Kebenaran Tentang Sindrom Ovari Polisistik Yang Bukan Tentang Cyst Semata-Mata

sembuhkan pcos

Kebenaran Tentang Sindrom Ovari Polisistik Yang Bukan Tentang Cyst Semata-Mata

Bila sebut pasal PCOS, orang sering kaitkan dengan kesuburan. Sebab tu biasanya orang ada PCOS ni cari rawatan bila berkahwin susah nak dapat anak. Sebenarnya PCOS ni ialah masalah metabolik dan lebih daripada masalah kesuburan. PCOS juga mempunyai kesan jangka masa panjang kepada kesihatan. 

Kes ini semakin meningkat, namun wanita yang ada masalah tu sendiri pun tak ambil peduli. Mungkin sebab simptom yang tidak ketara. Kalau ikut statistik, dalam setiap 100 wanita 2 hingga 26 wanita akan mengalami masalah ini.

Adakah PCOS Bermaksud Ada Cyst Dalam Ovari?

Ovari polisistik adalah ovari yang lebih besar daripada ovari-ovari yang normal dan mempunyai 2 kali ganda folikel (ruang kosong dalam ovari yang berisi air selepas ovari menetaskan telur dalam setiap ovulasi). 

Walaupun salah 1 simptom PCOS ialah polisistik ovari, namun tak bermakna jika anda ada cyst dalam ovari, itu adalah PCOS. PCOS boleh terjadi walaupun tanpa cyst dalam ovari.

Sebab tu PCOS dikatakan bukan masalah gynae, tapi masalah metabolik.

Jika anda mempunyai tanda-tanda berikut, mungkin anda menghidap PCOS;

1. Haid tak teratur atau tiada haid langsung.

2. Pertumbuhan bulu lebih banyak di muka dan badan (hirsuitism )

3. Rambut gugur dan mungkin botak.

4. Berat badan menjadi berlebihan – berat badan naik dengan cepat dan susah nak diturunkan

5. Kulit berminyak dan senang naik jerawat

6. Sukar untuk hamil

7. Kemurungan dan masalah psikologi

Tahap keterukan dan gejala mungkin berbeza antara satu pesakit dengan yang lain. Ada yang mengalami gejala yang sedikit dan ada yang mengalami gejala yang melampau.

apakah pcos bahaya

Apakah sebenarnya punca PCOS?

Kalau ikut jawapan perubatan moden punca PCOS tak diketahui, tapi kemungkinan ianya diwarisi. Jika mak, makcik atau adik-beradik mempunyai PCOS, risiko anda mendapat PCOS pun lebih tinggi.

Perlu diketahui gejala yang timbul akibat PCOS sebenarnya berpunca dari ketidakseimbangan hormon dalam badan.

1. Hormon testosteron

Hormon testosteron (hormon lelaki) dihasilkan dalam kuantiti yang sedikit oleh ovari semua wanita. Wanita yang menghidap PCOS mempunyai paras hormon testosteron yang lebih tinggi dari biasa dan menyebabkan seseorang wanita itu ‘menyerupai’ lelaki.

2. Insulin

Insulin adalah hormon yang bertanggungjawab mengawal atur paras gula dalam darah. Bagi wanita yang menghidap PCOS, insulin dalam badan menghadapi kerintangan dan tidak dapat berfungsi seperti biasa.

Hasilnya paras gula dalam darah meningkat. Untuk mengatasi masalah ini, badan secara automatik akan menghasilkan lebih banyak insulin. Insulin yang banyak ini menjadi punca kepada masalah kegemukkan, haid tak teratur, masalah kesuburan dan paras hormon lelaki (testosteron) yang tinggi.

3. Estrogen

Estrogen ialah hormon yang terlibat dalam sistem peranakan wanita. Tetapi hormon ni perlu distabilkan dengan kehadiran progesteron. Namun, pesakit PCOS mempunyai paras estrogen melebihi progesteron atau dipanggil estrogen dominans. 

Perubahan hormon ni mungkin berpunca daripada pemakanan yang tak seimbang, dengan kalori tinggi gula tinggi dan juga makanan yang menyumbang kepada hormon estrogen berlebihan.

Selain daripada tu, stress juga menjadi punca utama yang mengacau sistem hormon ni.

Bagaimanakah PCOS dikenalpasti?

Wanita yang menghidap PCOS mempunyai gejala yang datang dan pergi, lebih-lebih lagi jika berat badan mereka bertambah dan berkurang. Keadaan ini menyukarkan doktor membuat diagnosis dan mungkin mengambil masa yang sedikit lama untuk mengenalpasti PCOS.

Walau bagaimanapun, diagnosis PCOS dikenalpasti bila anda mengalami mana-mana 2 simptom di bawah :

Haid tak teratur, atau tiada langsung

• Pertumbuhan bulu di muka dan badan yang berlebihan atau ujian darah hormon menunjukkan paras testosteron lebih dari biasa

• Pemeriksaan ultrasound menunjukkan ovari polisistik

Selain daripada tu ujian darah boleh dikuatkan bila paras gula tinggi, paras insulin tinggi, testosteron tinggi dan hormon wanita yang tak stabil.

Apa kesan PCOS kepada kesihatan dalam jangka masa panjang?

 

sembuhkan pcos

1. Kerintangan insulin yang akhirnya meningkatkan risiko kencing manis

Kerintangan insulin menyebabkan insulin tak boleh mengurangkan gula dalam badan dan paras gula yang tinggi ini boleh menyebabkan kencing manis. 1 atau 2 dari 10 orang wanita yang menghidap PCOS berisiko untuk menghidap kencing manis di masa depan.

Jika anda penghidap PCOS, kemungkinan anda mendapat kencing manis meningkat sekiranya :

▪ Umur lebih 40 tahun

Sejarah keluarga menghidap kencing manis

▪ Menghidap kencing manis ketika hamil

BMI melebihi 30 (FYI – berat badan berlebihan bermula daripada BMI 23)

2. Tekanan darah tinggi

Wanita yang menghidap PCOS akan mengalami tekanan darah tinggi  disebabkan oleh kerintangan insulin dan berat badan berlebihan.

Tekanan darah tinggi yang tidak dirawat boleh menyebabkan sakit jantung, masalah buah pinggang dan strok.

3. Kanser

Jika anda didatangi haid kurang dari 3 kali setahun, dinding rahim akan jadi tebal lebih dari biasa dan boleh menyebabkan kanser rahim pada sebilangan kecil wanita.

Antara cara untuk melindungi dinding rahim ialah dengan rawatan hormon progesterone. 

PCOS TIDAK meningkatkan risiko wanita mendapat kanser payu dara atau kanser ovari.

4. Kemurungan dan perubahan mood

Simptom PCOS boleh menyebabkan seseorang wanita kemurungan memikirkan perubahan yang terjadi pada diri dan berasa rendah diri.

haid tak teratur

Apa yang boleh dilakukan untuk mengurangkan risiko jangka panjang ?

1. Mengamalkan gaya hidup yang sihat

▪ Makan makanan yang seimbang. Banyakkan makanan sayur dan buah, elakkan makanan proses, makanan segara, gula ringkas dan makanan yang tinggi lemak.

▪ Bersenam secara berkala ( 30 minit setiap sesi sekurang kurangnya 3 kali seminggu )

2. Dapatkan berat badan atau BMI yang ideal

Menurunkan berat badan mungkin 1 cabaran untuk penghidap PCOS sebab berat badannya yang meningkat dipengaruhi oleh perubahan hormon yang berlaku.

Ramai yang mendapati susah untuk turunkan berat. Jadi, mungkin anda perlu mengawal hormon dulu untuk turunkan berat badan.

Boleh baca kat sini Panduan Untuk Turunkan Berat Badan.

3. Pemeriksaan doktor secara berkala

Pemeriksaan ini bertujuan untuk membuat saringan kencing manis, darah tinggi, kanser rahim atau masalah kemurungan. Jika penyakit-penyakit ini dikesan dengan lebih awal, maka rawatan yang awal ini boleh melambatkan komplikasi.

Tapi jika anda boleh kawal masalah ini dan elakkan terus penyakit kan, lagi bagus.

Adakah PCOS Boleh Disembuhkan?

Dalam perubatan moden, PCOS tiada penawar dan tidak boleh sembuh. Ubat-ubatan yang diberikan adalah untuk mengurangkan simptom-simptom PCOS di samping mencegah komplikasi yang boleh timbul akibat PCOS. 

Ubat-ubatan ini diberi mengikut simptom PCOS yang ditunjukkan.

Contohnya untuk pengawalan berat badan dan kerintangan insulin mungkin perlukan metformin.

Untuk haid tak teratur atau tiada haid mungkin diberi pil perancang.

Untuk yang ada cyst, mungkin memerlukan pembedahan.

Rawatan yang sangat berkesan adalah dengan mengurangkan berat badan dan bersenam dan mengubah gaya hidup menjadi lebih sihat, bukan bergantung kepada ubat-ubatan semata-mata.

Disamping tu juga anda boleh dapatkan suplimen semulajadi untuk mencepatkan pemulihan sel badan dan membantu mengawal hormon.

Boleh klik sini untuk dapatkan Tips Pemakanan Untuk Mengawal PCOS.

Jika ada persoalan tentang ikhtiar untuk masalah PCOS, boleh hubungi saya, Fyda

di 012 621 1883 atau direct wasap;

www.wasap.my/60126211883

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.