Banyak Rupanya Fungsi Kalsium Kepada Kita, Ramai Yang Ingat Untuk Tulang Saja

rawat tulang patah

Banyak Rupanya Fungsi Kalsium Kepada Kita, Ramai Yang Ingat Untuk Tulang Saja

Bila sebut kalsium, tentu kita terbayang tulang dan gigi yang kuat. Memang tak dinafikan kalsium adalah mineral penting untuk tulang. Tapi harus diketahui, alsium bukan untuk tulang saja tau. Banyak lagi kepentingan kalsium, antaranya,

rawat tulang patah

(1) Untuk pergerakan otot

Otot kita mengecut dan relaks untuk pergerakan badan kita. Dan aktiviti ini dikawal oleh paras kalsium dalam sel otot kita. Bila kekurangan atau terlebih kalsium, ia boleh mengakibatkan masalah otot seperti kejang dan rasa macam dicucuk.

Kadang-kadang ibu mengandung kerap kejang kaki atau simpul biawak. Ini juga disebabkan oleh kalsium yang tak seimbang.

Begitu juga masalah sembelit. Akibat kalsium dan magnesium tak seimbang, pengecutan dan relaksasi otot usus tak terhasil dengan baik.

Pengecutan otot jantung juga turut dikawal oleh kalsium dan magnesium. Jika kedua-dua ini tak seimbang, mudahlah seseorang tu kena masalah cardiovaskular.

(2) Untuk pembekuan darah

Semasa kita luka, kalsium bergabung dengan Vitamin K untuk membentuk sejenis protin dinamakan fibrinogen. Platlet darah bertindakbalas dengan fibrinogen membentuk jaringan halus dinamakan fibrin. Jaringan fibrin akan mengeras pada bahagian luka bagi menghentikan darah mengalir dari luka.

(3) Untuk mengimbangkan air dalam badan

Kalsium adalah elektrolit utama dalam badan kita seperti natrium, kalium, klorin, fosfat dan magnesium. Keseimbangan elektrolit penting untuk peredaran darah dan bendalir dalam badan.

(4) Untuk fungsi saraf yang normal

Kalsium ialah antara neurotransmitter yang membantu proses penghantaran maklumat antara saraf. Tanpa kalsium saraf kitatak akan berfungsi dengan baik.

Kalau kita tak cukup kalsium untuk fungsi di atas, badan akan ambil kalsium daripada tulang. Dari situ terjadilah macam-macm masalah tulang terutama osteoporosis.

Tentu anda tak nak kena tulang reput kan?

Jom dapatkan kalsium anda hari ni. Sebab untuk bulan ni ada promo Ostematrix Shaklee yang merupakah gabungan kalsium, magnesium dan vitamin D.

 

rawatan tulang patah

Jika perlukan apa-apa bantuan atau info lanjut, boleh hubungi Fyda di 012 621 1883 atau klik link whatsap (www.wasap.my/60126211883)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *