Benarkah Ibu Mengandung Lebih Mudah Dijangkiti Covid?

ibu mengandung meninggal sebab covid

Benarkah Ibu Mengandung Lebih Mudah Dijangkiti Covid?

Bila disahkan mengandung, tentulah 1 keluarga sangat gembira. Apa lagi perasaan seorang itu. Terlalu-lalu seronok. Namun, dalam keadaan pandemik begini, dah tentu perasaannya sedikit berbeza. Adakah Covid ni berisiko kepada ibu dan kandungannya?

Ibu-ibu yang mengandung semasa pandemik ini perlu mengambil lebih perhatian terhadap diri dan kandungan. Mesti patuhi betul-betul arahan doktor dan jururawat.

Saya nak kongsi input daripada seorang Pakar Perubatan Ibu-Bayi (Maternal-Fetal medicine) di John Hopskin, Dr Jeanne Sheffield M.D yang menguraikan apa yang ibu mengandung patut tahu bagaimana Coronavirus dan Covid-19 boleh menjejaskan kandungan yang mana dianalisa daripada kajian-kajian terkini.

ibu mengandung meninggal sebab covid

Elakkan Coronavirus Semasa Mengandung

Mengelakkan secara total daripada risiko jangkitan adalah benda yang sangat penting untuk ibu mengandung. Sebabnya ibu mengandung ni sistem imun dia dah berubah, jadinya mungkin mereka lebih mudah dijangkiti.

Jadinya, ibu mengandung ni betul-betul kena jaga SOP. Kalau tak perlu keluar rumah, tak payah lah keluar. Jaga jarak, pakai topeng muka, cuci muka itu memang patut jadi amalan utama ibu-ibu mengandung.

Kalau ada pilihan tak perlu banyak sangat temujanji, bincanglah dengan doktor. Tak perlu lah banyak-banyak sangat temujanji.

Covid-19 Test

Ibu-ibu perlu lebih lebih peka tentang simptom-simptom Covid-19. Simptom ni bukan sahaja batuk-batuk, demam, tapi mungkin rasa penat badan, sakit kepala, muntah dan cirit-birit.

Kalau ada je simptom-simptom macam ni, segeralah dapatkan rawatan.

Setiap ibu mengandung mungkin perlu buat ujian saringan sebelum masuk wad untuk bersalin, terutamanya kalau memang ada simptom.

Jangan lupa ibu mengandung ni perlu untuk dapatkan vaksin. Sangat-sangat penting untuk dapatkan vaksin ni. Saya faham ada ibu mengandung risau kesan vaksin kepada bayi tapi kesan Covid-19 pun sangat bahaya kepada bayi. Oleh kerana kajian pun menunjukkan vaksin selamat kepada ibu mengandung, maka kita elakkan kemudaratan yang lebih besar.

Kesan Covid-19 Kepada Ibu Mengandung

Ibu-ibu yang ada simptom yang saya sebut kat atas tadi, segeralah berhubung dengan doktor atau jururawat masing-masing. Jika buat swab test dan positif, jangan panik. Mungkin susah tapi tarik nafas dulu kerana doktor anda akan ambil langkah yang sewajarnya untuk membantu anda.

Pada 25 Sept 2020, 1 data yang diterbitkan oleh CDC yang menganalisa 598 wanita mengandung dah dijangkiti Covid-19 dan hasil kandungan mereka.

1. Ibu mengandung lebih cenderung untuk masuk wad dan ICU berbanding wanita tak mengandung.

2. 55% wanita mengandung yang masuk wad ni tak ada simptom

3. 1 perlima daripada ibu mengandung ni mempunyai penyakit

4. Terdapat 2% kadar kematian bayi dan peningkatan kelahiran pramatang

Namun, masih belum banyak data tentang ibu mengandung. Walau bagaimanapun, ibu mengandung ni, kalau bukan Covid pun jangkitan lain juga turut mengancam ibu mengandung.

Jadinya, yang terbaik ialah ibu mengandung ni perlu kuatkan imun dan tingkatkan kesihatan sendiri. Mencegah itu ialah lebih baik.

Cadangan Untuk Kesihatan Ibu Dan Bayi Masa Mengandung

Saya nak ambil kesempatan untuk mencadangkan kepada ibu-ibu yang sedang mengandung ni set vitamin yang terbaik untuk kesihatan ibu dan bayi.

mengandung dengan covid

 

anemia ibu hamil Nak dapatkan set ini dan info lanjut bagaimana set ini boleh bantu anda,

Boleh hubungi Fyda di 012 621 1883

WhatsApp kami di 012 621 1883 (klik dari smartphone anda).

Follow FB Fyda Noh untuk chat secara langsung.

Daftar keahlian Shaklee di “Join Now sekarang & nikmati penjimatan hingga 20%.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.