macam ubat, tapi kita tahu yang setakat ni belum ada ubat atau vaksin khusus untuk Covid-19. Jadinya, kita perlu kuatkan imun untuk memastikan badan sentiasa bersedia untuk hadapi jika terdapat jangkitan kuman.

Untuk dapatkan vitamin yang sesuai untuk kuatkan sistem imun anda, boleh klik link di bawah

Saya Nak Kuatkan Imun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.