Ada Kajian Kata Buah Meningkatkan Risiko Endometriosis. Sejauh Mana Kebenarannya?

makanan kawal endometriosis

Ada Kajian Kata Buah Meningkatkan Risiko Endometriosis. Sejauh Mana Kebenarannya?

1 daripada 10 orang wanita berisiko untuk kena endometriosis yang menyumbang kepada masalah kesuburan di negara kita. Namun, ramai wanita yang memilih untuk berselindung di sebalik kesakitan daripada keluar mencari penawar. Mungkin kerana taboo di kalangan masyarakat bahawa masalah wanita, masalah kesuburan adalah cerita dalam kelambu.

Menurut Surita Mogan, Presiden Persatuan Endometriosis (MyEndoSis) sakit akibat endometriosis adalah sangat sakit dan sakit yang berterusan

Namun begitu, penyebab endometriosis masih belum jelas, tapi dikaitkan dengan genetik. Maksudnya penyakit ni boleh diwarisi dan terjadi dalam 1 keluarga. Stress, terdedah kepada xenostrogen termasuklah pencemaran di keliling kita dikaitkan dengan hormon tak stabil dan risiko endometriosis.

makanan kawal endometriosis

Apakah Simptom Endometriosis?

Simptom yang paling ketara kepada pesakit endometriosis ialah sakit semasa haid. Sakitnya bukan senggugut biasa-biasa, tapi sangat sakit kerana keradangan yang lebih tinggi. Mereka ni bukan je sakit bahagian perut seperti biasa, tapi mungkin sakit belakang. Mereka juga mungkin sakit ketika bersama suami.

Selain itu, mereka juga boleh mengalami pendarahan daripada tempat tumbuhnya tisu endometrium itu semasa haid. Contohnya jika tisu endometrium tumbuh pada usus besar, mungkin dia mengalami pendarahan dari dubur semasa haid.

Apakah Penyebab Endometriosis?

Endomeriosis ialah keadaan di mana lapisan paling dalam ruang rahim tu yang menghasilkan pendarahan semasa haid tumbuh kat tempat lain. Antara tempat yang terlibat ialah ovari, usus besar, pundi kencing, tulang belakang dan ada yang tumbuh di paru-paru.

1 kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat menemui bahawa sebelum wanita menghidap endometriosis tu disahkan menghidap penyakit tersebut, dia terlebih dahulu menderita sakit bahagian pelvik selama 10 tahun. Endometriosis juga dikaitkan dengan masalah kesihatan yang lain.

Maksudnya mungkin jika seorang remaja wanita mengalami senggugut mungkin mereka berisiko untuk mendapat endometriosis bila dewasa. Endometriosis ni kalau boleh dikesan semasa remaja, peluang untuk kehidupan yang berkualiti adalah lebih cerah. Tapi, selalunya bila ada masalah berkaitan dengan kesuburan, barulah masalah endometriosis dapat dikesan.

Selain itu, mereka juga menemui bahawa wanita yang menghidap endometriosis cenderung untuk mengalami masalah kesihatan yang lain termasuk kelesuan yang kronik (chronic fatigue) adalah 100 kali lebih kerap berlaku kepada wanita yang ada endometriosis.

Penyakit autoimun, seperti rheaumtoid arthritis juga lebih kerap berlaku.

Rawatan Untuk Endometriosis

Endometriosis adalah antara banyak-banyak penyakit yang mungkin tak boleh disembuhkan, namun endometriosis mungkin dapat dikawal jika hormon diseimbangkan.

Antara rawatan untuk endometriosis ialah untuk kurangkan sakit, supaya wanita tu boleh menjalani hidup macam biasa ketika kesakitan tu menyerang. Jadinya, wanita yang ada endometriosis dan ubat tahan sakit macam kawan baik, terutamanya ubat tahan sakit yang mengurangkan keradangan.

Untuk bacaan lanjut tentang ubat tahan sakit dan pesakit endometriosis.

sakit endometriosis

Nutrisi Tambahan Yang Mungkin Boleh Membantu Dalam Endometriosis

Disebabkan kesakitan dalam endometriosis disebabkan oleh keradangan, maka nutrisi tambahan yang diperlukan ialah yang boleh membantu untuk kurangkan keradangan.

Suplimen yang mengandungi antioksida dikatakan boleh mengurangkan kesakitan yang berkait dengan endometriosis. Makanan yang tinggi fiber dan minyak ikan omega-3 juga boleh membantu untuk kurangkan endometriosis.

Anda tau tak, ada penemuan yang mengatakan buah-buahan boleh meningatkan risiko endometriosis. Ini mungkin kerana kandungan racun rumpai dan racun serangga yang boleh meningkatkan estrogen yang mendedahkan wanita itu kepada endometriosis.

Boleh baca kat sini – Makanan Yang Dikaitkan Dengan Endometriosis.

Ada juga kajian yang mengatakan soya boleh membantu mengurangkan tahap keterukan endometriosis walaupun ada kajian yang sebaliknya.

Perubahan Diet Mungkin Boleh Membantu Pesakit Endometriosis

1. Kurangkan lemak trans dan lebih kan lemak omega-3 dan GLA.

2. Kurangkan atau berhenti terus pengambilan makanan proses dan makanan segera.

3. Kurangkan pengambilan daging merah, sebaliknya boleh gantikan dengan ikan.

4. Banyakkan buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan yang sebenar.

5. Hadkan pengambilan kopi dan alkohol.

6. Cuba makanan yang bebas gluten, tapi hati-hati juga kerana makanan ini selalunya ditambah dengan gula.

Endometriosis Mungkin Tak Boleh Disembuhkan.

Setakat ni belum ada kaedah untuk sembuhkan endometriosis, baik dari segi ubat-ubatan untuk kawal hormon atau pembedahan kerana selagi hormon tak terkawal, endometriosis tu boleh kembali.

Namun, saya nak bantu anda untuk kawal hormon dan kawal masalah anda dengan pemakanan dan suplimen.

Hubungi saya sekarang sebelum endometriosis anda jadi makin teruk,

Fyda – 012 621 1883, atau direct wasap

www.wasap.my/60126211883/kawalendometiosis

www.wasap.my/60126211883/kawalendometiosis

www.wasap.my/60126211883/kawalendometiosis

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.