Jerawat Bernanah Dikalangan Remaja Mungkin Tanda Menghidap PCOS

jerawat bernanah

Jerawat Bernanah Dikalangan Remaja Mungkin Tanda Menghidap PCOS

Sindrom polycystic ovari ialah masalah biasa. Sindrom ini boleh menyebabkan masalah haid, masalah kesuburan, pertumbuhan rambut yang berlebihan dan jerawat. Ramai wanita yang menghidap PCOS mempunyai berat badan berlebihan.

Rawatan untuk PCOS bergantung kepada simptom yang dialami oleh wanita itu dan juga penurunan berat badan dan perubahan gaya hidup.

Memahami ovari dan ovulasi.

Ovari ialah sepasang kelenjar yang terletak di tepi uterus. Setiap ovari lebih kurang sebesar guli. Fungsi ovari ialah menghasilkan telur dan pelbagai jenis hormon.

Hormon ialah bahan kimia yang membantu fungsi badan.

Ovulasi

Ovulasi biasanya berlaku setiap bulan bila wanita menghasilkan telur ke dalam tiub fallopio dan masuk ke dalam uterus. Sebelum proses ovulasi, kantung-kantung kecil akan muncul dalam ovari yang dipanggil folikel. Dalam folikel inilah telur ni akan membesar dan akan dibebaskan bila tiba masanya.

Hormon utama yang dihasilkan dalam ovari ialah estrogen dan progesteron – iaitu hormon wanita yang utama. Hormon ini akan membantu perkembangan payudara dan mengawal kitaran haid. Ovari juga menghasilkan sedikit hormon lelaki contohnya testosteron.

jerawat bernanah

Apakah sindrom polycystic ovari (PCOS)?

PCOS ialah keadaan di mana seorang wanita itu mengalami 2 daripada 3 keadaan di bawah, tapi selalunya ada ketiga-tiga simptom ini:

1. Sekurang-kurangnya ada 12 folikel dalam ovari

2. Hormon yang dihasilkan oleh ovari tak seimbang. Lebih tepat, ovari menghasilkan hormon lelaki yang lebih banyak.

3. Anda tidak mengalami ovulasi setiap bulan. Ada orang yang tak hasilkan telur langsung. Tandanya ialah anda tak period.

Jadi, tak mustahil untuk mengalami PCOS walaupun tak ada simptom yang biasa dalam sindrom ini. Kalau ada PCOS pun tak semestinya ada cyst dalam ovari.

Adakah PCOS ini masalah biasa?

PCOS sebenarnya ialah masalah kesihatan biasa, namun mungkin ramai yang masih tak familiar dengan simptomnya, sebab itulah ramai orang tak tahu bahawa mereka menghidap PCOS.

Kajian mendapati 1 daripada 4 orang wanita muda mempunyai cyst dalam ovari bila ultrasound dibuat. Walaubagaimanapun, ramai wanita yang tiada apa-apa simptom pun. Haid teratur macam biasa dan paras hormon lelaki juga normal. 

Apakah penyebab PCOS?

Penyebab sebenar PCOS tak diketahui, tapi beberapa faktor lain mungkin memainkan peranan, termasuklah:

Insulin

Insulin ialah hormon yang menurunkan paras gula, so selalunya insulin dikaitkan dengan kencing manis. Insulin bertindak ke atas tisu lemak dan tisu otot supaya mengambil gula yang berlebihan. Kesan insulin yang lain ialah meningkatkan penghasilan testosteron dalam ovari.

Wanita yang ada PCOS mempunyai keadaan yang lebih kurang dengan orang yang ada kencing manis, iaitu kerintangan insulin. Maknanya sel dalam badan dia tak boleh gunakan insulin walaupun paras insulin tinggi.

Bayangkan insulin dah tinggi tapi tak dapat digunakan, ialah yang menyebabkan kenapa terjadinya PCOS.

Paras insulin dan testosteron yang tinggi mengganggu pertumbuhan folikel yang normal dalam ovari. Akhirnya, folikel gagal berkembang dengan baik dan menganggu masalah ovulasi, seterusnya mengganggu kitaran haid dan menganggu kesuburan.

Peningkatan insulin juga meningkatkan pengumpulan lemak dan berat badan.

Lutenizing hormon

Hormon ini merangsang ovari untuk membebaskan telur daripada ovari. Paras LH yang tinggi ditemui dalam kira-kira 4 dalam 10 orang yang menghidap PCOS.

Faktor keturunan

Genetik juga mungkin merupakan sesuatu yang penting. Mungkin ada gen yang menyebabkan anda lebih cenderung untuk mendapat PCOS. PCOS mungkin bukan berlaku daripada ibu ke anak saja, tapi mungkin terjadi dalam 1 keluarga.

Berat berlebihan

Berat berlebihan atau obes bukanlah penyebab PCOS. Tapi, jika anda mempunyai berat badan berlebihan, lemak berlebihan menyebabkan masalah kerintangan insulin makin teruk. Insulin makin tinggi, lemak makin tinggi. Jadi, masalah ini susah nak selesai.

haid tak teratur

Apakah simptom dan masalah berkaitan PCOS?

Simptom jika anda tak mengalami ovulasi

  • Masalah haid terjadi kepada 7 daripada 10 orang wanita dengan PCOS. Masalah haid ni mungkin haid tak teratur, haid sedikit atau tiada haid langsung.
  • Masalah kesuburan. Untuk mengeluarkan telur, wanita tu perlu haid. Kalau tak ada haid, sebab itulah kesuburan boleh terjejas.

Simptom yang berkaitan dengan testosteron berlebihan

  • Pertumbuhan bulu berlebihan. Bulu tu selalunya tumbuh di muka, bahagian bawah badan dan dada.
  • Jerawat mungkin berterusan walaupun selepas waktu remaja.
  • Rambut semakin menipis dan mungkin boleh mengalami kebotakan seperti lelaki.

Simptom-simptom lain

  • Peningkatan berat badan.
  • Kemurungan dan jadi diri yang rendah kerana simptom-simptom yang disebut di atas.

Simptom ini selalunya terjadi lewat zaman remaja atau awal 20-an. Tak semua wanita dengan PCOS akan mengalami simptom yang sama. Ada yang lepas hilang 1 simptom, timbul pula simptom lain.

Kesan jangka panjang yang berisiko kepada orang yang menghidap PCOS ialah kencing manis jenis 2, kencing manis semasa mengandung, kolesterol tinggi dan risiko tekanan darah tinggi.

Seterusnya mereka juga berisiko tinggi untuk mendapat penyakit jantung dan strok.

Masalah haid tak teratur juga mendedahkan wanita itu kepada risiko osteoporosis dan kanser.

Apakah rawatan PCOS?

Setakat ini, menurut rawatan moden, PCOS tak boleh disembuhkan. Namun, simptom PCOS boleh dikawal dengan perubahan gaya hidup.

Menjalani kehidupan yang aktif dan menurunkan berat badan boleh mengurangkan kerintangan insulin. Secara tak langsung, paras testosteron juga menurun.

Ini akan membaikpulih masalah kitaran haid, masalah kesuburan dan membantu masalah pertumbuhan bulu dan jerawat.

Menurunkan berat mungkin sangat sukar. Namun, dengan menggabungkan pemakanan dan nutrisi yang betul dan senaman yang teratur boleh membantu turunkan berat badan.

Merawat bulu berlebihan

Mengawal kerintangan insulin mengawal testosteron yang menjadi punca bulu berlebihan. Namun, wanita itu juga boleh menghilangkan bulu dengan krim membuang bulu, laser dan sebagainya.

Merawat jerawat

Mungkin ada krim atau ubat yang boleh merawat jerawat, namun yang paling penting hormon perlu distabilkan terlebih dahulu.

Merawat masalah kitaran haid tak teratur

Antara cara yang paling kerap digunakan untuk merawat haid tak teratur ialah menggunakan pil perancang. Namun, pil perancang tak boleh membantu wanita yang mengalami masalah kesuburan.

Isu kesuburan

Anda dinasihatkan berjumpa pakar untuk menyelesaikan masalah kesuburan anda. Namun, penurunan berat badan sangat-sangar membantu untuk meningkatkan kesuburan.

Disamping itu, suami juga diingatkan untuk berhenti merokok kerana rokok itu juga boleh mengurangkan kesuburan kaum lelaki.

Metformin dan ubat untuk turunkan insulin

Metformin ialah ubat yang digunakan untuk merawat kencing manis. Ubat ini menjadikan sel lebih sensitif kepada insulin dan ini boleh membantu untuk mengurangkan paras insulin dan seterusnya membantu mengawal simptom PCOS.

Mengurangkan risiko kesan jangka panjang PCOS.

Nak tak nak, orang yang ada PCOS ni perlu menjalani kehidupan yang lebih sihat. Yang paling utama ialah:

  • Pemilihan makanan yang sihat dan penuh nutrisi.
  • Senaman yang teratur
  • Jaga berat badan yang ideal
  • Jauhi rokokMengambil suplimen.

Nak tahu pilihan suplimen yang boleh membantu anda yang menghidap PCOS? Hubungi Fyda di 012 621 1883

atau direct wasap :

www.wasap.my/60126211883/PCOS

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.