Apa Kaitan PCOS Dan Kolesterol Dan Bagaimana Nak Mengawalnya?

lemak berlebihan

Apa Kaitan PCOS Dan Kolesterol Dan Bagaimana Nak Mengawalnya?

Anda dah baca tak artikel saya pasal orang yang ada PCOS ni sukar nak turunkan berat badan? Kalau belum, boleh baca sekarang.

Tapi adakah anda tahu bahawa PCOS dan kolesterol juga berkait rapat? Bila saya sebut kolesterol, maksud saya kolesterol yang orang kata jahat tu, LDL. Tapi sebenarnya, kolesterol ni jadi jahat ada sebab lain.

Boleh tengok kat video ni.

Orang yang ada PCOS cenderung untuk ada paras insulin yang tinggi dan kerintangan insulin, penyakit jantung dan salur darah, hormon tak seimbang dan dah tentu kolesterol yang tinggi.

Kebanyakan orang yang ada PCOS sebenarnya lebih risau pasal masalah kesuburan dan bulu yang berlebihan pada badan. Jaranglah yang nak ambik tahu pasal kolesterol tinggi, risiko kencing manis atau risiko penyakit jantung.

Walaupun penghidap PCOS sendiri pun jarang faham bahawa PCOS itu bukan hanya berkisar kepada masalah kesuburan sahaja, tapi sebenarnya masalah yang berkaitan dengan hormon. Jadi, PCOS ni berkaitan dengan masalah yang lebih besar sebenarnya.

Jadi, dalam post ini saya nak berkongsi tentang PCOS dan kolesterol.

Kolesterol Bukan Lemak

Sebelum saya terangkan kaitan PCOS dan kolesterol, sangat penting untuk kita ada asas tentang kolesterol dan bagaimana ia bekerja.

Kolesterol sebenarnya dihasilkan oleh hati kita dan ada yang kita dapat daripada makanan, sebenarnya menjalankan fungsi yang besar kepada badan kita. Antara fungsi kolesterol ialah untuk buat hormon, melindungi saraf dan menjadi pelindung kepada sel.

Kenapa boleh ada kolesterol baik dan kolesterol jahat?

Kolesterol ni sebenarnya tak boleh bergerak sendiri dalam darah, tapi perlu dibawa oleh protein. Bila bergabung dengan protein, jadilah lipoprotein. Sebab itulah muncul nama HDL (high density lipoprotein) dan LDL (low density lipoprotein).

HDL – Kolesterol baik

Kenapa dia dikatakan baik? Sebabnya HDL ni dia angkut kolesterol dari bahagian badan yang lain ke hati untuk diproses dan dibuang. Sebab tu, HDL ni dikatakan menjaga kesihatan jantung.

HDL yang tinggi dikatakan keadaan yang baik.

Dalam ujian kolesterol, paras HDL yang baik ialah 60 dan ke atas.

LDL – Kolesterol Jahat.

LDL pula ialah lipoprotein yang mengangkut kolesterol dari hati ke organ yang lain. LDL yang asli sebenarnya tak bahaya, tapi LDL ni cenderung dioksidakan oleh radikal bebas dan menyebabkan dia mudah mendap ke dalam dinding arteri (salur darah yang bawa oksigen ke seluruh badan)

Sebab itulah, kita perlu kawal LDL ni. Di samping tu juga perlu kawal radikal bebas dalam badan kita.

Triglycerides – Lemak

Triglycerides ialah lemak yang digunakan untuk membuat tenaga. Lemak daripada makanan dan dalam darah kita kebanyakannya dalam bentuk triglycerides.

Lemak yang terlalu tinggi juga boleh meningkatkan risiko penyakit jantung, jadi paras lemak ini juga perlu dikawal.

Apakah Kaitan Antara PCOS Dan Kolesterol?

Lepas dah faham serba sedikit asas kolesterol, mari kita tengok pula apa kaitan antara PCOS dan kolesterol.

Kolesterol adalah isu yang dikaji dengan baik dalam wanita yang ada PCOS. Malah, ada kajian yang mengatakan bahawa lebih 70% wanita yang ada PCOS mengalami masalah berkaitan lemak dan kolesterol.

Wahh, banyak tu!

kurangkan kolesterol

Secara umumnya, kita lebih berisiko mengalami HDL rendah dan LDL yang tinggi. Jadi sekarang, jika anda fikirkan kaitan dengan insulin yang tinggi atau kerintangan insulin, betul dah tu. Sebab insulin memang meningkatkan pengumpulan lemak dan kolesterol.

Tapi, masalahnya kan, ada juga wanita PCOS yang tak ada kerintangan insulin, tapi kolesterol tinggi juga.

Sebenarnya dengan ada PCOS, anda memang berisiko untuk mengalami masalah kolesterol.

Ada beberapa perkara yang perlu ambil perhatian.

PCOS, BMI Dan Ukur Lilit Pinggang

Ada juga kajian yang menilai ukur lilit pinggang dan BMI dan bagaimana kedua-dua ni memberi impak kepada kandungan lemak pada wanita PCOS.

Perkara pertama yang ditemui dalam kajian ini ialah 80% daripada wanita mengalami PCOS yang terlibat dalam kajian itu mempunyai ukur lilit pinggang yang besar, melebihi paras yang normal. Disebabkan insulin yang lebih tinggi, lemak lebih tertumpu pada bahagian pinggang dan pinggul.

Mereka juga menemukan bahawa wanita yang tinggi BMI dan nisbah pinggang:pinggul mempunyai masalah kolesterol yang teruk. Ini bermakna berat badan memberi kesan kepada kolesterol dan akhirnya kepada kesihatan hati.

Insulin Dan Kolesterol

Kalau sebut PCOS, memang tak sah kalau tak kaitkan dengan insulin. Sebabnya memang insulin memainkan peranan sangat penting dalam simptom PCOS dan mempengaruhi hormon berapa banyak hormon lelaki dalam badan wanita itu.

Insulin yang tinggi menyebabkan berlakunya kerintangan insulin dan akhirnya meningkatkan risiko kencing manis jenis 2.

So, insulin dengan PCOS ni sebenarnya berkawan baik. Di sinilah kaitannya dengan kolesterol. Kajian menunjukkan bahawa orang yang ada masalah insulin tinggi, badan mereka lebih cenderung menghasilkan kolesterol yang tak sihat.

Mungkinkan sebab insulin ni ialah hormon yang bersifat pro-radang?

Saya harap, dengan baca artikel ni, jika anda disahkan ada PCOS, anda perlu fikir lebih jauh tentang kesihatan anda, bukan saja risaukan masalah kesuburan.

Tapi, jangan risau pasti ada cara untuk membantu mengawal penyakit anda dan muncul sebagai seorang yang lebih sihat.

Tips Kawal Kolesterol Untuk Wanita PCOS

Suplimen polifenol

Polifenol ialah antioksida yang sangat kuat. Ini sangat membantu wanita PCOS sebab boleh membantu mengawal tekanan oksidatif yang tinggi yang berlaku pada wanita PCOS.

Antara manfaat lain polifenol ialah;

  • Membantu mengawal tekanan darah tinggi
  •  Meningkatkan sistem imun
  • Memperbaik simptom fibromyalgia (kelesuan yang teramat sangat)
  • Mengurangkan paras kolesterol dalam darah
  • Mengurangkan risiko penyakit degeratif
  • Membantu orang yang ada Alzheimer dan mengurangkan risiko cepat lupa.
  • Membantu pesakit Parkinson.
  • Merawat masalah kesuburan, dengan meningkatkan bilangan dan pergerakan sperma.
  • Mengurangkan sakit kepala akibat migrain.

Tentu anda tertanya-tanya “Mana nak dapatkan suplimen ni dan sebanyak mana nak makan?”

Saya mencadangkan anda ambil suplimen antioksida yang sangat tinggi kualiti, iaitu Vivix. Vivix ni bukan saja dibangunkan dengan penyelidikan dan kajian, malah disokong oleh kajian pihak ketiga yang mana Vivix berupaya memanjangkan telomere dan memanjangkan jangka hayat.

Hanya 1 sudu sehari untuk kesihatan secara maksimum.

Memang suplimen ni tak murah, tapi hasilnya sangat mengagumkan. Sebab tu anda kena hubungi saya, supaya saya boleh ajar cara makan yang betul untuk hasil yang berkesan.

sembuhkan pcos

Pemakanan Untuk PCOS

Selepas baca artikel ni, anda tahu kan bahawa kerintangan insulin memainkan peranan dalam masalah kolesterol.

Sebab itu, sangat penting untuk mengawal insulin dan salah 1 cara terbaik untuk mengawal masalah ini ialah dengan mengamalkan PCOS diet. Jika tak pasti apa yang boleh dan tak boleh untuk PCOS, boleh klik di sini.

Saya harap anda dah faham tentang masalah PCOS dan kolesterol dan pentingnya untuk anda cek darah, walaupun rasa tak ada masalah.

Jika anda ada PCOS dan ada cara lain untuk kawal masalah anda, jomlah berkongsi di ruangan komen.

Bagaimana Nak Dapatkan Produk Ini?

Saya cadangkan jika anda nak mengawal penyakit PCOS, segera hubungi saya, sebab kalau tunggu lama-lama lagi takut masalah makin melarat.

Hubungi Fyda di 012 621 1883, atau direct wasap

www.wasap.my/60126211883

www.wasap.my/60126211883

www.wasap.my/60126211883

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.