Bolehkah Pil Hormon Selesaikan Masalah Hormon Tak Seimbang?

cara beli pil hormon

Bolehkah Pil Hormon Selesaikan Masalah Hormon Tak Seimbang?

Haid tak teratur adalah antara masalah yang biasa terjadi kepada wanita. Maklumlah wanita je yang ada haid kan. Ada seorang wanita mengadu mengenai masalah dia period dia tak teratur. Dia dah pergi klinik dan telah diberi pil hormon.

Kenapa masalah period diberi pil hormon?

Sebab masalah haid tak teratur tu berkaitan dengan hormon tak stabil. Maknanya ada hormon yang lebih tinggi daripada yang lain. Jadi, ubat hormon mengandungi hormon yang rendah tu lah, untuk stabilkan kedua-duanya.

Tapi sebenarnya nak seimbangkan hormon tak stabil bukan semudah itu. Bukan semudah yang tak cukup kita tambah. Bukan macam memasak, terlebih garam tambah gula. Terlebih manis, tambah air dan sebagainya.

No! No! No!

Bukan semudah itu ya.

Jom saya kongsikan tips untuk stabilkan hormon wanita. Memang agak sukar untuk dibuat, apa lagi nak konsisten tapi hasilnya cukup lumayan.

cara beli pil hormon

Tips Stabilkan Hormon Wanita Untuk Bantu Masalah Haid Tak Teratur

1. Bahan kimia yang menggangu hormon

Kurangkan pendedahan kepada segala bahan kimia yang boleh kacau hormon. Setiap hari kita mungkin terdedah dengan bahan kimia di persekitaran kita, contohnya daripada pencemaran udara atau pencemaran air.

Namun, kita boleh kawal penggunaan produk mekap, losen siang atau malam, personal care atau racun serangga yang mempunyai bahan kimia yang menganggu hormon, iaitu xenostogen.

2. Lemak badan

Lemak badan ialah lemak yang berada bawah kulit dan lemak yang membaluti organ dalaman kita. Lemak yang berlebihan ni akan ditukarkan kepada hormon estrogen.

Antara cara mudah untuk kurangkan lemak ini ialah dengan pengambilan lemak baik, iaitu asid lemak omega-3. Pengambilan lemak baik ini boleh menghapuskan lemak yang berlebihan ni.

3. Tisu otot

Semakin kita berumur dan semakin tinggi lemak dalam badan, tisu otot ini akan berkurang. Kita nak kekalkan tisu otot atau nak tambahkan sebab kita tak nak ada lemak berlebihan tu lah.

Jadi, pengambilan protein yang baik adalah sangat-sangat penting. Ramai wanita Malaysia sebenarnya kekurangan protein dalam diet harian. Bukan saja memang tak cukup dalam pemakanan, tapi juga mungkin ada masalah dalam penyerapan protein.

Salah satu tanda kekurangan protein adalah rambut gugur dan otot mengecut. Kalau berlari, atau goyangkan badan bergegar habis sebab banyak lemak berlebihan.

4. Fungsi hati

Hati ialah organ yang menukarkan bahan toksik kepada bahan selamat untuk dibuang. Bayangkan berapa banyak kita terdedah dengan toksin-toksin keliling kita dan ini membebankan hati.

Sangatlah perlu untuk perkasakan fungsi hati ini untuk bantu buang estrogen berlebihan. Sekali-sekala buatlah detoks hati untuk tingkatkan fungsinya.

Suplimen yang mengandungi milk thistle sangat bagus untuk hati.

haid tak teratur

5. Gula

Makanan yang tinggi gula atau karbohidrat tinggi perlu dijauhi sebab gula yang berlebihan boleh menyebabkan penyimpanan lemak berlebihan dalam badan. Lemak yang berlebihan ini boleh meningkatkan estrogen dalam badan.

6. Vitamin D

Kekurangan vitamin D mendedahkan wanita dan lelaki kepada risiko obesiti dan sindrom metabolik. Ini berdasarkan kajian yang dijalankan di Kuala Lumpur pada 2011.

Kekurangan vitamin D juga berisiko untuk meningkatkan kanser payudara dikalangan wanita.

7. Magnesium dan zink

Mineral seperti magnesium dan zink perlu diambil dengan cukup dan optimum. Kedua-dua mineral ini merupakan co-factors untuk enzim yang terlibat dalam banyak proses dalam tubuh.

Mineral ni umpama bahan untuk menghidupkan api bila nak memasak. Kalau tak ada bahan ni, memang sampai tua lah api tak nyala.

8. Polifenol

Polifenol ialah bahan kimia dalam buah-buahan dan sayur yang boleh membantu untuk memelihara dan dan secara langsung juga membantu untuk seimbangkan hormon.

Perlukah Betulkan Hormon?

Bagi wanita yang mengalami masalah hormon tak stabil, tentulah boleh rasakan kesan dia macammana? Bukan saja masalah haid tak teratur, tapi macam-macam lagi masalah termasuklah mood swing, cepat marah, kadang-kadang sedih, berat badan berlebihan dan susah nak turun berat dan ada yang sampai mengganggu tidur dan keletihan yang amat sangat.

Sepatutnya kita yang kawal hormon, jangan biarkan hormon mengawal kita.

Saya boleh bantu anda dengan suplimen yang boleh menbantu untuk mengawal hormon anda. Hubungi saya, Fyda di 012 621 1883, atau boleh klik link di bawah ni.

Saya Nak Betulkan Masalah HormonĀ 

bisnes shaklee

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.