Fibroid : Ketahui Punca, Gejala Dan Pilihan Cara Rawatannya

pendarahan banyak masa haid

Fibroid : Ketahui Punca, Gejala Dan Pilihan Cara Rawatannya

Fibroid adalah sejenis ketumbuhan bukan kanser yang tumbuh pada dinding rahim. Fibroid juga dipanggil sebagai leiomyoma. Ada pelbagai jenis fibroid dengan saiz yang berbeza dan lokasinya pada dinding rahim tu.

Walaupun fibroid dikatakan bukan kanser dan tidak bahaya, tapi sebenarnya ada juga kurang dari 1% fibroid ni boleh bertukar menjadi jenis berbahaya (kanser) dinamakan sebagai leiomyosarcoma.

Fibroid ni sangat biasa berlaku pada wanita, sebab tu ada yang tak sedari pun dia ada fibroid. Kekerapanya dalam 3 wanita, seorang akan ada fibroid. Sangat common kan?

Fibroid mempunyai banyak saiz, dari saiz milimeter hinggalah boleh jadi sebesar lebih 10 cm dan fibroid juga dinamakan mengikut lokasinya.

Anda perlu tahu fibroid selalunya tak menimbulkan apa-apa masalah sebab tu banyak kes wanita tak tahu pun dia ada fibroid. Kalau pun fibroid menimbulkan masalah, selalunya masalah yang biasa dihadapi adalah period banyak, period pain (senggugut), terasa ‘benda’ menekan bahagian pundi kencing atau pada rektum menyebabkan sekejap-sekejap nak kencing, rasa nak berak tapi tak keluar apa-apa pun, ada juga yang melaporkan rasa sakit pada bahagian ari-ari.

Fibroid ni sebenarnya bukan sekadar ketulan tu. Sebab main concern pasal fibroid ialah part hormon tak stabil tu. Iaitu antara hormon estrogen dan progesteron. Fibroid ni dia berkait rapat dengan paras estrogen yang tinggi, yang mana sebenarnya boleh menyebabkan banyak lagi masalah kesihatan yang lain.

pendarahan banyak masa haid

Bagaimana Fibroid Boleh Terjadi?

Dikatakan banyak kajian demi kajian dibuat tapi katanya punca sebenar fibroid ini masih belum diketahui. Tetapi yang pasti sebelum menjadi fibroid, sel itu adalah sel yang normal. Jadi, mungkin berlaku kerosakan pada sel-sel tersebut dan menyebabkan tumbuhnya fibroid.

Banyak kajian juga membuktikan bahawa fibroid berkaitan rapat dengan peningkatan hormon estrogen.

Wanita-wanita yang terdedah dengan hormon estrogen ni berisiko untuk mengalami masalah fibroid, termasuklah wanita yang mempunyai berat badan berlebihan atau obes. Sebab lemak-lemak yang terkumpul dalam badan ni menyimpan hormon wanita.

Saya juga ada buat video 10 tanda yang estrogen berlebihan dalam wanita. Wanita-wanita mesti ambik tahu dan buat sesuatu untuk stabilkan hormon anda.

Gejala-Gejala Fibroid, Yang No. 4 Tu Macam Cute

Semua gejala dinyatakan ini bukan spesifik kepada orang yang ada fibroid. Maksudnya bukan fibroid sahaja penyebab simptom-simptom ini. Tapi, jika mengalami simptom-simptom ini, fibroid tak boleh diabaikan la.

1. Pendarahan period yang luar biasa banyaknya. Selalunya tempoh dia tak lama, tapi pendarahan tu banyak.

2. Sakit senggugut yang mungkin memerlukan cuti sakit. Tapi yang saya tahu, sakit endometriosis lagi sakit daripada fibroid.

3. Perut kelihatan buncit. Mungkin disangka lemak terkumpul, tapi selalunya kalau lemak dia adalah pada bahagian pinggang, di kawasan pusat dan terasa lembik. Tapi kalau ketulan  fibroid buncit dia tu di bahagian bawah, kecuali kalau terlalu besar dia akan tumbuh lebih tinggi. Dan ketulan ni juga terasa lebih keras.

4. Rasa nak kencing dengan kerap. Sebab fibroid besar boleh menekan pada pundi kencing, jadi ruangannya menjadi lebih sempit. Kencing kerap juga mungkin disebabkan otot perineum yang lemah atau kencing kotor.

5. Sakit bahagian bawah perut, walaupun tak period atau menimbulkan keadaan tak selesa. Ada juga kes yang mana berlaku secara tiba-tiba dan mungkin memerlukan rawatan segera, iaitu apabila berlaku perubahan degenerative pada fibroid.

Begitu juga apabila fibroid jenis tergantung pada bahagian luar rahim, yang macam tangkai buah yang boleh terpintal. Ini memang sangat sakit dan perlukan rawatan segera.

6. Susah nak mengandung. Kalau mengandung berisiko untuk keguguran. Fibroid pada dinding rahim menjejaskan penempelan janin dan boleh berakhir dengan keguguran. Dan jika baby survive, bergantung pada kedudukan fibroid tu sama ada boleh bersalin biasa atau tidak.

 

Apakah Rawatan Yang Diberikan Untuk Mereka Yang Ada Fibroid?

1. Fibroid yang tidak menimbulkan apa apa masalah atau kecil tak perlu dibuang dan tidak memerlukan apa-apa rawatan. Tunggu dan lihat, biasanya fibroid akan mengecil dan hilang dengan sendirinya selepas menopos.

2. Ada pil hormon yang boleh dimulakan sebagai langkah pertama. Boleh berbincang dgn doktor terlebih dahulu

3. Operation buang fibroid. Ada dua jenis: buang fibroid sahaja dan biarkan rahim untuk mereka yang bercadang untuk mengandung. Walaupun begitu masih ada risiko pendarahan dan menyebabkan rahim terpaksa dibuang.

Ada kes yang memerlukan rahim dibuang bersama sama dengan fibroid lebih-lebih lagi jika doktor berasakan fibroid ini adalah jenis bahaya ataupun saiz fibroid tak kecut-kecut walaupun sudah menopos.

Ada fibroid kecil yang ganggu kesuburan atau sebabkan period banyak boleh dilakukan secara hysteroscopy. Setiap operation ada risiko dan komplikasi yang boleh timbul, bawak berbincang dengan doktor dulu, ikut kesesuaian pesakit.

Pembedahan adalah pilihan yang terakhir jika ubat-ubatan yang diberikan tidak mampu merawat fibroid.

Setiap cara rawatan perlukan penilaian klinikal dan pemeriksaan doktor dan mengikut kesesuaian pesakit.

Kalau Tak Nak Pembedahan, Apa Pilihan Lain Tak?

Ramai orang berjaya mengecutkan fibroid selepas amalkan vitamin Shaklee. Fibroid paling besar yang saya tahu bersaiz 13cm yang mana dialami oleh kawan saya sendiri mengecut dalam masa 1 bulan.

Tapi suplimen ini bukan ubat untuk kecutkan suplimen apa lagi magic. Suplimen ni berfungsi membuang estrogen berlebihan dalam badan dan bantu stabilkan semula hormon.

Jika anda nak mencuba, lebih baik bertindak sekarang, jangan biarkan masalah anda melarat atau fibroid makin membesar. Sebab kalau dah makin besar, makin susah nak kecutkan fibroid tu.

In sha Allah kita ikhtiar, kesembuhan tu hanya dari Allah.

Boleh klik di sini untuk baca pengalaman penghidap fibroid yang mengecut tanpa pembedahan.

Untuk info lanjut, anda boleh hubungi saya di 012 621 1883, atau direct wasap

www.wasap.my/6012621883/kecutkanfibroid

www.wasap.my/6012621883/kecutkanfibroid

www.wasap.my/6012621883/kecutkanfibroid

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.