Cara Hilangkan Bisa Gout, Jangan Tunggu Sampai Sendi Rosak

rawatan gout

Cara Hilangkan Bisa Gout, Jangan Tunggu Sampai Sendi Rosak

Sendi merah…

Bengkak..

Sakitnya..!!!!

Ini adalah tanda-tanda keradangan sendi boleh boleh berlaku dalam serangan gout. Gout adalah radang sendi yang terjadi apabila asid urik berkumpul dalam sendi, sama ada asid urik itu tinggi ataupun tak. Terdapat lebih 50% orang yang mengalami bengkak sendi sebab gout mempunyai asid urik yang normal.

Jadi, nak katakan orang tu kena gout tak boleh tengok dari asid urik semata-mata.

Keradangan sendi ni selalunya terjadi bila pesakit itu mungkin makan makanan yang mengandungi asid urik yang mengakibatkan pengumpulan kristal asid urik di sendi.

Sakit tu selalunya mencapai kemuncak dalam masa 48 jam pertama. Kemudian akan berkurang sedikit demi sedikit dan akan pulih sepenuhnya dalam 10-14 hari.

Kesakitan akibat gout ni boleh dikurangkan dengan ubat tahan sakit, pengambilan ubat untuk kurangkan asid urik dan disiplin dalam memilih makanan yang rendah purin.

rawatan gout

Bagaimana Gout Boleh Terjadi

Selalunya paras asid urik yang tinggi menyebabkan pengumpulan kristal asid urik pada sendi terutamanya sendi ibu jari kaki. Tapi ramai yang tak tahu bahawa mereka mempunyai paras asid urik tinggi hinggalah simptom pertama muncul.

Ada 2 keadaan yang meningkatkan asid urik. Sama ada pengambilan makanan yang mengandungi asid urik berlebihan atau badan menghasilkan asis urik berlebihan ataupun masalah buah pinggang yang tak boleh buang asid urik yang berlebihan.

Golongan yang berisiko tinggi untuk mendapat gout ialah:

1. Penghidap kencing manis

2. Obes

3. Pesakit tekanan darah tinggi

4. Orang yang mempunyai masalah buah pinggang

Bagaimana Gout Dirawat

Matlamat dalam merawat gout ialah untuk kurangkan sakit dan kurangkan kekerapan bengkak sendi. Matlamat ini boleh dicapai dengan:

1. Ubat tahan sakit yang boleh mengurangkan keradangan termasuk NSAIDs, colchicine dan steroid.

2. Mengurangkan asid urik dengan ubat iaitu allopurinol.

3. Disiplin dalam memilih makanan yang sihat.

Pemakanan Untuk Elakkan Serangan Gout

Yang saya perasan, bila kita sebut pasal gout orang akan tanya apa makanan nak elakkan. Hingga ada 1 list makanan orang gout tak boleh ambik.

Sebenarnya cara pemakanan, sama je semua keadaan. Makanan sihat dan berkhasiat, cukup dengan semua zat dan nutrisi dan mengikut kuantiti yang betul.

Selain itu pengambilan air yang banyak juga boleh membantu pesakit gout. Namun, untuk orang yang ada masalah buah pinggang, pengambilan air perlulah mengikut nasihat doktor anda.

Namun 4 panduan yang boleh diguna pakai oleh pesakit gout dalam memilih makanan:

1. Elakkan beberapa jenis daging

Daging merah, terutamanya organ dalaman mempunyai paras purin yang tinggi. Sebaiknya lebihkan pengambilan ikan berbanding daging.

2. Kurangkan beberapa jenis makanan laut

Ramai orang yang saya temui mengalami serangan gout lepas makan makanan laut. Contohnya udang, lobster, kepah dan ikan bilis.

3. Sayur-sayuran yang tinggi purin

Ada juga sayuran kegemaran kita yang tinggi purin sebenarnya. Ini termasuklah bayam, kubis bunga, cendawan dan asparagus.

Namun, kebolehan badan mengeluarkan asid urik daripada sumber tumbuhan adalah lebih baik berbanding dari sumber haiwan. Jadi, tak perlulah nak hadkan pengambilan sayur-sayuran macam pengambilan daging.

4. Alkohol dan merokok

Yang ni wajiblah ditinggalkan terus. Alkohol memang mengandungi purin yang tinggi dan rokok pula terang lagi bersuluh bahaya terhadap kesihatan.

Cadangan Suplemen Untuk Kurangkan Sakit Gout

bagaimana merawat gout

Selain disiplin dalam memilih makanan, anda boleh juga menambahkan suplemen dalam diet harian.

Suplemen yang saya maksudkan ialah Vivix yang dibuat daripada tumbuh-tumbuhan yang mengandungi antioksida yang tinggi dan juga bersifat antiradang yang boleh bantu mengurangkan sakit.

Vivix mengandungi polifenol tumbuhan, termasuk resveratrol yang boleh bertindak secara langsung untuk mengurangkan paras asid urik dalam darah.

Dalam kajian yang dimuatkan dalam Clinical Rheumatology, 2014 Nov, 26, saintis mengkali keberkesanan resveratrol (salah 1 komponen Vivix) dalam merawat gout. Tikus yang disuntik dengan bahan untuk meningkatkan asid urik dalam darahnya. Ternyata resveratrol boleh mencegah keradangan dan bengkak sendi dan turut mengurangkan penghasilan asid urik daripada bahan yang disuntik tadi.

Jangan Tunggu Sampai Sendi Rosak

Antara komplikasi gout ialah bengkak sendi yang tak surut bila asid urik berkumpul. Keadaan ini namanya tophi. Jika dibiarkan saja, tophi boleh merosakkan sendi sebab asid urik adalah pro-radang. Malah, kalau  asid urik ni berkumpul di bawah saraf, otot atau tendon, ketiga-tiga ini pun boleh rosak.

Selain itu keradangan ini juga boleh terjadi pada mana-mana organ. Jadi risiko untuk mendapat penyakit lain dan kerosakan sel juga sangat tinggi.

Saya cadangkan anda segera dapatkan Vivix untuk mengurangkan keradangan seterusnya kurangkan komplikasi gout. Sebab bila dah sendi rosak, buah pinggang rosak, mungkin agak sukar untuk kembalikan kesihatan tu.

Namun produk ni tak bertujuan untuk merawat atau mengubati penyakit. Apa yang kita boleh buat ialah ikhtiar.

Untuk dapatkan maklumat lanjut atau tempahan produk boleh hubungi

Fyda di 012 621 1883 atau direct whatsapp www.wasap.my/60126211883

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *