Kenapa Lemak Mudah Terkumpul Di Perut Dan Paha Wanita Yang Ada PCOS?

pcos susah turun berat

Kenapa Lemak Mudah Terkumpul Di Perut Dan Paha Wanita Yang Ada PCOS?

Mengikut statistik tahun 2015, hampir 50% rakyat Malaysia mengalami berat badan berlebihan atau obes. Walaupun penyebab paling besar untuk obesiti ialah kalori berlebihan dan kurang aktif, namun untuk wanita ada 1 lagi penyebab asas berat badan berlebihan ini, dan sukar pula nak turunkan berat adalah disebabkan oleh PCOS.

Lepas anak saya stop menyusu, saya rasa berat badan saya nak dengan cepat, terutamanya bahagian bawah perut dan pinggul. Sebenarnya ini ialah tanda hormon tak stabil, mungkin juga ada sedikit simptom PCOS.

Bila say tahu penyebab berat susah nak turun, barulah saya tahu macammana sebenarnya PCOS ni boleh menaikkan berat dan kenapa susah nak turun. Dengan sedikit perubahan, in sha Allah berat badan boleh diturunkan.

Sebelum tu anda perlu tengok dulu video saya kerapa susah sangat nak turunkan berat badan dan bagaimana nak bantu turunkan berat badan dengan mudah.

Untuk kali ni, saya nak fokuskan bagaimana nak bantu turunkan berat jika anda ada PCOS.

3 Cara PCOS Boleh Meningkatkan Berat Badan Dan Susah Pula Nak Turunkan

1. Kerintangan insulin

Kerintangan insulin ni selalunya kita tahu berlaku pada orang kencing manis. Tapi sebenarnya bukan macam tu, orang normal dengan paras gula yang normal boleh anda kerintangan insulin, sebab itu adalah 1 proses. Bila insulin tu dah tak boleh guna, barulah jadi kencing manis.

Bila berlaku kerintangan insulin, insulin tu ada tapi sel tak boleh guna. Maksudnya insulin tu memang tinggi dalam badan kita. Insulin yang tinggi akan mengumpulkan lebih banyak lemak.

Begitu juga wanita yang ada PCOS, ovari dah ting tong dah menghasilkan hormon lelaki dengan lebih banyak, iaitu hormon androgen.

Hormon androgen ni juga mengumpulkan lemak di kawasan perut.

Lemak yang tinggi akan meningkatkan insulin dan isu hormon yang lain, jadinya lebih banyak lemak terkumpul, lebih banyak insulin. Dan kitaran tu akan berterusan dan menyebabkan berat badan meningkat.

2. Keradangan kronik

PCOS juga adalah keadaan kronik keradangan dan keradangan ini boleh merosakkan sel dan sebenarnya boleh menaikkan berat badan.

Keradangan boleh berpunca daripada macam-macam:

1. Pemakanan kita yang tak seimbang. Makanan tak berkhasiat dan makanan tinggi gulu.

2. Stress

3. Tak cukup tidur

4. Tidak aktif secara fizikal dan terlalu aktif.

Keradangan ni boleh meningkatkan insulin. Bila insulin tinggi, lebih banyak lemak terkumpul. So kitaran tu akan berterusan.

pcos susah turun berat

3. Hormon estrogen berlebihan atau estrogen dominance

Estrogen dominance ni boleh terjadi sama ada sebab memang estrogen tu tinggi atau pun progesteron yang lebih rendah berbanding estrogen.

Estrogen ni kalau dalam keadaan seimbang dengan progesteron, dia akan buat tugas dia dengan baik. Sebab tu progesteron diperlukan untuk memastikan estrogen tak mengganas. Sebab bila estrogen berlebihan ni, dia akan ditukarkan kepada hormon testosteron. Bila testosteron tinggi, insulin pun tinggi, lemak pun terkumpul.

Lebih memburukan keadaan bila lemak yang berkumpul tu akan membebaskan hormon estrogen lagi. Lagi banyak estrogen, lagi banyak lemak.

Bagaimana Nak Selesaikan Masalah Ini

So, kita dah tengok penyebab lemak berlebihan berkumpul dalam badan kita dan kita tahu dia jadi macam kitaran. Kita kena hentikan kitaran tu untuk menyelesaikan masalah ni.

Antara cara nak stopkan kitaran tu ialah:

1. Banyakkan makanan antioksida dan antiradang. Buah-buahan dan sayur-sayuran.

2. Ambik makanan yang rendah GI, yang bebaskan gula secara perlahan-lahan

3. Lebihkan pengambilan serat

4. Tambahkan lemak baik – omega-3 dalam diet harian.

5. Amalkan kehidupan aktif – bersenam secara kerap

6. Kurangkan makanan tinggi gula, makanan proses dan makanan segera.

Saya juga tambahkan pemakanan saya dengan pengambilan suplimen sebab saya sedar macammana pun kita jaga makan, sangat sukar untuk cukupkan zat dalam makanan harian kita dan dikeliliing kita sangat banyak xenostrogen yang nak rosakkan keseimbangan hormon kita.

Dan inilah suplimen yang saya ambik untuk kesihatan badan saya dan kewanitaan.

merawat pcos

Jika anda nak bantu kawal penyakit PCOS anda, saya nasihatkan anda segera hubungi saya dan dan jangan tunggu keadaan anda jadi makin teruk.

Hubungi saya, Fyda di 012 621 1883 atau direct wasap,

www.wasap.my/60126211883

Atau jika anda ada kredit atau debit kad dan nak dapatkan set ini secara online, boleh terus klik kat sini –> Set Wanita Untuk Stabilkan Hormon

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.