Diet PCOS : Program Pemakanan Untuk Pesakit PCOS Dengan 7 Hari Mealplan

tips merawat PCOS

Diet PCOS : Program Pemakanan Untuk Pesakit PCOS Dengan 7 Hari Mealplan

PCOS adalah 1 sindrom yang melibatkan pelbagai kecelaruan hormon. Bergantung pada simptomnya, PCOS mungkin tak perlukan ubat tapi perubahan gaya hidup dan pemakanan adalah sangat penting untuk mengawal PCOS.

Nak tahu lebih lanjut tentang diet PCOS? Kalau anda sedang baca artikel ni, mungkin anda atau orang yang anda sayang menghidap PCOS dan mungkin anda tertanya-tanya bagaimana cara terbaik untuk merawat penyakit ini. Adakah anda perlu makan ubat atau ada tak cara yang semulajadi untuk mengawal PCOS?

Pemakanan memang benda yang sangat penting untuk mengawal PCOS dan dalam artikel ni in sya Allah saya ada bagi panduan apa yang anda patut makan dan tak patut makan dan saya akan bagi idea pelan pemakanan PCOS yang ringkas tapi sedap untuk anda nikmati.

Tapi, sebelum tu kena faham dulu kenapa pemakanan tu sangat penting.

tips merawat PCOS

Bagaimana Pemakanan Mempengaruhi PCOS?

Menukar cara makan ni penting untuk orang PCOS sebab dengan cara ini anda boleh mengawal hormon dan mengawal risiko penyakit yang banyak dikaitkan dengan PCOS.

Insulin Dan PCOS

Walaupun penyebab sebenar PCOS tak dapat dipastikan, namun pengkali telah menemui bahawa terdapat perubahan pada sel Beta di pankreas. Apa yang ditemui ialah badan kita cenderung untuk memberi reaksi berlebih-lebihan kepada gula dalam darah. Jadinya ini menyebabkan badan membebaskan insulin yang banyak.

Insulin ialah hormon yang penting untuk mengangkut gula dalam darah ke sel lain supaya sel itu dapat hasilkan tenaga. Nampak macam baik kan kerja dia? Tapi kalau insulin tu terlalu banyak, dia boleh menyebabkan pelbagai simptom seumpama PCOS, contohnya : kenaikan berat badan, hati berlemak, kolesterol tinggi, cyst dalam ovari, haid tak teratur dan bulu berlebihan di muka dan badan. Ada 2 lagi yang jarang orang perasan iaitu selalu lapar dan mengidam makanan manis.

Jadi, mengawal paras insulin adalah sangat penting untuk mengawal PCOS. Karbohidrat ringkas menyebabkan peningkatan insulin dengan tinggi dan cepat dan perkara ini perlu dielakkan.

Antara saranan oleh doktor dan dietitian ialah pengambilan makanan yang rendah GI dan makanan yang belum diproses. Metformin juga diberikan kepada wanita yang menghidap PCOS untuk mengurangkan kerintangan insulin.

Kerintangan insulin ni boleh menyebabkan paras gula dalam darah tinggi dan akhirnya meningkatkan risiko kencing manis jenis 2.

Tapi, bukan insulin je yang memberi kesan kepada PCOS. Sebab kalau insulin je, maknanya semua orang pun mesti dah kena kencing manis. So, kena ubah pemakanan dari sekarang. Pilih makanan yang rendah indeks glisemik (GI) untuk mengurangkan kerintangan insulin dan mengawal aspek lain PCOS.

Insulin, Androgens dan PCOS

Ada simptom-simptom PCOS yang disebabkan oleh hormon lelaki yang lebih tinggi. Macammana pula hormon lelaki boleh jadi lebih tinggi dalam badan perempuan ni? Dari mana datang hormon ni?

Sebenarnya selain estrogen dan progesteron, ovari juga menghasilkan androgen, Tapi bila seseorang tu ada PCOS, ovari jadi terlalu sensitif kepada insulin dan menghasilkan testosteron yang lebih tinggi.

Jadi nampak tak macammana kalau kita kawal insulin, maka androgen pun akan ikut terkawal. Apa saja yang kita buat untuk kurangkan kerintangan insulin, juga akan membantu untuk membaikkan simptom PCOS.

Jadi, insulin dan androgen boleh dikawal dengan mengamalkan diet PCOS.

Kajian Berkenaan Pelan Diet Kepada Penghidap PCOS

Ini ilah part yang paling penting sebab jika kita nak amalkan sesuatu diet, tentulah nak kan bukti. Betul tak? Banyak kajian yang menunjukkan mengawal pemakanan dan gaya hidup adalah cara yang paling berkesan untuk mengawal PCOS.

Mengubah pemakanan sepatutnya jadi keutamaan bila disahkan menghidap PCOS. Sayangnya, tak ramai doktor yang bercakap tentang perkara ini dan mereka lebih cenderung untuk menyiasat masalah yang dihadapi dan ubat apa yang boleh menolong orang itu. Jarang sangat nak cakap pasal pemakanan. Walaupun dengan makan ubat, mungkin akan nampak perubahan, tapi dengan mengubah tabiat makan dan gaya hidup, anda mungkin tak perlu makan ubat setiap hari.

Tentu seronok bukan?

Apakah Makanan Yang Terbaik Untuk PCOS?

 

Makanan sebenar (whole food)

Ialah makanan yang semulajaid dan belum diproses. Makanan ini kaya dengan serat dan badan akan ambil masa yang lama untuk menghadamnya. Maknanya makanan ini akan diserap secara perlahan-lahan ke dalam salur darah dan hanya sedikit insulin yang diperlukan.

Ingat, insulin rendah maksudnya keradangan berkurang dan testosteron juga lebih rendah.

Contoh makanan whole food : ikan, buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, minyak yang sihat dan daging.

Makanan yang mengandungi indeks glisemik yang rendah

Makanan ini bagus untuk orang yang menghidap PCOS kerana tak menyebabkan peningkatan insulin yang tinggi. Dah tentulah bukan makanan proses dan kaya dengan serat, vitamin dan mineral. Hati-hati juga dengan makanan yang ditambah gula kerana ini boleh meningkatkan gula tanpa sengaja.

Contoh makanan yang mengandungi indeks glisemik yang rendah, anda boleh rujuk di website makanan kurang gula daripada Harvard University.

Makanan anti-radang

PCOS juga adalah keadaan di mana badan seseorang itu mengalami keradangan yang kronik. Keradangan ini menyebabkan masalah kerintangan insulin, cepat penat dan penat yang melampau dan cenderung untuk peningkatan berat badan dan susah nak turun balik.

Contoh makanan yang mempunyai anti-radang yang tinggi ialah:

  • Sayur-sayuran hijau – contohnya kale dan bayam
  • Blueberries, blacberries, ceri
  • Anggur especially yang berwarna merah gelap
  • Teh hijau
  • Ikan laut dalam

Makanan yang mengandungi lemak yang sihat

Kalau anda fikir lemak tu semuanya tak bagus, sebenarnya anda silap sebab badan kita juga perlukan lemak. Banyak hormon kita dibuat daripada lemak, dan termasuk juga pelindung saraf kita, juga daripada lemak.

Soya

Soya ni adalah makanan paling kontroversi kepada pesakit PCOS dan juga masalah kesihatan wanita yang lain.

Walaupun ramai yang menasihatkan wanita yang ada masalah hormon untuk menjauhi soya, namun menurut kajian yang dimuatkan dalamEndocrine Society’s Journal of Clinical Endocrinology & Metabolism mengatakan bahawa isoflovanes soya mungkin boleh membantu masalah metabolik dan mengurangkan risiko penyakit jantung dan salur darah kepada wanita yang menghidap PCOS.

Kajian ini menunjukkan isoflavones dalam soya membantu badan menggunakan insulin dengan baik dan juga menurunkan paras kolesterol.

Bagaimanapun, pilihlah soya daripada sumber yang organik dan elakkan yang diproses dengan gula yang tinggi.

soya dan fibroid

 

Makanan Yang Perlu Dikurangkan Atau Dielakkan

Produk Tenusu

Tentu ramai yang minum susu untuk sumber kalsium kan? Tapi sayangnya produk tenusu mungkin tak sesuai untuk orang yang ada PCOS. Salah 1 sebab utama ialah produk tenusu di pasaran mengandungi bahan yang boleh menyerupai insulin yang mana sebenarnya bertujuan untuk merangsangkan pertumbuhan baby baru lahir. Dalam susu badan manusia pun ada bahan ini dan dikatakan susu ibu yang mempunyai IGF lebih tinggi, bayinya akan jadi lebih besar.

Gluten

Gluten cenderung untuk meningkatkan keradangan dalam badan. Semakin tinggi keradangan, semakin tinggi kerintangan kepada insulin dan semakin tinggi paras testosteron dalam badan seseorang tu.

Tentu anda dah aim makanan bebas gluten kan? Tapi berhati-hati dengan label. Sebab makanan yang bebas gluten diseimbangkan pula indeks glisemik yang tinggi yang menyebabkan peningkatan insulin yang cepat. Just berhati-hati ok..

Sampel Pelan Pemakanan Untuk PCOS

Jika anda rasa susahnya nak cari makanan untuk memenuhi pelan diet ni, anda usah risau sebab saya boleh bantu untuk pelan pemakanan selama 1 minggu.

Secara kasarnya pelan dia macam ni:

Hari 1 : Serat

Hari 2 : Sup

Hari 3 : Warna

Hari 4 : Tenaga

Hari 5 : Fokus

Hari 6 : Cergas

Hari 7 : Pemulaan yang baik

Apa benda ni ya? Saya akan terangkan lebih lanjut jika anda hubungi saya sekarang di www.wasap.my/60126211883/dietpcos

Berapa Lama Akan Nampak Perubahan Lepas Amalkan Diet PCOS?

Mungkin tak sama antara seseorang dan orang yang lain, namun selepas seminggu ikut betul-betul diet ini dengan suplimen yang saya cadangkan, in sya Allah ramai dah rasa perubahan. Sama ada dari segi berat badan atau perubahan kulit.

Yang penting anda hubungi saya dengan segera untuk menyertai program ‘DIET PCOS’ ni.

Hubungi Fyda di 012 621 1883, atau direct wasap

www.wasap.my/60126211883/dietpcos

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.