Ini Beza PCOS Dan Cyst Ovari Biasa. Ramai Wanita Yang Keliru

makanan penyebab pcos

Ini Beza PCOS Dan Cyst Ovari Biasa. Ramai Wanita Yang Keliru

Hari ni ada seorang wanita hubungi saya mengadu dia menghidap PCOS. Puncanya, dia scan di klinik swasta sebab ada masalah haid tak teratur. Melalui scan tu mendapati beliau ada cyst, lalu doktor tu cakap dia ada PCOS.

PCOS ni ialah nama yang misleading sebenarya, sebab tak semua cyst adalah PCOS dan PCOS tak semestinya ada cyst.

Macammana tu? Tapi, itulah yang diberi nama oleh saintis dari dulu.

PCOS ni tak sama dengan cyst ovari. Tapi mungkin punca dia adalah sama. Saya boleh pukul rata yang antara punca utama PCOS dan cyst ialah disebabkan oleh diet atau pemakanan.

makanan penyebab pcos

Pemakanan Yang Boleh Menganggu Hormon

Zaman sekarang ni, kebanyakan wanita sibuk dan jarang masak kat rumah sendiri. Jadi, antara pilihan ialah makanan segera dan makanan proses. Sebab senang nak dapat. Jadinya, lebih 50% wanita yang ada masalah PCOS ni mengalami masalah berikut:

  1. Lebih berat badan
  2. Kurus

Kalau terlebih berat badan, tentulah kita senang faham, tapi kurus tu macammana pula? Kedua-dua ni sebenarnya disebabkan oleh sindrom metabolik. Yang mana berlakunya kerintangan insulin yang menyebabkan orang tu cepat lapar, tak boleh lambat makan – jadi gastrik la, perut kembung, tangan menggigil. Tapi bila cek gula, normal.

Ataupun memang dah ada kencing manis, sebab PCOS ni memang berisiko untuk kencing manis.

PCOS ialah Diagnosis Secara Fizikal

Sebenarnya nak diagnos PCOS, dia adalah lebih kepada diagnosis klinikal. Maksudnya daripada sejarah penyakit dan juga pemeriksaan kita boleh tahu wanita ini menghidap PCOS.

Scan, ujian darah itu adalah sebagai sokongan.

Antara masalah yang dihadapi oleh wanita yang menghidap PCOS ialah:

1. Period tak teratur atau tak ada period langsung.

2. Peningkatan hormon androgen (hormon lelaki) dan ada ciri-ciri lelaki termasuklah banyak jerawat batu, muka bermisai dan botak pattern lelaki.

3. Cyst dalam ovari (mungkin ada atau tidak)

4. Kerintangan insulin
-Peningkatan lemak terutamanya bahagian pinggang ke bawah.
-Tekanan darah tinggi
-Peningkatan kolesterol, terutamanya LDL
-Keradangan kronik dalam badan

diet pcos

Rawatan Untuk PCOS

Setakat waktu ini, rawatan konvesional ialah bergantung kepada simptom

1. Kalau haid teratur dan ada masalah kesuburan – gunakan pil perancang atau Clomiphene.

2. Kalau ada kencing manis atau berat badan berlebihan – Guna Metformin

3. Ada misai atau tumbuh bulu pada tempat tak sepatutnya – Boleh cukur atau gunakan light therapy.

Dan begitulah seterusnya. Rawatan ikut simptom wanita itu dan apa pilihan dia. PCOS ni ialah penyakit dia ada spektrum yang besar sebab melibatkan banyak hormon. Jadi, setiap wanita mungkin muncul dengan simptom yang tak sama.

Walaupun simptom tu dah ‘disembunyikan’, tapi adakah masalah sebenar, punca sebenar dah selesai? Benda tak selesai pun. Tau tak macam apa? Macam kita sapu sampah tapi sorok bawah karpet. Memang kita tak nampak dah sampah tu, tapi still ada bawah karpet.

Pada pendapat saya la, kita perlu selesaikan masalah ini daripada akar umbinya, iaitu yang mampu kita ubah ialah pemakanan kita. Diet yang seimbang dan penuh berkhasiat. Bukan yang tinggi karbohidrat, tinggi lemak, tinggi garam atau tinggi gula, tapi semuanya seimbang.

Yang paling simple dan paling senang nak ikut ialah suku-suku-separuh. Lebihkan sayur dan buah, kurangkan pengambilan daging dan nasi. Bukan kata tak boleh makan daging. Makanlah, tapi secara sederhanalah. Janganlah telan 5kg daging sehari pula.

Klik sini untuk cadangan diet yang sesuai untuk kawal PCOS anda.

Lepas dah buat perubahan pada makanan kita, kita nak selesaikan masalah keradangan dan kerintangan insulin. Ini perlukan lebih daripada makanan. Bersenam dan amalkan suplimen juga perlu.

Senang je, amalkan je suplimen superfood yang kaya dengan antioksida, iaitu Vivix. Lepas tu, boleh analisis balik apa mineral yang masih kurang dan boleh top up melalui makanan atau suplimen lain.

Hubungi saya sekarang untuk bantu anda mengawal masalah PCOS dari akarnya.

diet pcos

*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

WhatsApp kami di 012 621 1883 (klik dari smartphone anda).
Follow FBFyda Nohuntuk chat secara langsung.
Daftar keahlian Shaklee di“Join Now sekarang & nikmati penjimatan hingga 20%.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.