Ini Rupanya Rahsia Suri Rumah Berjaya Jana Income 5 Angka Dengan Shaklee

Ini Rupanya Rahsia Suri Rumah Berjaya Jana Income 5 Angka Dengan Shaklee

Nak tau kenapa bisnes Shaklee ni didominasi oleh kaum wanita? Sebabnya Shaklee ni sebenarnya bisnes berkaitan dengan menguruskan manusia. Sebagai wanita kan, kita uruskan anak-anak, so ilmu yang sama kita gunakan untuk uruskan ahli team. Memang dalam Shaklee dalam umpama 1 keluarga – panggil upline dengan mak, ummi, mama atau mommy. Memang panggilan untuk mak la.

Jadi anak-anak team ni ada macam-macam kerenah. Ada yang kita cakap sekali dia dah boleh ikut. Ada yang nak bergerak pun nak kena pujuk. Ada yang memang tak nak bergerak langsung.

Nak Berjaya Tak Boleh Manja-Manja

Itu pilihan masing-masing. Sebagai leader, kita kena sedar yang tugas kita untuk guide mereka dan yang perlu bergerak ialah mereka sendiri.

Nak berjaya ni tak boleh manja-manja.

Kena paksa diri walaupun tak suka atau tak pandai. Kejayaan ni perlukan proses. Ia tak datang bergolek macam tu je, walaupun Allah mampu je nak bagi.

Allah boleh bagi sejuta ringgit depan pintu kita macam tu je. Namun, adakah kita akan terima macam tu je? Percayalah, kita tentu tertanya-tanya dengan penuh kehairanan.

“Kenapa aku dapat ni?”

“Dari mana duit ni?”

“Macammana kalau duit ni orang curi dan letak depan rumah aku?”

Mesti kita akan tanya kan? Saya rasa tak ada la yang akan angkut duit tu masuk dalam rumah terus.

Jadi, atas sebab itulah, maka kita perlu usaha. Perlu buat kerja. Walaupun orang kata, kita dapat apa-apa bukan dengan usaha kita pun, tapi dengan rahmat Allah.

Tapi, kita tak tahu usaha kita yang mana Allah nak turunkan rahmat Dia tu.

So, tetaplah buat kerja kita. Yang nak bagi bila, berapa tu memang kerja Allah.

Kita Usaha, Rezeki Allah Yang Bagi

Nak berjaya, nak duit banyak perlu kerja keras, perlu usaha kuat, perlu bersusah-susah. Semua ni nampak susah bila kita tak masukkan CINTA dalam hati kita.

Yang penting, buat dengan gembira dan penuh cinta. Seronoknya nak share dengan orang apa yang kita jual.

“Aku nak lebih ramai tahu produk Shaklee ni dijamin selamat untuk jangkamasa panjang”

“Aku nak bantu orang yang ada masalah ekonomi sekarang ni dan aku nak lebih ramai orang tahu pembayaran bonus Shaklee ialah antara yang paling banyak dan tak ada had.”

“Aku jual skincare selamat dan terbukti bebas daripada semua bahan kimia bahaya supaya kulit kawan2 aku sihat”

Buat semua ni dengan feel cinta dan suka. Sayang bisnes kita dan rasa bertanggungjawab. Walaupun ada hari kita down, layu tak semangat. Kuatkan hati, buat juga.

Bayangkan orang bercinta. Bila sehari tak nampak, rasa rindu. Walau tak dapat jumpa, tengok bumbung pun bahagia. Gituu lah feel nak bermarketing. Jangan cuti, jangan berhenti sebab give up takde orang respon.

Dah buat bersungguh tiap hari namun takde hasil lagi?

Don’t worry. Allah tak zalim. DIA sedang melihat dan akan beri pada masa yang sesuai.

Buat sehabis baik, then minta tolong Allah gerakkan hati prospek-prospek kita datang kat kita. Insyaallah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.