Cara Diet Wanita Jepun Untuk Awet Muda Dan Badan Slim Melim

Cara Diet Wanita Jepun Untuk Awet Muda Dan Badan Slim Melim

Diet cara orang Jepun menjadikan anda sentiasa muda dan fit. Bagaimana diet Jepun ni?

Seorang perunding pemasaran kelahiran Jepun dengan berani dan bangganya menghasilkan sebuah buku yang diberi judul “Japanesse Woman Don’t Get Old or Fat”. Naomi Moriyama ialah seorang wanita yang mempunyai bentuk badan sedang-sedang (tidak terlalu kurus), sentiasa bertenaga dan rambut yang bersinar. Beliau juga nampak 20 tahun lebih muda daripada umurnya.

diet tanpa berlapar

Dia bukanlah pengamal diet, namun dalam bukunya beliau mengupas gaya hidup wanita muda di negara matahari terbit itu untuk kekal muda dan bertenaga.

Dia yakin jangka hayat yang tinggi dan kadar obesiti yang rendah dikalangan wanita Jepun berkait rapat dengan jenis makanan yang disediakan di rumah.

Membesar di Tokyo dan kini menetap di New York, Naomi pernah mengalami pertambahan berat badan lebih 10kg dengan hanya ketiggian 150cm sewaktu menjadi pelajar kerana banyak menikmati makanan Amerika.

Memikirkan kesihatan, dia dan suami akhirnya bertukar kepada cara makan orang Jepun.

7 rahsia diet orang Jepun telah dikongsi untuk tampil langsing dan bertenaga

1. Makanan yang menjadi keutamaan termasuk ikan, soya, nasi, sayur-sayuran dan buah-buahan

2. Sajian makanan yang kecil. Ngam sangat la ikut suku-suku-separuh dan gunakan pinggan yang saiz kecil.

3. Sup miso menjadi sajian utama. Miso ni ialah soya, tapi dalam sup ni soya tu dah dibuat tauhu. Saya tak pernah makan, tapi kalau nak cuba buat boleh cari bahan-bahan kat supermarket yang jual makanan dari Jepun.

Saya pun suka minuman berasaskan soya. Dan alhamdulillah, saya rasa bertenaga dan berat badan pun maintain walaupun dah ada 2 anak. Boleh klik sini untuk soya non-gmo yang banyak khasiat.

4. Nasi menggantikan roti. Roti ni walaupun kita makan sekeping tu tak kenyang, tapi kalori dia dah tinggi macam nasi.

5. Hanya jamah pencuci mulut. Pencuci mulut memang sedap kan? Ais krim ke puding ke, kek, yummy nyaa… Tapi yang sedap itulah banyak gula tersembunyi.

6. Wanita Jepun jarang berdiet sebaliknya makan makanan yang mereka gemari dalam kuantiti yang sedikit

7. Selain itu wanita Jepun juga senang makan dengan mata. Macammana tu ek? Maksudnya mereka akan menghias makanan mereka supaya nampak cantik. Letak dalam pinggan yang kecil molek dan makan dengan perlahan untuk menikmati kecantikan makanan dan makan untuk 80% kenyang sahaja.

cantik macam orang korea

Diet Jepun juga lebih banyak pengambilan nasi, iaitu kira-kira 6 kali lebih banyak daripada diet Amerika. Namun nasik orang Jepun tahu-tahu jelah, bukan banyak pun dalam mangkuk kecil molek aje. Makanan yang dimakan dalam kadar yang sedikit tidak menaikkan paras gula darah dengan mendadak. Ini memberi masa kepada pankreas untuk merembeskan insulin secukupnya dan tidak terlalu membebankan pankreas.

Selain itu orang Jepun juga gila makan sayur. Sayur-sayuran seperti lada beggala hijau, lada benggala merah, kacang hijau, terung, bayam, pucuk rebung, akar teratai, cendawan shitake dan rumpai laut merupakan antara sayuran yang menjadi kegemaran masyarakat Jepun. Pelbagai resepi sayuran yang disediakan oleh mereka termasuk salad dan sup. Untuk mengekalkan khasiat sayuran tersebut, mereka biasanya menumis dengan minyak kanola dan mengukus.

Sebagai negara pengeluar ikan yang besar mereka turut mendapat manfaat omega-3 daripada ikan salmon, tuna, mackerel dan sardin yang sangat diperlukan untuk kesihatan jantung. Kalau tak mampu makan ikan banyak-banyak boleh dapatkan omega-3 daripada suplemen minyak ikan bergred farmasi dan sangat bermanfaat untuk kesihatan.

Disebalik semua kebaikan diet Jepun, ia dikatakan tinggi kandungan garam. Jadi penambahan kicap atau terayaki dinasihatkan dalam kuantiti kecil sahaja.

Pemakanan memainkan peranan yang sangat penting untuk kesihatan kita. Jadi, pastikan makanan harian kita memenuhi keperluan zat nutrisi untuk kesihatan.

Nutrisi asas untuk kesihatan keluarga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *