Estrogen Di Sekeliling Kita Yang Boleh Kacau Hormon Sampai Lelaki Pun Boleh Tumbuh Payudara

haid tak teratur

Estrogen Di Sekeliling Kita Yang Boleh Kacau Hormon Sampai Lelaki Pun Boleh Tumbuh Payudara

Apabila banyak produk kosmetik di pasaran yang sebelum ini pernah didaftarkan dengan KKM ditarik balik kerana terkandung bahan kimia yang boleh mengganggu hormon wanita, barulah ramai wanita bukan mata bahawa dikeliling kita ni banyak benda-benda yang boleh mengancam hormon wanita.

Antara lain termasuklah makanan yang kita makan, daripada produk skincare dan produk kecantikan dan juga bahan kimia dalam pencemaran di keliling kita. Estrogen dalam bentuk kimia (xenostrogen) atau dalam makanan dan tumbuhan (phytoestrogen), mempunyai tindakan yang sama dengan estrogen yang dihasilkan dalam sel dan boleh mengganggu aktiviti hormon.

Sangat penting untuk kita memahami kesan estrogen berlebihan ni, terutamanya kepada wanita yang mengalami masalah berkaitan dominasi estrogen (estrogen dominance) contohnya fibroid, perubahan payudara fibrocystic, rambut gugur, berat badan berlebihan dan sukar diturunkan dan juga masalah berkaitan kemurungan.

Kajian terbaru menunjukkan bahawa xenostrogen mungkin menyumbang kepada masalah kesihatan yang besar.

haid tak teratur

Masalah Kesihatan Yang Mungkin Disebabkan Oleh Estrogen Dari Persekitaran

1. Masalah hormon tak stabil yang dipanggil dominasi estrogen (estrogen dominance)

2. Kanak-kanak mencapai akil baligh yang terlalu awal yang mana boleh menyebabkan masalah kesihatan di kemudian hari.

3. Haid tak teratur dikalangan wanita.

3. Pertumbuhan tisu payudara tak normal kepada lelaki hinggakan lelaki tu memiliki payudara seperti wanita.

4. Masalah kesihatan lain kepada lelaki termasuk rambut gugur, aterosklerosis, masalah berkaitan prostat, kurang nafsu dan kemandulan.

Info Tentang Xenostrogens

Xeno bermaksud yang asing. Senang cakap, maksud xenostrogen ialah estrogen yang asing. Kurang lebih 70,000 bahan kimia yang didaftarkan di US mempunyai kesan kepada hormon disamping kesan toksik. Bahan-bahan ni mungkin berada dalam produk skincare kita. Pendedahan kepada bahan kimia ini menyebabkan perkumpulan estrogen yang berlebihan dalam badan dan sukar untuk dibuang oleh hati.

Bahan yang terhasil daripada industri plastik dan racun serangga yang dipanggil organochlorides yang merupakan salah 1 sumber terbesar xenostrogen. Bahan ini digunakan secara meluas dalam aktiviti harian kita termasuklah dry cleaning, bahan dalam produk pencuci alat sulit wanita dan dalam penghasilan bekas plastik untuk isi makanan dan juga produk kostermik kita yang dijual di kedai.

Bahan-bahan ini boleh berkumpul tisu lemak dan juga cecair badan manusia termasuklah susu badan. Kalau ibu-ibu yang mengandung sebaiknya cakna isu ini dan berjaga dengan pemilihan produk yang digunakan.

Pernah nampak tak produk plastik yang ditulis tanpa BPA? Sebab BPA ni ialah hasil daripada polikarbonat. Kesan estrogen yang dihasilkan oleh BPA ni terbukti bila lelaki yang bekerja di kilang plastik mempunyai payudara seperti wanita selepas terdekat kepada bahan kimia ini melalui habuk-habuknya.

Jadi, kita ada pilihan kan untuk pilih produk plastik yang tak mengandung BPA. Selain daripada tu, estrogen berlebihan boleh dibuang melalui pemakanan, suplimen dan juga perubahan gaya hidup.

Masalah lain yang disebabkan oleh estogen berlebihan ni seperti yang dikatakan oleh saintis ialah mengurangkan bilangan sperma lelaki, mungkin boleh menyebabkan kanser payudara, fibroid dan masalah berkaitan kesuburan wanita.

hormon tak stabil

Cadangan Untuk Mengurangkan Pendedahan Kepada Bahan Dan Produk Yang Mengandungi Estrogen

Benda-benda yang perlu dikurangkan atau dielakkan terus;

  • Semua jenis racun rumpai, racun serangga – jadinya sebelum makan sayur dan buah-buahan mestilah dibersihkan dulu dengan pencuci yang biodegradasi.
  • Barang plastik, terutamanya yang ada BPA.
  • Produk skincare atau kosmetik yang mengandungi bahan kimia contohnya paraben. Namun, banyak produk skincare menggunakan paraben sebagai bahan pengawet supaya produk tahan lama.
  • Pewarna kuku dan pembuangnya
  • Sinaran X-Ray
  • Karpet baru
  • Minuman dalam plastik yang terdedah kepada cahaya matahari.

Benda-benda yang boleh diamalkan;

  • Sebaiknya gunakan penapis air di rumah
  • Makanan yang ditanam secara organik
  • Kurangkan pengambilan daging dan produk tenusu. Jika nak, pilih yang dibela secara organik.
  • Gunakan bekas kaca atau seramik untuk menyimpan makanan
  • Pilih produk skincare, kosmetik dan sabun pencuci pakaian dan pinggan yang organik, dan terbukti organik bukan sebab kata-kata pengeluar saja.
  • Pemilihan minyak wangi yang semulajadi. Kebanyakan minyak wangi adalah dibuat daripada bahan kimia.

Mungkin Anda Berminat Dengan Suplimen Ini.

Shaklee yang merupakan syarikat nutrisi nombor 1 di US adalah 1 syarikat yang komited untuk menghasilkan produk yang lebih daripada organik. Kalau anda belum tahu, produk yang ada label organik sebenarnya mungkin mempunyai bahan kimia.

Kenapa macam tu?

Memang begitulah industri ini. Industri kecantikan dan kesihatan tiada peraturan yang ketat, tak macam ubat-ubatan.

Tapi, di Shaklee, kualiti yang diutamakan. Sebab tu Shaklee sanggup melabur berjuta-juta dolar Amerika untuk penyelidikan dan memastikan produk yang dikeluarkan adalah berkualiti dan bebas daripada bahan kimia.

Untuk dapatkan konsultasi tentang produk yang sesuai untuk kesihatan anda, boleh hubungi saya, Fyda di 012 621 1883 atau direct wasap,

www.wasap.my/60126211883/hormontakstabil

www.wasap.my/60126211883/hormontakstabil

www.wasap.my/60126211883/hormontakstabil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.