7 Tanda Amaran Kulit Anda Dah Tua Berbanding Usia Dan Perlu Ambil Tindakan Segera

sebab penuaan

7 Tanda Amaran Kulit Anda Dah Tua Berbanding Usia Dan Perlu Ambil Tindakan Segera

Penuaan itu memang pasti berlaku, tapi ramai antara kita yang tak sanggup hadapi penuaan kan? Bayangkan bangun tidur, nampak muka berkedut dan kendur. Apatah lagi, kalau usia masih muda. Baru 20-an atau 30-an.

Kenapa boleh jadi macam ni?

sebab penuaan

Tanda-Tanda Kulit Anda Lebih Tua Daripada Usia

1. Kulit gelap bertompok-tompok

Persekitaran dan pemakanan kita memainkan peranan penting dalam penuaan sel. Contohnya, terdedah kepada sinar UV matahari boleh merosakkan sel kulit. Bila dah masuk usia 30-an, kita mula nampak kesan kerosakan kulit akibat sinaran matahari. Kebanyakan kerosakan kulit ni disebabkan oleh sinaran UV matahari, tapi masalah hormon menjadikan masalah ini bertambah teruk.

Dalam keadaan negara Malaysia yang sinaran mataharinya sama ada terik atau terlalu terik, memang kita perlu lindungi kulit dengan sunscreen dengan SPF 50.

2. Kulit anda sangat kering

Kulit kering ni bukan sebab kekurangan air, tetapi keupayaan kulit untuk memerangkap kelembapan tu dah bermasalah. Ada juga orang yang kulit dia jadi berminyak, sebab kulit perlu seimbangkan dengan menghasilkan sebum berlebihan kerana hidrasi yang rendah.

Ini kerana terdapat ruang pada lapisan kulit yang sepatutnya melindungi kelembapan. Stress, merokok dan terdedah kepada sinaran matahari antara penyebab masalah ini.

Jadi, anda boleh tambahkan diet yang membantu memerangkap kelembapan kulit seperti omega-3,kolagen dan krim terbaik untuk lock moisture.

tips awet muda

3. Muncul kedutan halus atau crow’s feet

Kedutan halus ni selalu muncul di kawasan keliling mata. Lapisan dermis membantu keanjalan kulit. Bila lapisan ni mengalami kerosakan, maka penghasilan sel baru makin kurang dan ini menggalakkan kulit cepat berkedut.

Tambahkan kolagen dalam diet harian anda untuk mengatasi masalah ini. Selain tu, vitamin C boleh meningkatkan penghasilan kolagen, polifenol membantu membaikpulih sel rosak, lycopene membantu kestabilan DNA dan zink dan vitamin E adalah sebagai sumber antioksida.

4. Kulit hilang seri dan kusam

Bila lebih banyak sel mati dan kurang sel baru dihasilkan, maka perkumpulan sel mati ni menyebabkan kulit nampak kusam dan hilang seri.

Retinoid (vitamin A) terbukti melalui kajian meningkatkan kesihatan dan keserian kulit. Ini kerana retinoid meningkatkan pertukaran sel dengan cepat.

5. Kulit cepat tercedera

Pernah tak anda terlanggar sesuatu dan kulit terus lebam? Itu tandanya salur darah anda cepat pecah mungkin kerana kekurangan vitamin C dan kolagen.

Kenapa Kulit Nampak Lebih Tua Berbanding Usia?

Secara ringkasnya, kulit akan nampak lebih tua bila sel mati lebih banyak berbanding sel baru. Dan ini akan berlaku secara semulajadi apabila usia makin meningkat. Namun, proses ini dipengaruhi oleh:

1. Stress atau sering marah.

2. Merokok atau terdedah kepada asap rokok.

3. Terdedah kepada sinaran matahari berlebihan yang merosakkan sel kulit.

4. Diet yang terlebih gula, makanan proses dan kurang antioksida yang vitamin yang diperlukan oleh kulit.

5. Terlalu kurus atau terlalu gemuk. Bila terlalu kurus, lemak di wajah adalah rendah, ini menyebabkan kulit cepat berkedut.

6. Gaya hidup yang tak sihat atau kurang aktif.

7. Pemilihan skincare atau kosmetik yang mengandungi bahan kimia bahaya.

Cadangan Untuk Kulit Sihat, Berseri dan Awet Muda

Untuk dapatkan kulit sihat dan awet muda, penting untuk kita baikpulih sel-sel yang rosak dan lindungi sel yang masih elok daripada kerosakan.

Jadi, kita perlu baik pulih dari dalam dan juga lindugi dari luar.

Sebab tu, selain pemilihan skincare, perlu juga lengkapkan badan dengan nutrisi yang dperlukan oleh kulit.

hilangkan kedutan

tips kulit muda remajatips hilangkan jeragat

Ini adalah suplimen yang bagus untuk kulit yang saya sendiri amalkan dan skincare yang saya guna.

Kenapa saya yakin dengan produk Shaklee?

Dah tentulah sebab ada Landmark study yang membuktikan bahawa produk Shaklee selamat untuk kegunaan jangka panjang. Dan penghasilan skincare Youth mengambil masa selama 8 tahun untuk buktikan produk ni benar-benar berkesan dan selamat.

Yang penting Youth dijamin 100% berkesan untuk semua jenis kulit dan bebas semua bahan kimia bahaya yang biasa digunakan dalam produk skincare.

Untuk dapatkan Set Botox dalam botol dan skincare Kulit Anjal Berseri boleh hubungi Fyda di 012 621 1883

atau direct wasap

www.wasap.my/60126211883/untukkulitcantik

www.wasap.my/60126211883/untukkulitcantik

www.wasap.my/60126211883/untukkulitcantik

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.