Cara Turunkan Berat Badan Dengan Selamat Melalui Program Suku-Suku-Separuh

turunkan berat badan dengan selamat

Cara Turunkan Berat Badan Dengan Selamat Melalui Program Suku-Suku-Separuh

Obesiti atau berat badan berlebihan dah jadi masalah utama di Malaysia sekarang. Sebab Malaysia dan jadi negara obes paling tinggi di Asia. Bayangkan dalam 48 negara di Asia, Malaysia mempunyai paling ramai rakyat yang berlebihan berat badan.

Apa masalah kita sebenarnya?

Yang paling utama ialah dari segi pemakanan kita.

Dah jadi salah satu budaya di malaysia ialah bila makan, nasi mesti membukit. Nasi tu kena banyak. Dan kita akan makan sampai kenyang. Kalau kena dengan selera kita, tambah lagi nasi walaupun dah kenyang masa tu.

Bagi saya makan sampai kenyang bukanlah sesuatu masalah yang jadi keutamaan. Tetapi yang kita fokus ialah bagaimana kita kenyangkan perut.turunkan berat badan dengan selamat

Kementerian Kesihatan (KKM) Nak Bantu Orang Malaysia Jadi Fit

Sebab itulah Kementerian Kesihatan Malaysia melancarkan satu program yang dikenali sebagai suku-suku-separuh. Program ini bertujuan untuk membantu masyarakat mengambil bahagian makanan yang betul walaupun makan dengan banyak.

Saya terangkan apa itu suku suku separuh. Sedih sebab masih ramai lagi yang belum dapat info ini.

Caranya cukup senang.

1. Ambil pinggan yang anda biasa makan nasi tu dan bahagikan kepada suku, suku dan separuh. Bahagi secara maya saja tau. Tak perlu ambil pembaris ukur dan tanda.

Suku pertama adalah untuk karbohidrat. Makanan dalam kumpulan ni boleh jadi nasi ke, mee ke, bihun ke, capati ke, roti ke, roti canai ke. Semua kena letak suku daripada bahagian pinggan tersebut

Salah 1 kesilapan kita lagi ialah anggap nasi saja sebagai karbohidrat. Jadinya ada orang dalam dia makan dah mee, kemudian dia bantai nasi pula. Sebab bagi dia mee adalah untuk alas perut sahaja.

2. Suku yang kedua adalah protein atau kita punya lauk lah. Contoh ayam, ikan, daging, arnab, sotong dan sebagainya. Tapi jangan lupa tengok juga kita masak tu. Kalau boleh cuba ubah ke cara yang lebih sihat, iaitu rebus, stim atau salai. Kurangkan yang bergoreng dan berminyak.

3. Dan separuh daripada pinggan tersebut perlu dipenuhkan dgn sayur sayuran dan buah-buahan.

turunkan berat badan dengan selamat

Mengawal Kalori Yang Diambil

Sebab kita tahu punca utama berat badan berlebihan ialah bila kita ambik kalori berlebihan tapi tak dibakar. Makan banyak tapi tak bersenam.

Sekurang-kurangnya dengan membuat kaedah ini, jumlah karbohidrat yang diambil adalah pada tahap yang sesuai disamping mendapat protein dan serat dalam bahagian yang sesuai.

Apabila perut kita penuh dgn sayur, maka perut akan menghasilkan hormon ghrelin yang akan menyebabkan otak memberikan perasaan kenyang. Bila kita kenyang, maka kita tidak akan menambah makanan lagi terutamanya makanan yang berunsurkan karbohidrat.

Selain dari itu, bersenam tetap perlu jadi sebahagian aktiviti kita.

Dan makanan-makanan yang nampak menggoda macam benda-benda manis tu bukan tak boleh makan, tapi kena kurangkan dan makanlah dengan bijak.

Lagi sekali saya katakan yang kita nak kenyang dengan cara yang betul. Kita tahu rakyat Malaysia suka makan. Tetapi makanlah dengan cara yang betul.

Senangnya Turun Berat Dan Lemak Dengan Berdetoks

Shaklee juga melancarkan program detoks untuk bantu kita kurangkan berat, buang toksin dalam badan dan tambahkan nutrisi yang baik ke dalam badan kita.

Untuk dapatkan maklumat lanjut tentang detoks ini boleh klik – Detoks Cara Terbaik Untuk Turunkan Berat atau boleh hubungi saya – Fyda di 012 621 1883

(www.wasap.my/60126211883)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *