Kenapa Orang Yang Kejar Duit Banyak Bukan Mengejar Dunia

Kenapa Orang Yang Kejar Duit Banyak Bukan Mengejar Dunia
Orang kaya ialah tamak
Orang kaya gila dunia.
Dah mati, semua pun masuk dalam tanah. Duit tak boleh bawa masuk kubur.
Inilah yang sering dimomokkan kepada kita hinggakan kita rasa tak perlu pun nak usaha untuk kumpul duit banyak-banyak. Cukuplah dan syukurlah dengan apa yang kita ada.
Sebenarnya, apa perlunya kita jadi orang yang ada duit, bukan setakat cukup tapi perlu lebih.
1. Kurangkan stress dalam kehidupan harian.
Saya terbaca 1 posting di FB. Para isteri berkongsi suami mereka merungut sebab isteri asyik minta duit untuk beli barang dapur.
Tapi itulah hakikatnya sekarang. Barang dapur je hampir RM1,000 sebulan.
Kos sara hidup memang dah makin tinggi.
So, memang tak cukuplah dengan apa yang ada. Mesti kena tambah pendapatan kita.
2. Insuran perubatan
Sekarang ni sebab dah ramai orang muda dah kena banyak penyakit, maka insuran perubatan juga ialah keperluan.
Tapi dah tentu yang lagi utama ialah kena jaga kesihatan lah.
Ramai orang terpaksa tangguhkan keperluan untuk jumpa doktor walaupun sakit makin melarat kerana masalah kewangan.
Pilihan rawatan yang lebih baik dah tentu lah lebih mahal daripada yang biasa.
3. Menjaga ahli keluarga
Adakah ibu bapa anda yang makin meningkat umur perlukan penjagaan khusus?
Bila ada lebih duit, anda boleh membantu mereka.
Begitu juga dengan anak-anak kita yang mungkin nak sambung belajar. Kita boleh hantar mereka belajar di tempat yang dipilih sendiri oleh mereka.
Apa lagi kos untuk belajar di universiti sangat mahal. Jika buat pinjaman pelajaran, tak pasal-pasal anak kita dah berhutang sebelum mula bekerja.
4. Keluar daripada kesibukan harian
Kalau kita dah sibuk di tempat kerja sampaikan tahap stress dah, tentulah kita nak berehat kan?
Takkan nak rehat kat rumah je, mestilah nak bercuti jauh sikit daripada hidup yang rutin ni.
Kan? Kan?
So, bila ada duit banyak boleh la bercuti di mana-mana yang kita suka.
5. Barang yang lebih berkualiti
Bukan nak cakap pasal barang-barang mewah tapi barang yang berkualiti yang buat hidup kita lebih selesa.
Contoh, kita tahu makanan organik tu makanan yang bagus dan sihat tapi tau-taulah harganya macam mana kan?
Macam tu juga dengan barang-barang keperluan harian kita. Kualiti berbeza, dah tentu harga pun berbeza.
Nak cakap duit tak ada nilai dalam hidup kita ialah kenyataan yang tak jujur. Kekayaan berpotensi untuk meningkatkan taraf hidup seseorang.
Walaupun kita mungkin tak suka kan, sebab kita rasa dunia ni tak ada nilai tapi sebenarnya ia bukan tentang duit yang banyak tapi apa yang kita boleh buat dengan duit yang banyak tu.
Kita mungkin rasa kehidupan kita serba cukup, namun masih ramai orang di luar sana yang perlukan pertolongan kita.