Darah Haid Tak Habis Keluar Dari Faraj, Antara Teori Penyebab Endometriosis. Teori ke-2 Mungkin Ramai Tak Sangka

darah haid patah balik

Darah Haid Tak Habis Keluar Dari Faraj, Antara Teori Penyebab Endometriosis. Teori ke-2 Mungkin Ramai Tak Sangka

Kalau anda dah follow entry saya sebelum ni, tentu anda dah tahu saya ada cerita tentang endometriosis, yang mana merupakan tisu endometrium yang sepatutnya lapisan paling dalam uterus, tetapi tumbuh di tempat lain. Banyaknya terjadi di ovari, di luar uterus, usus dan pundi kencing. Untuk kali ni, saya nak share macammana benda ni boleh berlaku. Apa teori yang dipercayai oleh saintis, sehingga tisu daripada endometrium tumbuh di tempat lain? darah haid patah balik

4 Teori Popular Bagaimana Endometriosis Boleh Terjadi

1. Kejadian Haid berundur.

Terdapat kajian menyatakan aliran haid yang berundur (aliran menyongsang) antara punca utama terjadinya endometriosis. Haid secara normalnya mengalir keluar sepenuhnya melalui pangkal rahim. Tetapi untuk kes ini, darah tu macam berkumpul dalam rahim dan mengalir ke arah tiub follopio. Aliran haid ini membawa sekali tisu endometrium dan menyebabkan ia tumbuh di bahagian pelvis dan tiub follopio. Kalau dalam orang Melayu kita, yang selalu kita dengar ialah haid tak habis. Sebab tu tuh lah dia mengalir balik ke tiup fallopio.

2. Sistem imun yang lemah

Apa kaitan dengan sistem imun? Sebenarnya semua penyakit yang terjadi dalam badan kita bergantung pada sistem imun. Bukan saja penyakit berjangkit. Apabila sel asing masuk badan ataupun memang sel dalam badan kita, tapi kalau dia pergi ke tempat lain, badan akan kesan sebagai sel asing. Bila badan mengesan sel asing, sistem imun akan bertindak dan menyingkirkan sel itu. Jika sistem imun kita kuat, maka sel itu akan dibunuh la. Tapi, kalau sel imun yang lemah, sel itu pula yang akan ambil alih.

3. Hormon Estrogen

Punca lain ialah endometriosis dikatakan berpunca dari aras hormon estrogen yang berlebihan. Hormon estrogen diperlukan oleh wanita untuk menebalkan tisu endometrium dan ruang rahim wanita untuk persediaan janin melekat. Namun, kalau tiada janin, lapisan ini gugur sebagai darah haid. Tetapi, dikatakan hormon estrogen yang berlebihan telah menyebabkan tisu endometrium “subur” sehingga ia mampu untuk tumbuh dikawasan lain terutama di bahagian pelvis.

4. Teori Metaplasia

Satu lagi teori yang dikemukakan oleh ahli perubatan ialah teori metaplasia. Metaplasia ni sama lah dengan kejadian kanser. Sama ada sel tu dah matang dan tiba-tiba mengalami proses bertukar kepada sel lain, ataupun dari proses dari sel belum matang tetapi bertukar kepada sel matang yang lain. Apa menyebab ini ya? Kemungkinan besar radikal bebas.

5. Saluran darah dan limfatik

Satu lagi teori yang digunapakai ialah bahawa tisu endometrium boleh memasuki saluran darah dan limfatik untuk kebahagian lain dalam tubuh. Jadi, tidak mustahil untuk tisu endometrium ini terbentuk dan merebak ke tempat lain melalui saluran darah dan limfatik. Sekali lagi, sistem imun memain peranan penting bagi mencegah kejadian ini.

Apa Yang Golongan Wanita Boleh Buat Untuk Kurangkan Risiko Penyakit Ni

Ok, itulah 5 punca yang dijangkakan oleh pakar perubatan bagaimana endometriosis mula terjadi. Dan tentu 5 sebab ni tak dipastikan, namun teori ini lah yang telah diterima oleh saintis moden. Bagi pihak kita pula, sama ada wanita yang dah ada endometriosis atau pun belum ada endometriosis, ada benda yang boleh kita buat untuk mencegah atau mengurangkan risiko endometriosis ni:

  1. Kuatkan imun
  2. Kurangkan estrogen berlebihan

Sebab kedua-dua benda ni kita boleh kawal. Mungkin anda juga nak tahu bagaimana cara untuk mengesahkan endometriosis dalam seseorang wanita? Selain dari mengesan melalui simptom simptom yang ada, cara paling baik ialah dengan melakukan diagnosis secara terus.

Tunggu entry sambungan lagi ya..

Jika anda perlukan apa-apa info, boleh hubungi saya, Fyda – 012 621 1883 (www.wasap.my/60126211883/infotentangendometriosis)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.