Betul Ke Kita Tak Boleh Bersedih Dan Mesti Sebut Benda-Benda Positif Saja?

Betul Ke Kita Tak Boleh Bersedih Dan Mesti Sebut Benda-Benda Positif Saja?

“Sedihlah….”

“Tak boleh sebut perkataan2 macam tu, nanti lagi rasa sedih. Sebut yang positif-positif saja. Instead of cakap mcm tu, cakap ‘tak happy’”

Benarkah mcm tu? Benarkah kita tak boleh bercakap ttg emosi sedih ni?

Dalam surah at-Taubah Allah sebut

لا تحزن إن الله معنا
Jgn bersedih hati sesungguhnya Allah bersama kita
[9:40]

Emosi sedih ni adalah emosi yang Allah ciptakan bersama kita.

إِنَّ الإِنسَـنَ خُلِقَ هَلُوعاً
Sesungguhnya manusia dicipta dgn resah gelisah tak keruan.
[70:19]

Ia adalah sifat semulajadi kita. Benda kita nak tak dapat, kita sedih. Yang kita harapkan jadi lain, kita sedih.

Kenapa Allah cipta kita dgn perasaan2 ni? Allah nak kita jadi negatif ke?

Bukan.. sbb Allah nak kita sentiasa balik pada Dia. Bayangkan kalau kita takde perasaan sedih ni. Kita happy je, seronok je,… apa2 jadi pun kita happy, kucing kesayangan mati pun happy… pelik la pula kn.

Oleh kerana kita ada sifat ni lah, Allah nak bg kita pahala dan manfaat yang lebih best melalui SABAR.

Tutup kesedihan dgn kesabaran. Jangan sedih, Allah ada. Jangan sedih, sekejap je. Jangan sedih, mungkin benda kita tak suka tp ia lebih baik utk kita.

Kita sedih, kita acknowledge rasa sedih tu, then kita sabar. Allah ada. Ingat, Allah ada.

Jgn biar sedih membelenggu kita. Bila kita besarkan benda sedih ni, dia boleh menguasai kita. Dari sedih boleh bertukar marah. Marah tu dari syaitan. Rasulullah bg tips, kalau rasa nak marah, berwuduklah.

“Sesungguhnya marah itu dari syaitan. Syaitan itu dijadikan daripada api. Maka apabila kamu marah hendaklah kamu berwuduk”
[HR Abu Daud].

So, bila sedih cepat2 cari Allah. Berceritalah pd kawan yang terpercaya, kongsi hati ke hati. Jgn salah kawan, nanti dari sedih bertukar marah pula.

#iReachSAVERS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.