Adakah Pesakit Kencing Manis Yang Mengalami Gangren (Tisu Rosak) Perlu Potong Kaki?

rawat luka kaki kencing manis

Adakah Pesakit Kencing Manis Yang Mengalami Gangren (Tisu Rosak) Perlu Potong Kaki?

Pernah nampak jari yang terjejas akibat kencing manis?

Hitam… kering dan ada yang berbau.

Jari yang hitam ni kita panggil gangren. Gangren secara mudah bermaksud tisu mati. Tisu kita ni terbina daripada sel-sel, dan sel hidup ni perlukan oksigen dan nutrien lain untuk menjalankan fungsinya. Apabila bekalan oksigen dan nutrien ini terhalang, maka tisu tak boleh hidup. Macam kita la kan? Kalau tak dapat makanan jadi macammana?

Tisu yang tak dapat oksigen dan nutrien ni akhirnya mengalami perubahan dan terjadilah gangren. Mana-mana tisu pun boleh terlibat dengan gangren ni, tapi jari kaki paling mudah gangren untuk pesakit kencing manis.

Kalau nak tau kenapa boleh klik kat link ni –> Kenapa Saraf Kaki Lebih Mudah Rosak Dalam Kencing Manis?

rawat luka kaki kencing manis

Bagaimana Gangren Boleh Terjadi?

Gangren ada banyak punca dan sebab sebab dia boleh berlaku kat mana-mana tisu kan? Untuk artikel ni, saya nak share pasal gangren dikalangan pesakit kencing manis atau diabetis mellitus.

Secara umumnya, ada 2 bentuk gangrene yang boleh terjadi untuk pesakit kencing manis.

1) Dry Gangrene (gangren kering)

Gangren kering ni terjadi bila aliran darah terganggu atau terhenti sebab penyakit berkaitan saluran darah, seperti Peripheral Artery Disease. Salah satu punca PAD ialah gula yang tak terkawal. Salur darah menjadi sempit, menyebabkan oksigen tak cukup tisu tersebut. Jadi, tisu itu mati dengan paksaan.

Kawasan ini kelihatan kering, mengecut dan kehitaman. Selalunya tisu yang mengalami gangren kering jarang dijangkiti kuman sebab oksigen tak ada, kuman pun tak boleh membiak. Namun, jika dijangkiti kuman, gangren kering ni mungkin boleh bertukar menjadi gangren basah.

Keadaan ini selalunya berlaku di bahagian jari, maksudnya bahagian yang hujung-hujung badan kita.

luka kencing manis potong kaki

2) Wet Gangrene (gangren basah)

Gangren basah ni dikaitkan dengan jangkitan kuman terlebih dahulu. Selalunya berlaku di bahagian usus disebabkan oleh darah pada vena yang terhenti. Maksudnya kawasan tu dipenuhi oleh darah yang mengandungi bahan buangan.

Kalau dalam kes kencing manis, gangren ni bermula dengan ulser dan tak dirawat dengan betul. Sama ada sengaja tak dirawat atau tak sedar sebab tak rasa sakit akibat saraf yang dah rosak.

Gangren ini boleh merebak ke tisu yang sihat, jangkitan itu boleh merebak dan mungkin menyebabkan jangkitan secara sistemik. Sebab itu bila orang kencing manis kena potong kaki, mungkin perlu potong atas dan atas lagi sebab jangkitan tu dan merebak.

enggan potong kaki

Apakah Rawatan Untuk Masalah Gangren Ni?

Namun, bukan semua kes nak potong kaki ya. Doktor pun bukan suka-suka nak potong kaki orang.

Yang pertama dan paling penting – KAWAL PARAS GULA dan HbA1C.

Rawatan gangren kering dan basah ada sedikit berbeza. Sebab gangren kering ni memang tisu mati sahaja, so, kemungkinan besar tisu tu memang perlu dibuang lah. Sampai mana nak buang? Bergantung pada salur darah tu.

Mungkin juga perlukan rawatan antiobiotik untuk mengelakkan jangkitan.

Sementara gangren basah pula adalah keadaan kecemasan. So, memang perlu rawatan segera tapi bergantung juga kepada tahap gangren tersebut.

Peringkat awal perlukan antibiotik untuk mengawal jangkitan kuman itu. Kemudian, perlu buang tisu yang dah mati dan nanah-nanah yang menghalang aliran darah. Ada juga tempat yang menawarkan rawatan hyperbaric oksigen terapi dan rawatan ulat. Ni bukan semua tempat ada dan bukan semua ulat boleh guna ya. Kang tak pepasal makin buruk pulak kaki.

Yang terakhir, jika tak boleh diselamatkan memang terpaksa potong bahagian yang terlibat. Jika inilah pilihannya, tolonglah faham itu yang terbaik untuk anda. Nyawa adalah lebih penting, sebab jika jangkitan tu merebak sampai masuk salur darah lain, mungkin nyawa juga terancam.

Bagaimana Dengan Rawatan Alternatif?

Ramai yang panggil alternatif, tapi saya panggil complementary, iaitu pelengkap. Pelengkap ni maksudnya dia melengkapi rawatan moden di hospital tu.

Sepatutnya, suplimen ni bukanlah rawatan semasa keadaan dah makin teruk, sepatutnya sebelum dapat penyakit lagi anda perlu makan suplimen dan jaga makan.

Jika anda disahkan penghidap kencing manis, sebelum dapat komplikasi lagi anda dah perlu ubah pemakanan dan gaya hidup dan lengkapkan pemakanan dengan suplimen.

Suplimen atau makanan tambahan bukan untuk merawat penyakit, tetapi untuk mengurangkan risiko penyakit dan meningkatkan kualiti hidup. Namun begitu, dapatkan rawatan yang betul dan ikut nasihat doktor yang merawat anda.

Hubungi saya segera untuk dapatkan suplimen yang sesuai untuk mengawal kencing manis anda.

Fyda – 012 621 1883, atau direct wasap

www.wasap.my/60126211883/suplimenkencingmanis

www.wasap.my/60126211883/suplimenkencingmanis

www.wasap.my/60126211883/suplimenkencingmanis

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.