Kenapa Orang Berniaga? Adakah Sebab Trend?

kenapa buat bisnes

Kenapa Orang Berniaga? Adakah Sebab Trend?

Saya sendiri pun tak pernah terfikir akan menceburkan diri dalam bidang bisnes. Sebab bagi saya kerja saya dah cukup bagus dah. Gaji pun dah ok. Sibuk tu tak boleh nak persoalkan. Sebab kerja apa-apa pun sibuk kan..
Mula-mula saya memang bisnes sebab nak duit lebih. Maklumlah bila dah ada anak, belanja pun jadi huru-hara. Namun, bila berjumpa dengan banyak peniaga dan berbual-bual dengan mereka, buat saya nampak banyak sebab sebenarnya orang berniaga.
Ada yang sanggup berhenti kerja asal untuk mulakan perniagaan walaupun belum ada jaminan. Dan pelbagai lagi motivasi orang untuk berniaga.
kenapa buat bisnes

1.  Sebab Perlukan Duit

Ini yang paling obvious lah. Semua orang berniaga pun nak untung. Kalau yang berniaga sepenuh masa, nak untung untuk survival mereka sekeluarga. Yang buat secara part time pula, nakkan duit lebih untuk tampung perbelanjaan atau impian mereka.

Sama lah macam orang bekerja makan gaji, harapkan duit gaji tu juga.

Walaupun kita sering dengar orang kata orang berniaga ni tamak duit. Tak cukup dengan apa yang ada. Kita kena faham zaman sekarang ni, nak buang air pun kena keluar duit.

2. Nak Bantu Orang Rasa Apa Mereka Rasa

Ada sorang peniaga ni, dia selalu pergi melancong kat luar negara lah. Bila duk sana, dia try makanan sana dan sedap. So, dia balik buka kedai kat Malaysia supaya orang Malaysia pun boleh rasa makanan tu.

Kalau ikutkan, dia memang dah kaya pun. Tak perlukan duit lebih pun. Tapi sebab dia pun nak orang yang mungkin tak berpeluang untuk melawat ke negara tersebut.

3. Asah Potensi Diri Dalam Bidang Berbeza

Saya adalah dari bidang kesihatan, begitu juga suami dan ibu bapa saya. Pendek kata, hidup kami ni bertumpu untuk bidang kesihatan je.

Jadi, bila saya mula buat bisnes Shaklee ni, saya cuba benda yang berbeza, iaitu online marketing. Macam cool kan, bila doktor pun boleh buat online marketing – sampai dapat hasil lumayan.

 

Sebabnya bila kita asyik buat benda yang sama je setiap hari, kita rasa penat. Rasa macam dah banyak kerja kita buat walaupun setiap hari duk buat benda sama je. Sebenarnya otak kita yang penat, sebab terlalu fokus pada 1 benda saja.

Apa kata kalau anda yang sibuk sangat dengan kerja, cuba keluar dan buat sesuatu yang berbeza. Cari hobi, atau kalau nak yang mendatangkan hasil, boleh cuba bisnes la..

bisnes online untuk surirumah

4. Menjamin Masa Depan Anak

Ini sesuatu yang rare. Memang orang makan gaji jarang nak berfikir macam ni. Atau paling tak pun, mungkin adalah simpanan sikit-sikit untuk anak.

Tapi tapi kata anda kalau tengok orang lahir-lahir je dalam keluarga kaya?

Tentu bestkan kalau anak kita pun lahir dalam keluarga kaya? Sekurang-kurangnya masa depan dia agak terjamin. Untuk pendidikan, boleh pilih mana-mana sekolah nak pergi.

Cuma, yang orang selalu risaukan bila banyak duit, mak ayah akan manjakan anak. Terlebih manjakan anak. Sampai anak tu nak enjoy je. Semua tu bergantung pada individu. Kalau orang tu dah baik, bagi apa-apa pun akan jadi baik di tangan dia kan?

 

5. Meninggalkan Warisan Sebelum Mati

Sangat sedih dengan seorang kawan saya yang tak boleh buka akaun bank sebab arwah ayahnya berhutang dengan bank dulu dan tiada siapa yang mampu bayar setakat ni.

Kita tak pernah terfikir sejauh tu kan? Hutang banyak, tapi tak pernah fikir yang generasi kita, anak-anak cucu kita pula yang terpaksa tanggung akibat lepas kita mati. Itu baru di dunia..Sebab hutang ni, orang mati syahid pun tak boleh masuk syurga. Apa lagi kita ni kan..

Jadi, apa kata instead of warisi hutang, kita wariskan bisnes berjuta-juta.

Saya ambil contoh Roger Barnett; owner Shaklee yang sekarang. Dia dah billionaire dah sebelum ini. Lahir pun memang dari keluarga yang kaya-raya. Tapi, kenapa susah payah nak berniaga lagi? Sedangkan bisnes dia sebelum ni pun tak habis makan orang kata. Dah capai financial freedom dah.

Apa yang dia nampak dalam bisnes Shaklee sampaikan dia sanggup membeli syarikat Shaklee? Mungkin, dia nak tinggalkan legasi sebelum dia mati.

  • Nak bina perniagaan yang cukup kukuh sampai boleh diwarisi kepada anak-anaknya.
  • Untuk melihat setiap pengguna dapat faedah daripada produk yang dihasilkan oleh syarikat Shaklee.
  • Mengubah kehidupan pengedarnya hasil daripada peluang perniagaan Shaklee.
  • Alam semulajadi tetap terjaga dan tidak terkesan dengan perniagaan yang diusahakan.

Kenapa penting sangat nak ada tujuan berniaga?

Sebab berniaga ni bukan senang. Walaupun mungkin berniaga adalah salah 1 cara untuk dapat duit dengan cara yang mudah tapi of kos cabaran dia pun besar.

Ada banyak benda dalam hidup yang perlu diadjust dan dikorbankan kan. Daripada cara berfikir, mindset kita, berkomunikasi hatta penampilan kita sekalipun.

Ramai orang yang mula-mula buat bisnes tapi, tapi bercakap pun malu-malu. Lama-kelamaan cuba atasi perasaan tu, cuba bercakap dengan orang hingga akhirnya berjaya menguasai kelemahan diri tu.

Kalau kita tak jelas dengan tujuan berniaga, kita senang nak hanyut. Senang nak dengar hasutan suara-suara kecil dalam diri yang tak nak kita berjaya. Walaupun hidup susah macammana pun, kita tetap tak rasa perlu ubah diri.

bisnes shaklee ok ke

Kelebihan Yang Ada Pada Bisnes Shaklee

Sebab saya buat bisnes Shaklee, so saya nak kongsikan sikit lah kelebihan buat bisnes Shaklee ni. Walaupun syarikat Shaklee tu milik orang lain, tapi bisnes itu ialah milik kita. Bila kita dah sign up jadi ahli Shaklee dan plan nak bisnes, bisnes itu milik kita.

Dan bisnes ni boleh diwariskan kepada anak-anak. Bayangkan, zaman sekarang ni pun dah susah nak cari kerja, zaman anak-anak kita esok agaknya macam mana?

Apa kata kita usaha lebih sikit sekarang untuk kehidupan, untuk masa depan anak-anak kita?

Memang tak rugi sebab bisnes Shaklee hampir tak ada modal pun.

Nak jana pendapatan dengan Shaklee tanpa modal, boleh hubungi saya sekarang.

Kelas online dan nota bisnes disediakan secara percuma. In sha Allah kita usaha sampai kita berjaya sama-sama.

Fyda Noh – 012 621 1883 (www.wasap.my/60126211883)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *