Apa Akan Jadi Jika Masalah Haid Tak Teratur Dibiarkan Berterusan?

kesan haid tak teratur

Apa Akan Jadi Jika Masalah Haid Tak Teratur Dibiarkan Berterusan?

Haid tak teratur adalah antara masalah paling kerap berlaku kepada wanita. Mestilah, wanita je yang ada masalah haid kan? Mestilah masalah tu berlaku kepada wanita. Masalah haid tak teratur ni sering jadi keresahan, walaupun kadang-kadang mungkin tak ada penyakit apa-apa pun, tapi sebenarnya haid tak teratur tu mungkin boleh jadi permulaan penyakit.

Haid yang normal adalah antara 28-35 hari. Ada juga orang yang dalam lingkungan hari ini, mungkin tak sama tarikhnya setiap bulan, tapi tu dikira haid yang teratur.

Haid yang tak teratur mungkin berlaku kerap dalam sebulan, atau beberapa bulan sekali. Keadaan ini boleh berlaku jika ada masalah hormon tak stabil, penggunaan kaedah perancang yang mengandungi hormon, perubahan hormon masa dekat-dekat nak menopaus dan sukan yang berat.

kesan haid tak teratur

Sumber gambar : MomJunction

Penyebab Haid Tak Teratur

Ada beberapa penyebab haid tak teratur, tapi banyak yang disebabkan oleh hormon tak stabil. Hormon yang paling kerap terlibat ialah hormon estrogen dan progesteron. Iaitu hormon yang dihasilkan oleh ovari.

Perubahan hormon sepanjang hidup wanita.

Dalam fasa hidup perempuan, ada masa yang hormon dia memang tak stabil, memang tak teratur. Iaitu waktu baligh, ketika mengandung, selepas bersalin, menyusukan bayi dan masa menopaus.

Masa akil baligh, memang hormon tak berapa stabil dan mungkin ambil masa yang agak lama untuk mencapai kestabilan, mungkin bertahun. Jadi, dalam tempoh ni, haid tak teratur adalah perkara biasa.

Sebelum menopaus juga begitu kerana bila usia dah meningkat, penghasilan hormon makin berkurang, terutamanya hormon estrogen. Sebab tu wanita menghampiri menopaus akan mengalami gejala tertentu. Bila tak datang haid selama 12 bulan, itu tandanya dan menopaus la.

Penggunaan kaedah perancang juga mempengaruhi kitaran haid. Orang yang makan pil perancang mungkin mengalami pendarahan yang sedikit dan ada juga yang mungkin mengalami pendarahan yang kerap.

Mungkin juga simptom ni berlaku pada peringkat awal penggunaan pil perancang, lepas tu ok.

Antara perubahan lain yang berkait dengan haid tak teratur ialah:

1. Penurunan berat badan melampau

2. Kenaikan berat badan melampau

3. Tekanan emosi

4. Gangguan makan, contohnya anoreksia nervosa

5. Senaman yang berlebihan

Apakah Kesan Jika Biarkan Biarkan Masalah Hormon Berterusan?

Masalah hormon tak teratur ni walaupun nampaknya macam normal untuk fasa hidup tertentu, tapi ada juga sebenarnya permulaan kepada penyakit-penyakit tertentu, termasuklah isu kesuburan. Jadi, jangan ingat hormon tak stabil tu ialah masalah biasa.

PCOS

Ialah keadaan cyst di ovari adalah antara keadaan yang disebabkan oleh hormon tak stabil. Tapi PCOS ni sebenarnya lebih daripada masalah wanita, sebab dia melibatkan banyak hormon lain termasuk hormon lelaki (testosteron) berlebihan dan kerintangan insulin.

Orang yang menghidap PCOS juga berdepan dengan risiko masalah kesuburan sebab jika haid terganggu, ovum tidak dihasilkan.

Penyakit berkaitan tiroid

Tiroid ialah hormon yang terlibat dengan metabolisma badan. Jika hormon tiroid tak stabil, seorang wanita itu boleh mengalami haid tak teratur.

Kanser serviks atau kanser rahim

Kanser serviks mungkin boleh menyebabkan pendarahan antara kitaran haid atau semasa hubungan kelamin dengan suami.

Kanser yang berkaitan dengan peranakan wanita juga dipengaruhi oleh hormon estrogen.

Endometriosis

Endometriosis adalah keadaan di mana sel dalam rahim tumbuh di tempat lain. Jadi, bila berlaku haid, tempat itu turut mengalami pendarahan dan sakit yang teramat sakit.

Bagaimana endometriosis boleh tumbuh itu tak dapat dipastikan, tapi ada teorinya. Namun, pertumbuhan endometriosis dikatakan dipengaruhi oleh hormon estrogen.

Penyakit keradangan dalam pelvik (Pelvic Inflammatory Disease)

PID ialah keadaan yang disebabkan oleh jangkitan tetapi menjadi jangkitan yang kronik dan disebabkan oleh jangkitan kuman yang disebarkan melalui hubungan seksual, kecuali AIDS.

Jika jangkitan ini dikesan awal, rawatan antibiotik boleh membantu rawatan. Tapi jika dibiarkan berlanjutan, boleh merosakkan organ peranakan dan menjejaskan kitaran haid.

Bolehkah Masalah Ini Dirawat Di Rumah?

Masalah-masalah kesihatan di atas sebenarnya berkait rapat dengan gaya hidup. Apa yang kita boleh buat ialah mengubah gaya hidup kita.

1. Dengan mengamalkan gaya hidup sihat, amalkan pemakanan sihat. Jauhkan diri daripada makanan yang boleh menjejaskan kestabilan hormon dan juga kosmetik-kosmetik yang mengandungi bahan kimia bahaya yang boleh mengacau hormon.

2. Juga jalani kehidupan yang lebih aktif dengan amalkan senaman secara kerap.

3. Selain tu juga, wanita kena bijak mengawal stress. Kita tahu zaman sekarang ni banyak sangat benda yang boleh menyababkan stress dan wanita pula memang sangat mudah untuk mengalami tekanan perasan yang boleh melarat kepada masalah mental.

hormon tak teratur

Rawatan Yang Mungkin Dicadangkan Oleh Doktor

Jika anda berjumpa doktor untuk dapatkan rawatan, anda akan dirawat mengikut masalah kesihatan anda.

1. Akil baligh dan menopaus

Kedua-dua keadaan ini adalah disebabkan oleh hormon yang tak stabil mungkin tak perlukan rawatan apa-apa. Cuma bagi orang yang menopaus jika mengalami simptom yang tak menyenangkan mungkin perlukan rawatan hormon.

2. Merancang keluarga

Jika haid tak teratur tu disebabkan oleh kaedah perancang keluarga, maka mungkin boleh pilih kaedah merancang keluarga yang tak mengganggu hormon.

3. PCOS dan obes

Ada juga orang menghidap PCOS yang mengalami berat berlebihan. Mengurangkan berat badan boleh mengurangkan kerintangan insulin dan boleh mengawal PCOS juga.

4. Masalah hormon tiriod

Begitu juga masalah tiroid, perlu dapatkan rawatan. Mungkin perlukan ubat, terapi iodin atau pembedahan.

5. Tekanan emosi atau stress

Ada banyak cara yang anda boleh lakukan untuk melegakan diri daripada tekanan emosi. Cuba tenangkan diri, bercerita dengan orang keliling atau dapatkan rawatan perubatan jika keadaan berterusan.

Ubat-ubatan yang mungkin akan diberikan oleh doktor.

Doktor mungkin memberikan metformin untuk orang yang menghidap PCOS walaupun ubat tu adalah untuk kawal gula bagi pesakit kencing manis. Metformin boleh membantu menurunkan insulin dan juga membantu meningkatkan kesuburan.

Pil perancang gabungan hormon estrogen dan progesteron mungkin boleh membantu untuk mengurangkan hormon lelaki dan mungkin boleh membetulkan haid yang tak teratur.

Bagi yang mengalami masalah hormon estrogen berlebihan atau estrogen dominance mungkin pengambilan progesteron mungkin boleh membetulkan hormon semula.

Saya Nak Bantu Betulkan Hormon Secara Semulajadi

Bila kita tengok penyebab hormon tak stabil, kita dapati masalah ini disebabkan oleh gaya hidup kita, disebabkan oleh pemakanan kita. Jadi, seharusnya kita ubah gaya hidup dan pemakanan kita untuk bantu stabilkan hormon semula.

Saya nak bantu anda untuk betulkan hormon ni secara semulajadi, tanpa ubat-ubatan yang mungkin ada kesan sampingan.

Boleh hubungi saya jimat berminat atau jika ada pertanyaan,

Fyda – 012 621 1883

Atau direct whatsapp – www.wasap.my/60126211883

hormon tak stabil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.