Endometriosis Boleh Mengganggu Kesuburan Dan Bagaimana Nak Tingkatkan Peluang Hamil

Endometriosis Boleh Mengganggu Kesuburan Dan Bagaimana Nak Tingkatkan Peluang Hamil

Ada tak kalangan pembaca saya ni menghidap endometriosis?

Dalam entry ni saya nak cerita tentang pengalaman seorang wanita yang menghidap endometriosis. Wanita ni namanya Penny Lim yang merupakan seorang pensyarah. Beliau disahkan menghidap endometriosis pada tahun yang sama beliau berkahwin.

Namun, dalam masa 6 tahun bergelar isteri, beliau mengalami 3 keguguran dan hamil di luar rahim. Semua kehamilannya hanya bertahan selama 7 minggu sebelum gugur.

Antara tanda endometriosis yang dialami oleh beliau ialah sakit senggugut yang teruk dan kesakitan pada bawah perut dan pinggang setiap kali datang haid.

Namun, sama seperti ramai wanita lain yang mengalami senggugut, beliau ingat itu adalah masalah biasa dan dialami oleh wanita yang datang haid. Jadinya, ubat tahan sakit menjadi teman baik beliau.

Selepas disahkan penyakit beliau, beliau telah menjalani pembedahan laparoskopi untuk membuang implan endometriosis atau selalut endometrium tersebut.

Selepas keguguran kali ke-3, beliau sekali lagi menjalani pembedahan laparoskopi dan akhirnya beliau berjaya hamil dan melahirkan anak melalui pembedahan caeserean.

rawatan endometriosis

 

 

Sistem Imun Lemah Dan Hormon Estrogen Berlebihan Berkait Dengan Endometriosis

Menurut Penasihat Pusat Endometriosis Boston di Massachusetts, Amerika Syarikat, Dr Pamela Stratton, apabila badan dimasuki benda asing (dalam kes endometriosis, tisu endometrium tumbuh di tempat lain dan dianggap sebagai benda asing) sistem imun bertindak untuk mengeluarkannya. Namun, imun wanita dengan endometriosis tidak mampu mengeluarkan implan terbabit sehingga ia membesar, merebak dan mengganggu hormon reproduktif.

“Implan itu sensitif terhadap hormon estrogen yang menyebabkan tubuh melancarkan tindak balas keradangan yang kroinik dan boleh menyebabkan pembentukan tisu parut.

“Statistik global menunjukkan kira-kira 176 juta wanita seluruh dunia menderita endometriosis dan penyakit ini menyebabkan kehidupan harian penghidapnya terjejas akibat menanggung kesakitan. Simptom ditunjukkan seperti senggugut teruk, pendarahan teruk, letih, kesakitan ketika atau selepas hubungan seks.”

“Kadar ketidaksuburan wanita juga terjejas antara 30 hingga 50 peratus menyebabkan penghidapnya sukar hamil dengan cara biasa. Endometriosis juga dikenal pasti sebagai satu daripada tiga punca ketidaksuburan dalam kalangan wanita,” .

Kemurungan juga timbul akibat kegagalan untuk hamil dan simptom ini sering terlepas pandang. Bagi wanita yang berjaya hamil walaupun mengalami endometriosis, mereka juga mengalami banyak kepayahan apabila kandungan gugur atau hamil di luar rahim.

Mereka juga berisiko mengalami komplikasi di penghujung kehamilan seperti saluran rahim tersumbat dengan plasenta yang boleh menjejaskan kelahiran, pendarahan dan kandungan pramatang.

Pakar masih belum mengetahui kaitan endometriosis dengan ketidaksuburan, tetapi kajian mendapati kemungkinan pembentukan tisu parut mengubah bentuk dan fungsi ovari, tiub Fallopio dan rahim. Kemungkinan lain, tisu yang tumbuh di luar rahim menyebabkan perubahan hormon dan kimia dalam cecair di sekitar organ dalam abdomen dan keadaan ini mengubah kitaran haid dan menghalang kehamilan.

masalah kesuburan

Bagaimana Mengawal Endometriosis Dan Meningkatkan Peluang Hamil

Selain daripada mendapatkan rawatan di hospital yang mana rawatannya bergantung kepada simptom endometriosis itu dan pilihan wanita terbabit juga.

Contohnya jika ada sakit, boleh dilegakan dengan ubat tahan sakit.

Jika mengalami masalah kesuburan, perlu disiasat kenapa berlaku masalah kesuburan tu. Jika berkaitan dengan tiub falopio tersumbat, maka mungkin perlukan pembedahan untuk melepaskan penyumbatan itu. Namun, jika berkaitan dengan hormon, mungkin perlukan rawatan hormon.

Disamping, sebenarnya penjagaan makanan adalah sangat penting kepada pesakit endometriosis.

Tujuan utama kita nak kawal endometriosis ialah nak meningkatkan imun, mengawal paras hormon dan mengurangkan keradangan.

Selain dari tingkatkan pemakanan fresh food, real food, bersenam dan kawal stress, saya cadangkan suplimen untuk mencapai tujuan di atas.

Anda boleh baca di sini dulu tentang pemakanan untuk pesakit endometriosis.


merawat endometriosis

Vivix

Vivix mengandungi sebatian polifenol yang telah mendapat perhatian ramai saintis kerana memberi manfaat dalam bidang kesihatan, termasuk kepada pesakit endometriosis.

Sebatian polifenol yang bersifat anti-radang membantu mengurangkan sakit. Bersifat anti neoplastik yang mencegah pembentukan sel asing dalam badan.

Polifenol juga berfungsi meningkatkan sistem imun dan juga berfungsi memelihara sel-sel badan.

Polifenol juga bantu untuk mengawal hormon wanita.

Semua ini dibuktikan melalui sains.

Energizing Soy Protein

Membekalkan proten baik untuk membantu membina sel baru. Soya ESP bebas GMO dan dijamin ditanam dan diproses secara organik dan bebas daripada racun rumpai, racun serangga dan sebarang pengawet makanan.

ESP membekalkan kesemua asid amino yang diperlukan oleh badan dan membantu menguatkan sistem peranakan.

OmegaGuard

Mengandungi asid lemak omega-3 yang berfungsi sebagai anti radang untuk mengurangkan sakit

GLA Complex

Mengandungi asid lemak omega-6 yang membantu mengawal selia hormon wanita.

VitaLea, B Co dan Vita C

Vitamin dan mineral yang penting yang diperlukan oleh badan untuk fungsi normal.

Jadi, perlu ingat, walaupun kebanyakan sakit senggugut ialah fisiologikal, memang biasa berlaku dikalangan remaja tapi jika sakit berterusan dan sangat sakit, sebaiknya bawa jumpa doktor untuk rawatan lanjut. Jika endometriosis dikesan lebih awal, lebih senang untuk dikawal dan potensi sistem pembiakan boleh dilindungi.

Vitalea juga mengandungi zat besi untuk menggantikan semula zat besi yang banyak hilang melalui darah haid.

Selain itu juga, VitaLea turut mengandungi zink. Dan sebenarnya produk Shaklee ada produk zink sendiri.

Ostematrix

Gabungan kalsium, magnesium dan vitamin D yang diperlukan untuk fungsi badan yang sihat. Apa lagi wanita banyak kehilangan kalsium melalui darah haid.

Dan magnesium boleh membantu untuk mengawal pengecutan otot rahim untuk mengurangkan sakit senggugut semasa haid.

Bagaimana Nak Dapatkan Suplimen Untuk Endometriosis?

Untuk dapatkan produk ini beserta dengan info dan nasihat tentang produk, anda boleh hubungi saya di 012 621 1883.

Saya cadangkan anda dapatkan segera sebab kalau tunggu berlaku komplikasi lagi sukar untuk kembalikan kesihatan anda.

Hubungi saya sekarang di

Fyda 012 621 1883 atau direct wasap

www.wasap.my/60126211883

www.wasap.my/60126211883

www.wasap.my/60126211883

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *