Begini Cara Nak Panjangkan Telomere Dan Kurangkan Risiko Penyakit Kronik

panjang umur

Begini Cara Nak Panjangkan Telomere Dan Kurangkan Risiko Penyakit Kronik

Anda pernah dengar telomere?

Telomere ni kita boleh umpamakan sebagai salotape kat hujung tali kasut. Tujuannya untuk lindungi tali kasut supaya tak terburai. Begitu juga dengan telomere, ia mengelakkan gen atau DNA kita terburai.

Bila usia makin meningkat, telomere ni makin memendek secara semulajadi. Bila dia makin pendek tu lah, risiko untuk DNA kita rosak.

Namun, ada beberapa faktor lain yang boleh menyebabkan telomere ini memendek walaupun usia masih muda dan ada juga cara untuk panjangnya balik telomere ni.

panjang umur

1. Kesan merokok.

Jika anda merokok 1 bungkus rokok sehari, 5 pasangan DNA akan rosak. Kalau merokok selama 40 tahun, ini bermakna anda kehilangan 7.4 tahun usia anda.
Keadaan ini juga mungkin berlaku kepada orang yang terdedah dengan asap rokok walaupun anda sendiri tak merokok.

Plihan yang terbaik ialah berhenti merokok atau jauhi orang yang merokok dan makan antioksida.

Ada kajian yang membuktikan pengambilan antioksida boleh memanjangkan telomere dengan merangsang enzim telomerase.

2. Stress.

Kita semua tahu yang stress ni sangatlah berpotensi merosakkan kesihatan. Stress ni juga boleh menjadikan kita lebih tua berbanding usia. Ini disebabkan oleh stress terbukti boleh memendekkan telomere, mengurangkan paras telomerase dan mengurangkan sel darah merah.

Perbezaan kepanjangan telomere dalam kumpulan wanita stress dan tidak bersamaan dengan 10 tahun usia. Maksudnya orang stress lebih tua 10 tahun berbanding orang tak stress yang sebaya.

3. Faktor pemakanan.

Pengambilan makanan tinggi serat dikaitkan dengan pemanjangan telomere dalam 1 kumpulan wanita, tapi berat berlebihan boleh memendekkan telomere. Asid lemak tepu memendekkan telomere.

4. Pengambilan suplimen.

Antara vitamin yang dikaitkan dengan kepanjangan telomere ialah:

1. Folate.

Folate memainkan peranan penting dalam mengekalkan integriti DNA, yang mana membantu memanjangkan telomere.

2. Vitamin B12.

B12 berfungsi untuk mengurangkan keradangan, secara tak langsung boleh mengurangkan kerosakan telomere akibat radikal bebas.

3. Vitamin A.

Vitamin A juga bersifat antioksida, mengurangkan keradangan dan membantu memanjangkan telomere.

4. Vitamin D

Kajian melaporkan bahawa kepekatan vitamin D berkadar terus dengan kepanjangan telomere. Maknanya, semakin tinggi vitamin D, semakin panjang telomere.

5. Vitamin C dan E

Vitamin C dan E memang terkenal sebagai antioksida. Pengambilan vitamin c dan E daripada makanan atau suplimen dikaitkan dengan telomere yang lebih panjang.

cegah kencing manis

Mineral-Mineral Yang Berkaitan Dengan Kepanjangan Telomere

1. Magnesium

Magnesium diperlukan dalam enzim yang terlipat dengan replikasi DNA, baikpulih DNA dan penghasilan DNA. Kekurangan magnesium dalam badan menyebabkan telomere lebih pendek dalam wanita dan dikaitkan jua dengan peningkatan stress oksidatif dan juga keradangan dalam badan.

2. Zink

Zink juga terlibat dalam enzim yang meningkatan aktiviti telomerase. Kalau anda ingat, telomerase ni meningkatkan pemanjangan telomere. Malah kekurangan zink dalam wanita mengandung dikaitkan dengan kecacatan kromosom bayi.

Nutrisi Lain Dan Kepanjangan Telomere

1. Asid lemak omega-3

Peningkatkan DHA dan EPA dalam badan dikaitkan dengan telomere yang lebih panjang. Omega-3 ni ialah anti-radang yang mana mengurangkan aktiviti radikal bebas yang merosakkan telomere.

2. Polifenol

Polifenol ialah bahan kimia yang terdapat dalam tumbuhan dan tinggi dalam biji anggur dan teh dikatakan mempunyai sifat antikoksida.

Ada kajian yang menunjukkan pengambilan polifenol daripada biji anggur memanjangkan telomere yang dijalankan oleh Profesor Elizabeth Blackburn yang merupakan pemenang hadiah Nobel dalam bidang perubatan.

Pemakanan, Gaya Hidup Dan Pemanjangan Telomere

Pemakanan dan gaya hidup boleh mempengaruhi keradangan, tekanan oksidatif dan stress fisiologikal yang mana ketiga-tiga ni akan mempengaruhi kepanjangan telomere.

Gaya hidup yang sihat dengan pengambilan sayuran dan buah-buahan, ditambah dengan bersenam, BMI yang ideal dan tidak merokok atau terdedah dengan asap rokok memanjangkan telomere.

Walaupun multivitamin dikaitkan dengan telomere yang lebih panjang, tapi bila diuji satu-satu vitamin rupaya hanya vitamin C dan E sahaja yang terlibat dengan kepanjangan telomere. Namun, orang yang makan multivitamin majoritinya mengamalkan gaya hidup yang sihat, mungkin 1 lagi faktor yang memanjangkan telomere.

cegah kanser

Faktor Yang Membantu Mengekalkan Kepanjangan Telomere.

Kita nak telomere yang lebih panjang untuk melindungi kromosom atau DAN kita untuk melambatkan penuaan dan mengurangkan risiko penyakit kronik dan serius termasuklah penyakit jantung, strok dan kanser.

1. Kawal makan dengan kurangkan kuantiti makanan dan amalkan suku-suku-separuh.

2. Masukkan antioksida, serat, protein soya dan lemak yang sihat.

3. Amalkan gaya hidup sihat, aktif dan jaga berat badan yang unggul.

4. Kawal stress dengan baik.

5. Banyakkan makanan yang kaya dengan omega-3, polifenol dan kaya dengan vitamin C dan E.

Bagaimana Nak Dapatkan Polifenol Terbaik Untuk Panjangkan Telomere

Vivix Shaklee telah terbukti melalui kajian boleh memanjangkan telomere dan semua orang pun patut consume Vivix untuk kesihatan menyeluruh.

Anda boleh hubungi saya untuk order atau konsultasi

Fyda – 012 621 1883 atau direct wasap

www.wasap.my/60126211183/polifenolawetmuda

www.wasap.my/60126211183/polifenolawetmuda

www.wasap.my/60126211183/polifenolawetmuda

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.