Kenali 3 Hormon Utama Dalam Sistem Pembiakan Wanita Yang Mempengaruhi Kesihatan

hormon tak teratur

Kenali 3 Hormon Utama Dalam Sistem Pembiakan Wanita Yang Mempengaruhi Kesihatan

Hormon ialah sejenis bahan kimia yang dihasilkan oleh sistem endokrin kita yang diperlukan dalam banyak fungsi badan, termasuklah pertumbuhan, metabolisma dan pembiakan. Dalam badan wanita dan lelaki.

Namun, selalunya bila sebut hormon, selalunya kita kaitkan dengan hormon wanita saja. Sebenarnya ada hormon lebih banyak dalam wanita, lebih banyak dalam lelaki dan ada hormon yang dikongsi oleh kedua-duanya.

Untuk wanita, hormon memainkan peranan penting kepada organ peranakan, kesihatan seksual dan kesihatan secara keseluruhan. Disebabkan itu, wanita merasakan hidup dia dikawal oleh hormon.

Tapi, jika anda faham fungsi hormon kepada badan anda, anda akan lebih kenal badan sendiri dan mengenali jika berlakunya hormon tak seimbang dan berhadapan dengan penurunan hormon yang berlaku secara semulajadi akibat penuaan.

Secara mudahnya macam ni – ovari ialah organ yang membebaskan telur semasa ovulasi, menghasilkan hormon wanita; 2 hormon yang paling utama ialah estrogen dan progesteron.

Paras kedua-dua hormon ini akan menurun agak ketara bila wanita mengalami menopaus, teteapi penuruan estrogen yang menyebabkan simptom menopaus yang biasa dialami oleh wanita.

hormon tak teratur

Estrogen : Hormon Disebalik Kesuburan Wanita

Estrogen ialah hormon yang turun naik dalam kitaran haid wanita. Hormon ni naik sikit demi sedikit dalam 2 minggu pertama kitaran haid. Fasa ini dipanggil fasa folikular – yang mana dinding uterus akan menebal sebagai persediaan jika mengandung.

Kemudian, estrogen menurun dan berlakunya ovulasi.

Estrogen juga adalah hormon yang penting untuk menjaga kesihatan tulang dan kesihatan jantung wanita. Sebab tu wanita yang masih haid risiko untuk kena penyakit jantung dan osteoporosis rendah berbanding lelaki yang sebaya.

Wanita mula menghasilkan estrogen bila dah akil baligh dan penghasilannya menurun dengan peningkatan umur, sampailah akhirnya estrogen tak cukup untuk menebalkan lapisan uterus dan wanita tu tak ada haid dah. Akhirnya tanda-tanda kekurangan estrogen termasuklah rasa badan panas dan kekeringan vagina.

Ini yang berlaku secara semulajadi lah. Tapi tak mustahil gaya hidup kita sekarang menjadikan hormon ni tak teratur.

Progesteron : Yang Diperlukan Semasa Mengandung

Dalam kitaran haid, paras progesteron meningkat pada separuh kedua kitaran haid, selepas telur dibebaskan setiap bulan daripada ovari. Jika dia mengandung, progesteron akan terus meningkat dan mengekalkan ketebalan dinding ovari untuk pertumbuhan bayi.

Jika wanita tu tak mengandung, paras progesteron menurun dan dinding uterus akan runtuh, itulah yang keluar darah.

Progesteron ni, walaupun penting untuk pembiakan, kadang-kadang boleh menyebabkan simptom yang mengganggu wanita semasa haid tu. Simptom ni termasuk lah kembung perut, sakit payudara, jerawat dan termasuklah PMS.

Testosteron : Bukan Untuk Lelaki Sahaja

Satu hormon lagi ialah testosteron, yang merupakan hormon yang banyak dalam lelaki. Namun, perempuan pun ada hormon ni juga, tapi dalam jumlah yang sedikit. Bila hormon ni banyak dalam wanita, dia menyebabkan fizikal wanita tu jadi seperti lelaki.

Bukan macam tomboy tu, tapi tumbuh misai dan juga jerawat batu yang teruk.

Testosteron yang tinggi dalam badan wanita mungkin tanda-tanda masalah kesihatan seperti berikut;

1. PCOS (Sindrom ovari polisistik)

2. Tumor ovari

3. Ada ketumbuhan pada kelenjar adrenal

Testosteron yang sedikit juga menyebabkan masalah kesihatan juga. Kekurangan testosteron juga penyebab kepada kurangnya nafsu seksual seorang wanita.

Jika anda risaukan masalah berkaitan hormon, berjumpalah doktor. Mungkin anda perlukan beberapa ujian untuk menentukan masalah yang anda hadapi dan mungkin dirujuk kepada doktor pakar dalam bidang hormon.

Produk Yang Kami Cadangkan Untuk Bantu Wanita Dengan Masalah Hormon

Disamping itu, saya boleh cadangkan produk yang boleh membantu melengkapkan nutrisi harian anda dan membantu untuk mengawal paras hormon anda.

tips kecutkan cyst

bolehkah sembuhkan cyst

haid tak teratur

Vivix terbukti secara saintifik mampu membaiki DNA sel, mengurangkan keradangan, meningkatkan penghasilan tenaga dalam sel dan mengurangkan pengumpulan protein AGE yang menyebabkan penuaan sel.

Bahan aktif dalam Vivix iaitu polifenol terbukti melalui kajian saintifik mampu mengatur hormon secara semulajadi.

Ramai yang dah amalkan Vivix dan mendapat manfaat kesihatan. Dan anda tak perlu tunggu masalah hormon anda melarat baru nak dapat Vivix ni.

Hubungi Fyda sekarang : 012 621 1883, atau direct wasap

www.wasap.my/60126211883/hormon

www.wasap.my/60126211883/hormon

www.wasap.my/60126211883/hormon

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.