Benarkah Gula Penyebab Kencing Manis?

bahaya kencing manis tinggi

Benarkah Gula Penyebab Kencing Manis?

Pesakit kencing manis sering dinasihatkan untuk mengurangkan gula atau lebih baik tinggalkan terus. Begitu juga dengan orang-orang yang sihat. Digesa mengurangkan gula dalam makanan untuk mencegah kencing manis.

Soalnya, benarkah gula penyebab kencing manis?

Tanggapan itu memang logik sebab pesakit kencing manis kan gula dalam darah mereka tinggi, jadi idea yang gula boleh menyebabkan berlaku proses penyakit kencing manis tu. Namun, ada organisasi diabetis yang besar seperti The American Diabetes Association dan Diabetes UK menganggap ini adalah mitos sahaja.

Menurut organisasi ni, “Diabetes bukanlah disebabkan oleh makan terlalu banyak gula”. Jadi mereka berusaha untuk memberi kesedaran kepada orang ramai peranan makanan dan gaya hidup dalam proses penyakit kencing manis.

Penyakit kencing manis jenis 1 disebabkan oleh auto-imun dan penyakit kencing manis jenis 2 disebabkan oleh kerintangan insulin dan kerosakan pankreas.

bahaya kencing manis tinggi

Apa Penyebab Kerintangan Insulin Dan Kerosakan Pankreas

Gula (glukos) adalah bahan bakar yang diperlukan untuk memastikan badan kita boleh berfungsi dengan baik. Gula akan memberi kuasa kepada otak, otot dan organ-organ lain untuk bekerja.

Glukos ini boleh didapati daripada pelbagai makanan termasuk makanan berkanji seperti nasi, roti, bijirin, buah-buahan dan makanan protein.

Kencing manis jenis 2 dan kencing manis masa mengandung sering dikaitkan dengan amalan gaya hidup yang mana bermula dengan kerintangan insulin.

Kerintangan insulin ini disebabkan oleh pengumpulan lemak-lemak di hati dan otot. Lemak ini kebanyakannya datang daripada lemak haiwan, lemak daripada susu dan juga lemak tumbuhan. Bila kerintangan insulin berlaku, pankreas berusaha untuk membuat insulin yang banyak. Bila pankreas dah jadi penat, gula tak mampu lagi dikawal. Ini akan menyebabkan kencing manis jenis 2.

Selain itu juga, lemak yang tinggi dan obesiti menyebabkan keradangan dalam badan dan juga dikaitkan dengan kerintangan insulin dan boleh menyebabkan kencing manis.

Rujuk sini untuk Keradangan boleh jadi penyebab kencing manis jenis 2

Diet Sumber Haiwan Meningkatkan Kencing Manis

Apabila pemakanan masyarakat Jepun, China dan Asia bertukar dari diet yang kaya karbohidrat ke diet yang menyamai orang Barat, iaitu lebih makanan berdaging, produk tenusu dan makanan bergoreng, terdapat peningkatan penyakit kencing manis yang tinggi. Dalam 1 kajian, makanan berasakan haiwan meningkatkan lebih kurang 2 kali ganda penyakit kencing manis.

Dalam 1 kajian klinikal yang lain, bila diet diubah kepada yang berasakan tumbuhan, kejadian kencing manis berkurang.

penyebab kencing manis dan cara mengatasinya

Dah Kurang Makan Gula, Tapi Penyakit Kencing Manis Makin Meningkat

Walaupun gula disalahkan untuk banyak masalah kesihatan, tapi apabila penggunaan gula berkurang, didapati kadar kencing manis tetap bertambah. Dan didapati juga peningkatan ini seiring dengan peningkatan makanan berasaskan keju dan makanan berminyak.

Ada beberapa kajian yang menunjukkan bukan gula secara langsung yang dikaitkan dengan kencing manis, tapi makanan berasaskan soda dan minuman dan makanan ringan yang ditambah gula.

Ini bermaksud bukan gula semata-mata yang bersalah bila seseorang menghidap kencing manis, tapi amalan pemakanan yang tak sihat dan ditambah dengan gaya hidup yang kurang aktif dan sering terdedah kepada pencemaran dan tekanan.

Memanglah Gula Pun Bukan Makanan Sihat

Sungguhpun ada kajian yang kata gula bukan penyebab kencing manis secara langsung, namun bukanlah nak kata gula itu makanan sihat. Namun, yang jadi masalah sekarang ialah bila gula berlebihan dan tersembunyi dalam makanan yang tak manis pun. Jadi, ramai yang ingat makanan tu tak ada gula.

Konsep suku-suku-separuh yang diperkenalkan oleh KKM adalah cara pemakanan yang sangat bagus. Konsep ni bantu kawal pengambilan gula dan meningkatkan nutrient yang baik ke dalam badan kita.

So, usahakan setiap hari untuk patuhi konsep suku-suku-separuh. Jika anda rasa suku-suku-separuh tu susah, percayalah cakap saya kena kencing manis tu lagi susah.

Klik sini jika berminat untuk baca tentang nutrisi yang baik yang diperlukan oleh pesakit kencing manis.

Suplemen Bantu Kawal Gula Dan Kawal Penyakit Kencing Manis

Shaklee sangat komited untuk bantu masyarakat menjalani gaya hidup yang sihat dan membantu untuk mencegah penyakit.

Selain menggalakkan amalan makanan sihat dan bersenam, Shaklee juga menyediakan rangkaian suplemen yang berkuaiti dan selamat.

Suplemen premium yang sangat digemari oleh ramai orang Malaysia, terutamanya yang berusia ialah Vivix kerana mengandungi antioksida yang bantu menyokong fungsi sel badan dan senang untuk diambil kerana dalam bentuk cecair.

cara turunkan kencing manis

 

Untuk dapatkan suplemen ini dan nasihat tentang penyakit kencing manis anda, boleh hubungi saya – Fyda Noh di 012 621 1883 atau klik wasap ini (www.wasap.my/60126211883)

 

Rujukan : Adakah Gula Penyebab Diabetis?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *